Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Apa Punca Tidur Berdengkur?

$
0
0

Punca Tidur Berdengkur? Atasinya Dengan Cara Ini!


Ya, semua orang tidak kira lelaki atau perempuan berpotensi untuk tidur berdengkur. Tapi, ada yang jarang berdengkur melainkan terlalu penat dan stres.

Tahukah anda, berdengkur sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur si pendengkur itu sendiri dan orang di sekelilingnya.


7 Punca Tidur Berdengkur


Antara sebab utama seseorang itu berdengkur adalah:

1. Badan Yang Berlemak


Apabila bahagian leher disaluti lemak yang banyak, ia menyebabkan udara sukar menembusi hidung serta leher sewaktu tidur.

Itu yang menyebabkan tidur berdengkur.

2. Usia


Semakin meningkat usia, bahagian leher semakin bertambah sempit dan otot di bahagian itu semakin lemah.

3. Rangka Badan Besar


Lelaki semula jadinya mempunyai rangka yang besar namun punya ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita.

Sebab itu lelaki lebih banyak berdengkur daripada wanita.

4. Masalah Hidung


Selesema dan hidung tersumbat juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur.

Dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila selesema atau alahan, bengkak tonsil dan ‘adenoid’, iaitu sebuah keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung.

5. Postur Tidur


Postur berbaring secara menelentang meningkatkan kebarangkalian untuk tidur berdengkur.

6. Mengambil Ubat


Mereka yang mengambil ubat seperti Lorazepam dan Diazepam juga tidur berdengkur disebabkan otot bergerak laju meskipun sewaktu tidur.

7. Merokok


Mereka yang menghisap rokok lebih cenderung tidur berdengkur. Ini kerana ia menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak, dan penyumbatan kecil pada paru-paru.

Selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain.

5 Cara Atasi Tidur Berdengkur


Jadi bagi yang memang tidur berdengkur,sebelum masuk tidur, pastikan anda lakukan ini:

1. Bersihkan saluran hidung


Jika anda selesema, lapkan cecair saline pada lubang hidung dan keringkan sebelum tidur.

2. Guna ‘nasal strip’


Ia boleh dibeli di pasaraya atau farmasi. Tampalkan pada hidung.

3. Suhu bilik dalam keadaan lembap


Bilik yang kering meningkatkan lagi rasa gatal pada selaput di hidung dan tekak, lalu menyebabkan ia membengkak. Apabila bengkak, pernafasan akan terganggu.

Salah satu cara untuk mengelakkannya terjadi ialah dengan memasang ‘humidifier’ dalam bilik.

4. Ubah posisi tidur


Tidur terlentang menggalakkan lagi dengkuran. Letak bantal atau apa sahaja di sisi yang boleh mengelakkan anda daripada tidur terlentang.

Biasakan tidur terlentang sehingga ia menjadi tabiat.

5. Elak makan ubat tidur atau sedatif


Ubat-ubat ini akan menyebabkan otot di sekitar leher relaks dan tidak mengganggu pernafasan.

Bagi mereka yang berdengkur dengan kuat,


Perlulah membuat pemeriksaan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Bukan itu saja, malah perhubungan dengan orang sekeliling juga dapat dipulihkan terutamanya pasangan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Trending Articles