Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Apa Kesannya Jika Minum Air Kelapa Selama Seminggu

$
0
0

Kesan Jika Minum Air Kelapa Selama Seminggu?


Ketika musim panas, memang digalakkan minum air kelapa kerana ia mengandungi elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang sewaktu berpeluh.

Air kegemaran ramai ini juga tinggi kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang diperlukan oleh tubuh.

Memang nyaman kalau dapat minum air kelapa selalu. Tiba-tiba teringat kenyamanan di tepi pantai. Kalau panas terik, minum ‘coconut shake’ lagi ‘power’!

Tapi pernahkan anda cuba minum air kelapa selama seminggu?


Kesan Minum Air Kelapa Selama Seminggu


Apa yang akan terjadi pada tubuh kita jika mengambil air kelapa selama seminggu?

1. Sistem Imunisasi Semakin Kuat


Ia juga menghilangkan bakteria penyebab kepada penyakit gusi dan jangkitan kuman dari pundi kencing.

Sebab itulah, kalau demam panas, kita dianjurkan untuk meminum air kelapa muda. Biasanya demam akan beransur surut, kepanasan suhu badan juga akan menurun.

2. Semakin Bertenaga


Air kelapa meningkatkan penghasilan hormon dari kelenjar tiroid yang memberi tenaga pada tubuh.

Selepas seminggu minum air kelapa secara konsisten, anda akan dapati badan terasa segar, ringan dan bertenaga.

3. Kesihatan Dalaman Bertambah Baik


Bersifat diuretik semula jadi, air kelapa membuang toksin dalam badan dan mengelakkan daripada terkena batu karang.

Bagi yang menghadapi masalah batu karang, disarankan minum air kelapa.

4. Sistem Perkumuhan Teratur


Jika amalkan minum air kelapa selama seminggu, anda mudah membuang air besar dan dapat elakkan daripada masalah sembelit.

Ini kerana air kelapa mengandungi fiber yang sangat diperlukan oleh tubuh.

5. Penurunan Berat Badan


Semakin banyak minum air kelapa, semakin kurang selera makan kerana kandungan fibernya yang tinggi mampu mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.

Lagi bagus kalau anda makan sekali isi buahnya yang lembut dan boleh dikupas. Isi kelapa ini juga mempunyai kandungan fiber yang tinggi, seperti kebanyakan buah-buahan lain.

6. Kurang Sakit Kepala / Pening


Biasanya sakit kepala boleh terjadi jika badan terlalu dehidrasi dan stres.

Air kelapa mengandungi elektrolit yang mampu mengembalikan ion badan yang hilang akibat kekurangan air.

7. Kulit Semakin Berseri


Semakin banyak minum air kelapa, semakin tinggi kandungan air dalam badan menjadikan kulit tidak lagi kering dan kusam.

8. Bertambah Muda


Air kelapa mengurangkan masalah glaucoma dan katarak, mengelakkan risiko sakit jantung dan meningkatkan tenaga. Ia juga merupakan salah satu amalan awet muda.

Ia menjadikan anda bertenaga semula, seperti orang muda!

Minum Air Kelapa Yang Asli, Bebas Gula


Minum air kelapa tanpa ditambah gula kerana ia lebih segar dan semula jadi.

Namun kini selain diminum segar, kelapa boleh dinikmati dengan bermacam-macam cara seperti ‘coconut shake’, aiskrim, ‘ice blended’ dan banyak lagi.

Apa pun pilihan anda, pastikan kurangkan pengambilan gula demi kesihatan tubuh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Trending Articles