Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

7 Cara Kreatif Galak Anak Makan Secara Sihat

$
0
0

7 Cara Kreatif Galak Anak Makan Secara Sihat


Galak Anak Makan Secara Sihat

Sudah pasti kaum ibu di luar sana menghadapi masalah yang sama dalam menghidangkan menu sihat berasaskan sayur-sayuran mahupun buah-buahan untuk anak-anak. Kalau anak tolak sayur dan buah, pasti ada caranya.

Ibu mana yang tidak risau jika anak terlalu memilih makanan sehinggakan badan kurus seperti kekurangan nutrisi padahal bermacam-macam cara sudah dilakukan agar anak yang susah makan itu supaya makan makanan berkhasiat.


Ibu-ibu, jangan putus asa!


Apa yang perlu anda lakukan hanyalah satu iaitu Be creative.

Bagaimana nak jadi kreatif, cara makan sihat?


1. Ubah penampilan agar nampak lebih menarik


Jangan kedekut untuk membeli acuan kuih pelbagai bentuk. Guna acuan pada timun, betik mahupun roti misalnya dan susun dalam pinggan. Apabila anak melihat aneka warna dan bentuk makanan di atas meja, dia akan seronok untuk menikmatinya.

2. Libatkan anak-anak dalam penyediaan hidangan


Ajak anak-anak membantu anda di dapur sambil menyiapkan hidangan untuk mereka. Mereka pasti gembira dapat membuat hidangan mengikut kreativiti sendiri. Pasti mereka pun ternanti-nanti melihat hidangan yang dihasilkan secara tak langsung menggalakkan mereka untuk menikmatinya tanpa perlu dipaksa.

3.Sorokkan yang hijau


Anda boleh potong halus-halus dan gaul ataupun kisar sayur-sayuran bersama bahan hidangan agar tidak kelihatan warna pada makanan. Apabila melihat tiada warna hijau dalam hidangan, anak pasti akan memakannya.

4. Pamerkan hidangan sihat di tempat yang mudah nampak


Letak buah-buahan di tempat yang sering menjadi laluan anak-anak. Apabila mereka punyai keinginan untuk mengunyah sebarang makanan, biasanya mereka akan mencapai apa sahaja di depan mata. Secara tak langsung mereka akan memakan makanan berkhasiat ini.

5. Pandai ambil peluang


Misalnya anda sekeluarga sedang menonton TV bersama-sama. Bila anak sedang fokus di depan TV, potong buah-buahan, hirisan sayur-sayuran atau salad sayur dan letak dalam mangkuk. Suakan pada anak secara santai sambil anda mengunyah makanan dan tanpa dia sedari, akan turut mengunyah makanan yang dihidangkan.

6. Jadi ‘cermin’ pada anak-anak


Biasanya anak-anak akan meniru gelagat ibu bapa. Untuk menggalakkan anak-anak makan makanan sihat, ia perlu bermula daripada ibu bapa sendiri. Setiap kali anak melihat anda makan makanan berkhasiat, secara automatik mereka akan terpanggil untuk cuba merasa apa yang anda makan.

7. Kurangkan makanan bergula dalam rumah


Anak-anak yang sudah bersekolah memang terdedah pada makanan yang tinggi kandungan gula seperti aiskrim, kek dan gula-gula. Semuanya boleh didapati di luar rumah dengan mudah. Oleh itu, pastikan anda tidak menambah lagi hidangan bergula pada mereka ketika dalam rumah.

Gantikan air Milo misalnya kepada jus buah-buahan segar atau gantikan penggunaan gula dengan madu. Anda juga boleh menggantikan ais krim dengan membuat smoothies daripada buah-buahan.

Mudah bukan?


Mungkin agak sukar untuk melakukannya tapi percayalah lama-kelamaan kreativiti dan usaha anda pasti berbaloi apabila melihat anak mula memilih makanan berkhasiat dalam pemakanan mereka. Cuma kalau makan di luar, kena pandai-pandai hiburkan anak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 265