Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

9 Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit dan Cara Mengatasinya

$
0
0

9 Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit dan Cara Mengatasinya


Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit

Tahukah anda di Amerika Syarikat sahaja, selain aspirin, jualan julap lebih tinggi berbanding ubat lain? Sebanyak USD 700 juta dibelanjakan setiap tahun untuk membeli julap dalam mengatasi masalah kerap sembelit yang kronik di kalangan orang dewasa.

Meskipun mampu mengatasi masalah kerap sembelit, penggunaan julap yang berterusan dalam jangka masa lama lebih banyak keburukannya antaranya ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, dehidrasi, jangkitan usus, kerosakan buah pinggang dan hati.


9 Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit


Antara sebab terjadinya sembelit adalah:

1. Malas buang air besar


Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Selalu terjadi pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas.

2. Najis yang terlalu keras


Najis keras dan sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.

3. Selalu tahan berak


Menahan daripada membuang air besar disebabkan sedang bekerja, tandas tidak selesa, atau sebagainya.

4. Angin dalam badan


Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir.

5. Kurang cecair dalam badan


Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

6. Tekanan


Terlalu stres juga boleh menyebabkan sembelit selain menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat.

7. Trauma lepas bersalin


Trauma yang teruk, contohnya selepas bersalin dan rasa takut untuk meneran.

8. Kurang zat besi


Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran.

9. Faktor Umur


Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.

Apa jalan penyelesaian kepada masalah kerap sembelit yang kronik ini?

Cara Mengatasi Masalah Kerap Sembelit


1. Ambil serat


Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

2. Minum banyak air


Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari

3. Makan herba dan rempah


Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa

4. Cuka epal


Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan

5. Lemak berkhasiat


Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang

6. Elakkan protein berlebihan


Elak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

7. Senaman pernafasan


Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat

8. Banyakkan pergerakan fizikal


Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

9. Senaman mencangkung


Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.

Buang Air Besar Setiap Hari Untuk Elak Masalah Kerap Sembelit


Ia adalah cara sebaiknya untuk mengeluarkan toksin, benda kotor dan hormon yang rosak dalam badan. Jika tidak, anda terdedah pada pelbagai masalah seperti kurang oksigen dalam darah akibat terlalu banyak toksin.

Bau mulut dan badan yang busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan adalah simptom anda mengalami masalah sembelit.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 265