Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

10 Makanan Ini Mengurangkan Kolesterol ‘Jahat’ Dalam Badan

$
0
0

10 Makanan Ini Mengurangkan Kolesterol ‘Jahat’ Dalam Badan. Amalkan Selalu!


Makanan Mengurangkan Kolesterol

Banyak persepsi yang salah apabila berbicara mengenai kolesterol seperti:


  •     Marjerin membantu menurunkan kolesterol
  •     Orang kurus tidak perlu risau mengenai kolesterol
  •     Saya sedang mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol, jadi saya boleh makan apa sahaja
  •     Biasanya lelaki lebih terdedah pada kolesterol berbanding wanita

Apa sebenarnya kolesterol?


Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.

Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.

Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.

10 Makanan Mengurangkan Kolesterol ‘Jahat’


Jika ingin mengurangkan paras kolesterol dalam badan, disarankan untuk makan:

1. Biji ketumbar


Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.

Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

2. Bawang merah


Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik

Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

3. Indian gooseberry , amla atau buah pokok Melaka


Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat

Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong

4. Cuka epal


Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux

Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

5. Jus oren


Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari

6. Minyak kelapa organik


Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’

Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.

7. Oat


Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’

Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat

8. Minyak ikan


Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung

Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.

9. ‘Red Yeast Rice’


Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol

Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.

10. Kekacang


Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat

Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah

Singkirkan kolesterol ‘jahat’ daripada badan!


Betulkan salah tanggapan tentang kolesterol dan pastikan anda mengambil makanan yang sesuai untuk mengawal parasnya dalam badan.

jadi, simpanlah stok makanan di atas bagi anda yang memang telah didiagnos sebagai ‘tinggi kolesterol’ dan dinasihati oleh doktor.

Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 265