Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all 265 articles
Browse latest View live

8 Cara Besarkan Payudara Secara Semulajadi

$
0
0


Cara besarkan payudara


Pertama sekali, ini bukan artikel lucah. Sila ambil positif.

Payudara yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan keayuannya tidak menyerlah. Ianya menyebabkan kesukaran untuk memakai baju atau dress yang seksi. Ada dua cara dalam membesarkan payudara tanpa perlukan pembedahan, iaitu cara senaman fizikal dan juga pemakanan secara semula jadi.

A. Cara senaman fizikal


1. Push Up


Ini cara besarkan payudara yang pertama. Untuk melakukan latihan ini posisikan tubuh anda seperti posisi push up yang sering dilakukan oleh orang lain. Jika push up seperti posisi yang dilakukan oleh lelaki terasa berat untuk anda, letakkan lutut anda pada lantai.

Dengan lutut diletakkan pada lantai, semua beban tubuh anda akan bertumpu pada lutut dan posisi ini akan memudahkan anda untuk mengangkat berat tubuh keatas. Bagi anda yang belum biasa melakukan push up, sebaiknya lakukan push up dengan latihan yang ringan terlebih dulu. Lakukan 5-6 kali push up dalam seminggu pertama.

Setelah memasuki minggu kedua sampai selajutnya, tambahkan latihan push up menjadi 7-10 kali dalam seminggu. Jika push up ini dilakukan secara teratur dan terus menerus, otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kekencangan.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda akan berubah lebih besar dari sebelumnya. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.

2. Berenang


Cara besarkan payudara ini perlukan tenaga dan skil. Senaman yang mampu merangsang pembentukan otot dada dan bahu juga dapat dilakukan dengan berenang. Jika hobi anda adalah berenang, ini adalah hobi yang bagus.

Namun tidak semua gaya berenang memberikan perubahan yang signifikan terhadap ukuran payudara anda. Hanya gaya kupu-kupu yang memberikan pengaruh besar terhadap perubahan ukuran payudara. Bagi perenang yang masih baru, gaya kupu-kupu sangat sukar dilakukan kerana perlukan latihan khusus.

Namun bagi yang sudah profesional, gaya kupu-kupu dapat jadikan alternatif sebagai cara besarkan payudara. Tidak perlu melakukan prosedur pembedahan meletakkan implan yang sangat berbahaya dan menghabiskan belanja yang mahal, ukuran payudara kita boleh berubah menjadi lebih besar hanya dengan senaman.

B. Cara pemakanan dan lain-lain:


1. Kacang soya


Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.

2. Jauhi arak


Tidak relevan untuk Muslim. Bagi non-Muslim, lebih baik elakkan minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.

3. Sayur


Banyakkan memakan sayur; beberapa jenis sayuran seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.

4. Ikan


Banyakkan memakan ikan laut; ikan laut banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.

5. Bersihkan selalu


Bersihkan payudara secara rutin; Bersihkan payudara secara rutin dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.

6. Guna masker


Cara besarkan payudara yang terakhirkan ialah dengan masker. Gunakan masker payudara; payudara boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan tidak kendur. Beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker payudara diantara adalah:

• Kacang panjang
Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara.

• Yogurt dan telur

Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

• Epal dan susu.
Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan berseri.

Akhir kata


Semoga informasi dan cara besarkan payudara ini bermanfaat untuk digunakan bagi membuatkan anda rasa lebih yakin. Jikalau ada masalah sampingan, sila berjumpa doktor untuk nasihat pakar dan pemeriksaan lanjut.

9 Tanda Kanser Payudara

$
0
0


Tanda Kanser Payudara. Adakah Anda Termasuk 5 Golongan Yang Berisiko?


Kanser payudara adalah penyakit merbahaya yang boleh membawa maut. Ianya terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak dan menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Semua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Siapa berisiko mendapat kanser payudara?


Setiap wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara. 99 dari 100 kes kanser payudara adalah dari kalangan wanita. Faktor risiko untuk membentuk kanser payudara adalah umur, riwayat keluarga, melahirkan anak, riwayat pusingan haid dan bentuk badan. Berikut ialah jadual faktor risiko kanser payudara dari Kementerian Kesihatan:


Tanda kanser payudara


Pengesanan awal adalah kunci awal rawatan Berikut adalah tanda-tanda wujudnya kanser payudara:

1. Benjolan di payudara

2. Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa

3. Perubahan di permukaan kulit payudara

4. Kulit payudara berlekuk atau berkerut

5. Pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara

6. Ruam pada puting payudara atau kawasan sekelilingnya

7. Puting payudara tertarik ke dalam

8. Bengkak pada bahagian atas lengan

9. Benjolan di ketiak

Untuk memudahkan anda menyimpan untuk rujukan, berikut ialah tan kanser payudara dari Kementerian Kesihatan bergambar:


Akhir kata


Penyakit kanser payudara merupakan penyakit yang amat dibimbangi oleh kaum wanita, sama ada sudah berkahwin ataupun belum. Oleh itu, lakukan pemeriksaan payudara sekali seminggu dan sekiranya ada tanda-tanda awal dikesan, cepat berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Ramai wanita tidak memeriksa payudara mereka sendiri, dan ada pula tidak tahu apa yang perlu dikesan. Semua wanita berusia 20 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat, dan kurangkan stress. Banyakkan berdoa pada Allah SWT agar kesihatan kita sempurna dan semoga hidup kita bermanfaat. Insya-Allah.

5 Gejala Menopause Yang Semua Wanita Perlu Tahu Bila Putus Haid

$
0
0

Gejala Menopause



Jangan ingat kita muda lagi, kita tidak akan kena menoapause. Maka,berjaga-jagalah sebelum ia berlaku.

Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua.  Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran  telur yang menghasilkan hormon estrogen.


Apa itu hormon estrogen?


Hormon estrogen adalah hormon seks bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause.  Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkab pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radangan pada vagina.
Berapakah umur yang dijangka mengalami menopause?

Selalunya wanita akan mengalami menopause pada umur 45 ke atas, tetapi ada yang lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun.  Pelbagai gejala yang akan berlaku kepada penghidap gejala menopause.  Jika sudah sampai masanya anda menopause, pelbagai cara boleh anda lakukan bagi menangani gejala menopause ini.  Jom, kita kenalpasti tanda tanda menopause dan cara menanganinya.

1. Pendarahan


Tanda-tanda awal menopause ialah seperti berlakunya pendarahan daripada vagina.  Pendarahan yang keluar ini bukan seperti pendarahan ketika datang haid atau saat menstruasi iaitu secara teratur.  Tetapi pendarahan yang berlaku ke atas wanita menopause adalah secara tidak teratur.

Selalunya pendarahan ini hanya akan keluar sewaktu permulaan menopause.  Pendarahan ini biasanya akan terjadi beberapa kali dalam masa beberapa bulan dan terus akan berhenti keluar.  Gejala ini juga dikatakan sebagai gejala peralihan kerana muncul pada awal menopause.

2. Masalah emosi


Kebanyakan wanita yang akan memasuki fasa menopouse ini seringkali mempunyai emosi yang tidak menentu.  Emosi ini sering dikaitkan dengan masalah daya ingatan menjadi lemah, mudah marah, perubahan mood yang sangat cepat dan sensitif atau pun mudah tersentuh.

Apabila emosinya mula terganggu, banyak tindakan yang dilakukan tidak mendapat fokus yang secukupnya.  Oleh hal yang demikian, wanita yang telah lanjut usia ini selalunya disarankan berehat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan stress kepadanya.

Gangguan emosi juga boleh menyebabkan seseorang itu akan susah untuk tidur.  Apabila tidur tidak mencukupi, wanita menopause akan mudah lemah dan letih.

3. Jangkitan kuman di saluran kencing


Bagi wanita yang menopause, masalah jangkitan kuman di saluran kencing sering berlaku.  Hal ini berlau kerana semasa menopause, pengeluaran hormon estrogen sudah semakin menurun.

Jika hal ini terjadi, dinding uterus atau dinding rahim akan semakin menipis.  Jadi, jika pasangan melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak mementingkan kebersihan, saluran kencing wanita menopause akan mudah dijangkiti kuman.

4. Kulit menjadi kering


Gejala menopause yang lain ialah apabila kekurangan hormon estrogen. Kekurangan hormon estrogen dalam badan kesan daripada menopause akan mengakibatkan kulit menjadi kering.  Apabila kulit mulai kering dan tidak lembap, kulit-kulit mula mengedut dan mengecut.

Bahagian-bahagian kulit yang mudah kelihatan berkedut adalah seperti di bahagian muka, tangan dan kaki.  Pengambilan air masak yang secukupnya dapat mengatasi masalah kekurangan air dalam badan yang juga penyebab kulit kering dan berkedut.

Belailah kulit anda dengan sapukan losyen badan supaya kulit tidak kering dan tidak berisiko untuk mendapat penyakit kulit yang lain pula.

5. Osteoporosis


Gejala menopause yang terakhir ialah mengalami osteoporosis. Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula.

Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.  Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah. Estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium.

Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen.

Apakah rawatan atau bagaimana menangani menopause?


1. Senaman


Senaman ringan akan membantu seorang wanita dalam menghadapi putus haid ini dengan sihat. Selalunya masalah ini akan terjadi di usia tua.  Jadi, olahraga atau senaman ringan selama 30 minit sudah mencukupi untuk anda kekal sihat.

Selain itu anda juga perlu sabar dan tenang. Hal ini kerana ia  merupakan sebuah proses fisiologi maka penting untuk anda  menanamkan kesabaran dan ketenangan dalam menerima kenyataan terhadap perubahan yang terjadi dalam masa menopause ini kerana gejala putus haid ini pasti akan terjadi.

Hal ini memerlukan   sokongan daripada anggota keluarga yang lain dalam menghadapi sikap wanita yang menopause.

2. Pengambilan makanan yang sihat


Pengambilan makanan yang sihat juga membantu dalam menangani gejala menopause. Disarankan untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi sumber bijiran, protein seperti gandum, tahu, dan tempe.

Perbanyakkan juga makanan yang mengandungi antioksida kerana antioksidan ini bermanfaat untuk menjaga sistem kekebalan tubuh dan juga bersifat mengusir racun dari dalam tubuh dan menunda tanda-tanda penuaan.

Wanita menopause juga dinasihatkan agar elakkan dari jenis minuman seperti kafein, kopi, alkohol, minuman bersoda, rempah-rempah dan makanan berlemak

Akhir kata


Walau apa pun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius.

Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.  Bergantung kepada corak kehidupannya.  Bagi wanita yang telah bersedia dari segi fizikal dan mental mereka akan kuat untuk menerima sebarang bentuk masalah yang datang.

Apa pun, sokongan orang tersayang adalah lebih penting dan dapat mengatasi segalanya.

7 Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah

$
0
0

Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah. Ada Rahsianya!


Memikat wanita dengan pertanyaa, “Pukul berapa sekarang?” itu sangat lapuk. Juga dengan cara “feeewitttt” yang geli-geleman bila kita lihat. Berjalan sebelah wanita dan mula ‘mengorat‘ mereka dengan berjalan seiringan juga sangat menjengkelkan.

Ada wanita yang mahu didekati cara begitu. Ada yang tidak. Golongan yang tidak mahu didekati cara sebegini ialah golongan yang mementingkan kualiti.


Bukannya memilih


Kami golongkan kumpulan wanita ini golongan yang sofistikated, kreatif dan berkeyakinan tinggi. Wanita yang berkeyakinan tinggi dan kreatif tidak sama dengan wanita yang lain. Mereka berfikir di luar kotak, dan sentiasa mahukan perubahan baru.

Mereka tidak suka berada dalam dunia stereotaip, hidup dalam protokol yang menentukan cara hidup mereka. Mereka mahu mencorak hidup mereka sendiri. Cara mereka melihat dunia adalah berlainan dengan orang lain.

Instagram?


Kebanyakan wanita seperti ini tidak mengadu-domba di Facebook. Mereka lebih gemar berada di Instagram dan Twitter. Lebih bebas katanya.

Tanda-tanda wanita yang sebegini adalah mereka selalu memakai pakaian atau aksesori yang dibuat sendiri, atau pakaian mereka adalah jenis custom-made. Mereka juga akan bercakap banyak topik tentang trend terkini dan juga cerita-cerita wayang yang mempunyai kesan efek khas atau sinematografi yang kreatif. Barang-barang yang dibeli juga kebanyakannya dari Instagram!

Mereka tidak suka bergosip dan bercakap kosong seperti wanita-wanita biasa. Sifat mereka lebih berdikari dan lebih bergantung pada diri sendiri daripada bergantung pada orang lain.

Cara memikat hati wanita yang sebegini


1. Sentiasa membuat jenaka intelek, lawak ‘pandai‘


Wanita memang suka lawak jenaka dan gelak ketawa menunjukkan mereka selesa dengan kita. Walaubagaimanapun, wanita yang kreatif adalah sedikit berlainan dari wanita biasa. Mereka menyukai jenaka yang intelektual, atau berkaitan dengan minat mereka.

Anda perlu pandai menyusun jenaka anda secara selamba, dan selain itu juga berinformasi. Sedikit lawak juga akan membuatkan jenaka itu lebih berkesan. Ingat, lawak ‘pandai‘ ya, bukan lawak ‘bodoh‘.

2. Sentiasa buatkan mereka selesa


Wanita sebegini amat terbuka tentang jantina, namun ada batas-batasnya. Pemikiran mereka agak selari dengan lelaki, jadi topik-topik lelaki boleh dibincangkan dengan mereka asalkan tidak melangkaui batas.

Jangan biarkan mereka terasa terasing dalam topik perbualan anda, ketika dalam perbualan kumpulan atau perseorangan. Mereka mungkin akan cuba masuk dalam perbualan anda, tetapi ada golongan wanita yang agak malu ketika berbual dengan lelaki, jadi anda perlu memberi ruang untuknya.

3. Hadiahkan sesuatu yang unik


Jika anda hendak menghadiahkan sesuatu yang unik pada teman wanita anda yang kreatif, jangan berikan sesuatu yang biasa seperti bunga atau aksesori.

Berikan sesuatu yang luar biasa bergantung pada minat teman wanita anda. Jikalau anda hendak menghadiahkan sesuatu yang biasa juga, sampaikan dengan cara yang unik dan luar biasa. Wanita yang kreatif amat menghargai kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh teman lelaki mereka.

4. Tonton cerita wayang lain dari yang lain


Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kreatif, pastikan cerita wayang itu menarik dan mempunyai teknik sinematografi dan efek visual yang lain dari yang lain.

Cerita romantik atau seram yang biasa membuatkan teman wanita anda berasa cepat bosan, dan mereka mungkin rasa mengantuk, atau mahu keluar cepat dari wayang. Selain itu, jika cerita wayang itu amat menyakinkan dan memukau teman wanita anda, mereka akan bercerita topik wayang tersebut selepas keluar panggung wayang.

Pastikan anda membuat kajian terhadap wayang tersebut sebelum menontonnya, kerana teman wanita anda mungkin akan bertanya soalan trivia tentang wayang tersebut.

5. Fahami bidang yang mereka ceburi


Jikalau teman anda seorang yang kreatif, pastikan anda mengetahui atau cuba mendalami apakah bidang yang mereka ceburi. Walaupun anda mungkin tidak mengetahuinya, namun mereka amat gembira apabila anda mengambil tahu apa yang mereka buat ataupun cuba untuk mengetahuinya.

Mereka juga akan sentiasa cuba untuk menerangkan pada anda bidang yang mereka lalui, jadi cubalah menambat hati mereka dengan mengambil kira minat mereka.

6. Romantik


Jika anda seorang yang romantik, ianya akan memberi kelebihan pada anda. Sajak dan kata-kata puitis akan dapat menambat hati wanita yang kreatif. Namun ianya perlu ikhlas dan lahir dari hati.

Jika anda berniat sesuatu yang tidak baik, mereka akan segera mengesannya kerana hati mereka yang sensitif.

7. Sentiasa ambil berat


Hati wanita yang kreatif adalah sensitif. Jadi sentiasalah mengambil berat tentang mereka, perasaan mereka dan pendapat mereka. Sifat hormat pada satu sama lain juga adalah bagus untuk perhubungan.

Akhir kata


Namun begitu, apa yang penting dalam hubungan adalah kejujuran dan keikhlasan. Kerana sifat wanita yang kreatif adalah sensitif dan lembut, mereka akan cepat mengetahui apa yang tersirat dalam fikiran anda. Imaginasi mereka melangkaui apa anda jangkakan, jadi mereka juga cepat cemburu.

Jagalah hati mereka dengan lembut dan ikhlas, dan mereka akan menerima anda seadanya.

5 Cadangan Makanan Untuk Orang Batuk Dan Sakit Tekak

$
0
0

Cadangan Makanan Untuk Orang Batuk & Sakit Tekak. Ikut Pantang Larang Ini!


Bila sakit tekak dan batuk, kita akan rasa tidak selesa. Semua makanan jadi tidak ada rasa apa-apa dan tidak sedap.

Jadi apa makanan untuk orang batuk? Ini cadangan kami:


1. Makanan dan buah-buahan yang mudah ditelan


Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut, sayur lembut, yogurt dan lain-lain. Contoh buah yang lembut ialah pisang dan betik.

2. Jauhi makanan yang keras


Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk. Ini seterusnya akan meningkatkan keradangan pada tekak.

3. Jauhi makanan bergoreng


Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.

4. Jauhi makanan pedas


Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

5. Jauhi makanan yang terlalu sejuk


Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.

Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak

Akhir kata


Mohon anda cuba cadangan makanan yang diberikan dan jaga pantang larang ini untuk cepat sembuh dari batuk dan sakit tekak. Jika masih tidak berkurang, sila berjumpa doktor!

10 Jenis Makanan Yang Membuatkan Anda Kelihatan Lebih Muda

$
0
0

Makanan Yang Membuatkan Anda Kelihatan Lebih Muda


Kebanyakan permasalahan tentang kecantikan boleh diselesaikan hanya dengan cara memilih pemakanan yang betul. Pemakanan yang baik bukan sahaja boleh mengecilkan saiz pinggang anda dan membina sistem imun tubuh badan anda, malah ia juga boleh memberi manfaat dari aspek kecantikan seperti memgurangkan kedutan, menjadikan rambut kelihatan lebih bermaya serta menguatkan kuku yang rapuh.

“Diet anda mempengaruhi secara langsung penampilan seharian anda serta memainkan peranan yang penting ketika anda menginjak usia tua” kata Dr Joshua Zeichner.

Zeichner berkata lagi, salah satu penyelesaian tersebut adalah melalui pendekatan bijak yang dikenali sebagai “pelan pembinaan blok kulit dan rambut yang sihat” – yang terdiri daripada 1001 khasiat, mineral, asid lemak serta antioksidan untuk melindungi badan anda daripada kerosakan disebabkan tekanan persekitaran.

Di bawah ini merupakan beberapa jenis makanan yang mesti termasuk dalam senarai runcit anda jika anda ingin mendapatkan kecantikan diri yang sebenar.


Makanan Awet Muda


1. Kopi


Secawan kopi setiap pagi bukan sahaja memulakan hari anda, malah kopi mempunyai sebatian bioaktif yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada melanoma (kanser kelima paling utama di Amerika Syarikat), berdasarkan sebuah laporan terbaru dalam Jurnal Institut Kanser Kebangsaan.

Para penyelidik mendapati bahawa lebih banyak seseorang itu mengambil minuman kopi, semakin kurang risiko mereka untuk mendapatkan penyakit ini: Mereka yang minum empat cawan setiap hari mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah risiko pembentukan melanoma malignan dalam tempoh 10 tahun berbanding individu yang tidak mengambil kopi.

2. Tembikai


Buah kegemaran orang ramai pada musim panas ini kaya dengan lycopene.

“Lycopene memberikan buah tembikai dan tomato warna merah serta bertindak sebagai antioksidan dan membantu mencegah kerosakan UV pada kulit” kata seorang pakar pemakanan; Keri Glassman, RD, pengasas NutritiousLife.com.

Para penyelidik juga percaya bahawa tembikai mengandungi sebanyak 40 peratus lebih fitokimia berbanding tomato mentah; bersamaan dengan SPF 3, jadi makan tembikai bagi meningkatkan pelindungan kulit anda terhadap cahaya matahari.

3. Buah delima


Biji buah yang hebat ini kaya dengan khasiat seperti vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan, seterusnya menghalang pembentukan garis-garis halus, kedutan serta kekeringan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang kulit.

Satu kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa pengambilan banyak vitamin C dapat mengurangkan potensi berlakunya kekeringan dan kedutan kulit pada wanita pertengahan umur. Buah ini juga kaya dengan fitokimia seperti antosianin (yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, seterusnya menegangkan lagi kulit wajah) dan asid ellagic (sejenis bahan kimia semula jadi yang boleh mengurangkan keradangan berpunca daripada kerosakan UV).

4. Blueberi


Tingkatkan seri wajah anda dengan mengambil buah bluberi. “Buah ini merupakan sumber vitamin C dan E (dua antioksidan yang berfungsi sejajar untuk mencerahkan kulit, tona wajah yang tidak sekata dan mencegah kerosakan disebabkan radikal bebas), serta diperkaya dengan arubtin, iaitu derivatif semulajadi hydroquinone yang bertindak sebagai pencerah kulit” kata Zeichner.

5. Udang Galah


Udang galah merupakan makanan laut yang kaya dengan zink serta mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang boleh membantu merawat pelbagai masalah kulit termasuk jerawat.

“Zink akan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru kulit” kata Dr. Whitney Bowe, professor penolong klinikal dermatologi di Sekolah Perubatan Icahn di Gunung Sinai. “Itulah sebabnya anda boleh mendapati terdapat banyak ubat jerawat yang menggunakan zink sebagai nutrien di dalam kandungannya.”

Malah, kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah jerawat mempunyai tahap zink yang lebih rendah berbanding orang yang berkulit normal.

6. Kale


Antara khasiat yang boleh didapati di dalam sayuran berdaun hijau ini adalah vitamin K (ia menggalakkan pembekuan darah yang sihat, seterusnya mengelakkan dari pembuluh darah di sekitar mata tidak pecah dan menyebabkan rupa anda sama seperti watak di dalam cerita Walking Dead) dan banyak zat besi.

“Zat besi yang tidak mencukupi di dalam diet anda boleh menyebabkan kulit anda kelihatan pucat, dan salur darah di bawah kulit anda lebih jelas kelihatan” jelas Dr. Howard Murad, Profesor Madya perubatan klinikal di UCLA. Untuk mendapatkan manfaat yang maksima, makan sayuran yang telah dimasak, bukannya dimakan mentah.

7. Telur


Kuku tangan dan kaki anda diperbuat daripada protein, maka kekurangan zat protein boleh menyahaktifkan talon lembut.

Pastikan kuku anda tidak menipis dan rawat kuku anda dengan cara yang betul: “Telur adalah sumber Biotin yang baik, ia merupakan sebuah vitamin B kompleks yang menghasilkan asid amino, yang kemudiannya menjadi blok binaan protein” kata Dr. Frank Lipman, pengarah Pusat Kesihatan Eleven-Eleven di New York.

8. Kacang Walnut


Asid lemak Omega-3 (terdapat dalam minyak semula jadi yang mengekalkan kelembapan rambut anda) dan vitamin E (yang membantu membaiki folikel yang rosak) adalah dua rahsia di sebalik rambut yang kuat dan bersinar-dan kacang ini kaya dengan kedua-dua zat tersebut, kata Lipman.

Anda hanya perlu makan 1/4 cawan sehari. Tambahan pula, walnut kaya dengan zat kuprum, yang akan membantu memelihara warna semula jadi rambut anda: Kajian menunjukkan bahawa kekurangan mineral tersebut boleh menjadi faktor berlakunya uban lebih awal.

9. Avokado


Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu menyukai buah Avokado: Buah-buahan yang kaya dengan asid oleic dan asid lemak omega-9 membantu kulit anda mengekalkan kelembapan pada lapisan luar kulit dan memastikan ia terus lembut dan anjal, kata Bowe.

10. Tembikai Cantaloupe


“Tembikai jenis manis ini mengandungi beta karotena, atau vitamin A, yang dipercayai membantu mengawal pertumbuhan sel-sel kulit pada kulit kepala dan juga sebum di lapisan luar kulit”, kata Zeichner. Ini boleh mengelakkan liang kecil daripada tersumbat dan menyebabkan kepingan pada kulit.

Akhir kata


Kita, kita sudah mengetahui jenis makanan awet muda yang mudah diperolehi. Carilah dan akanlah dari makanan-makanan yang halal. Semoga dalam kita menjaga diri untuk menjadi cantik secara luaran, biarlah dalaman juga cantik.

10 Perkara Yang Semua Ibu Rahsiakan Dari Anak-anak

$
0
0

Perkara Yang Semua Ibu Rahsiakan Dari Anak-anak


Ada isteri yang bunting pelamin. Ada pula yang setelah bertahun mengimpikan dan menunggu, akhirnya berpeluang menjadi seorang ibu. Tentu sekali menghadapi sembilan bulan yang panjang itu penuh dengan cabaran. Walaupun memenatkan, tetapi akhirnya dianugerahkan dengan anugerah yang tidak ternilai.

Untuk ibu-ibu di luar sana, dalam masa sembilan bulan, kebanyakan dari kita akan mempelajari segalanya berkenaan dengan menjadi seorang ibu. Masa inilah kita akan lebih memahami dan bersyukur pada seorang insan yang bergelar ibu.


Perkara yang semua ibu rahsiakan


Ini adalah 10  perkara yang kebanyakan ibu rahsiakan, malah tidak pernah memberitahu kita.

1. Dia menangis kerana kita


Kita menyebabkan dia selalu menangis. Dia menangis apabila mengetahui dia mengandung. Dia menangis ketika melahirkan kita. Dia menangis kegembiraan, malah menangis ketakutan. Dia menangis kerana risau. Dia dapat merasai penderitaan dan kegembiraan kita dan dia mahu berkongsi dengan kita.

2. Ibu selalu mendahulukan kita


Dia selalu mendahulukan kita. Dia tahu dia akan gembira jika kita gembira.

3. Dia sanggup tahan sakit demi anak-anak


Ia sangat menyakitkan apabila kita menarik rambutnya, apabila kita menggigitnya ketika minum susu. Kita menyebabkan lebam pada badannya ketika kita menendang di dalam perut, kita menyebabkan parut selepas bersalin.

4. Dia juga sebenarnya selalu ketakutan


Sejak kita lahir ke dunia, dia mencuba sedaya upaya melindungi kita. Dia nervous ketika pertama kali cuba susukan kita. Dia kerisauan ketika kita mula melangkah. Dia berjaga malam untuk memastikan kita pulang ke rumah dengan selamat dan dia bangun awal untuk menghantar kita ke sekolah. Dia juga bersengkang mata menjaga kita ketika sakit. Dia selalu menemani kita.

5. Dia tahu dia tidak sempurna


Dia mengakui yang dia tidak sempurna. Dia selalu bertegas dengan kita. Dia mahu kita menjadi ibu yang sempurna, tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi dia ialah manusia biasa dan dia juga melakukan kesilapan.

Dia selalu berharap, jika masa dapat diputar kembali, dia ingin mengubahnya, menjadi lebih baik tetapi dia tahu semua itu tidak mungkin berlaku. Jadi, berbuat baiklah padanya dan ketahuilah bahawa dia mencuba sedaya upaya menjadi yang terbaik.

6. Dia memerhatikan kita ketika kita tidur


Kadang-kadang, dia terjaga pukul 3 pagi dan berdoa agar kita dapat tidur lena. Dia mendodoi kita sehingga kita terlelap. Dia baring disebelah kita, meneliti wajah kita dan serta merta penatnya hilang. Dia tahu kepenatannya berbaloi setelah melihat wajah kita lena dibuai mimpi.

7. Dia akan ‘seret‘ kita ke mana-mana


Dia membawa kita kemana-mana sahaja dalam perut, selama sembilan bulan. Kita suka didukung olehnya, jadi, dia belajar membawa kita ketika mandi, ketika makan malah ketika tidur. Walaupun tangan dan pinggangnya sakit, tapi dia tetap mendukung kita kerana dia ingin selalu dekat dengan kita dan membuatkan kita rasa selamat.

Tidak sanggup tinggalkan anak, walaupun sementara. Hati dia sentiasa rasa gundah gulana.

8. Dia rasa sedih apabila kita menangis


Tiada irama yang lebih menyedihkan pada dia selain dari tangisan kita. Dan tiada  yang lebih meruntun jiwa dia dari melihat air mata jatuh ke pipi kita. Dia akan lakukan apa yang termampu untuk menghentikan tangisan kita. Namun, apabila dia gagal menghentikannya, dia merasakan dirinya gagal dan dia berasa teramat sedih.

9. Dia berkorban untuk kita, dahulukan anak-anak lebih penting


Dia tidak kisah tidak mandi, tidak makan malah, tidak tidur untuk kita. Dia akan menghabiskan harinya memenuhi keperluan kita sehingga tiada lagi tenaga untuk menguruskan diri sendiri.

Tetapi, keesokan harinya, dia akan mengulang rutin yang sama kerana dia sangat menyayangi kita.

10. Dia tidak pernah kenal erti penat & lelah


Dia akan terus melakukan rutin yang orang kata membosankan.

Menjadi seorang ibu adalah tugasan yang sangat berat. Ada terlalu banyak beban di bahu yang harus dipikul. Dalam diam, dia menangis dan selalu terluka semasa melakukannya akibat terlalu penat. Dia terus mencuba walaupun kadang-kala gagal. Dia terus mencuba cari kekuatan dan terus belajar.

Di sebalik semua kesakitan, kesedihan, bersengkang mata dan bangun awal pagi untuk menguruskan rumahtangga, dia tetap akan melakukannya lagi dan lagi. Jadi, apabila kita bertemu ibu kita, ucapkanlah terima kasih dan hargailah segala pengorbanannya.

Akhir kata


Perkara ini kita tidak perasan semasa belum berkahwin dan dapat anak. Tidak akan terasa semasa bujang, iaitu zaman rebellious dan selalu mahu betul. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedikit demi sedikit kita akan terasa sebenarnya, ibu kita adalah insan yang paling kuat di duni.

Terima kasih ibu.

Terima kasih mak.

Kerana menjaga dan mendidik kita semua dari kecil hingga dewasa. Sungguh, jasamu tidak terbalas dengan wang ringgit. Semoga kita semua dapat menyayangi ibu kita, sepertimana dia menyayangi kita.

Tidak kira samada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia, jangan lupa mendoakan ibu-bapa kita selepas solat.

7 Perkara Kecil Yang Boleh Buat Suami Kecil Hati Dengan Isteri

$
0
0

Perkara Kecil Yang Boleh Buat Suami Kecil Hati Dengan Isteri, Tanpa Disedari


Puan-puan sekalian, kita perlulah berhati-hati dengan cara bagaimana kita menjaga suami dan perkahwinan. Jangan biarkan perkara kecil merosakkan sesuatu yang memberi kebahagiaan yang besar dalam hidup kita.


Suami kecil hati


Di sini terdapat beberapa perkara yang para isteri mungkin lakukan tanpa sedar. Dan ini boleh membuatkan suami berkecil hati. Mungkin juga boleh memusnahkan rumah tangga!

1. Hidup dalam keadaan di luar kemampuan anda


Seorang wanita tua yang bijak menasihatkan: “Perkara terbaik yang anda sebagai seorang isteri boleh lakukan adalah dengan hidup dalam kemampuan suami”.

Wahai para isteri, tunjukkanlah penghargaan dan hormat terhadap suami anda dengan berhati-hati menguruskan bajet dan gunakan apa yang ada sebaiknya. Uruskanlah kewangan dengan bijak.

Selalu mengeluh kerana tidak mempunyai cukup wang untuk memenuhi kehendak diri atau berhutang dengan banyak menggunakan kad kredit adalah cara yang teruk untuk mengucapkan ‘Terima kasih’ kepada pasangan yang telah bekerja keras setiap hari untuk menyara keluarga.

Ya, anda mungkin tidak mempunyai cukup wang untuk membeli handbag jenama Coach yang anda inginkan bertahun-tahun, tetapi suami anda akan lebih menyayangi dan menghargai anda kerana anda menerima apa yang mampu dia berikan.

2. Sentiasa bersifat negatif pada suami


Anda bencikan rambut anda, anak sepahkan mainan dan rumah yang berselera. Belum lagi meluat dengan perangai jiran depan rumah anda dan juga rakan sekerja yang kurang bijak.

Sebaik sahaja suami anda melangkah masuk dalam rumah, anda segera memberitahu dan membebel mengenai perkara-perkara negatif dan kemarahan yang dipendam sepanjang hari.

Mampukah anda bayangkan beban yang terpaksa ditanggung? Lelaki suka membetulkan sesuatu, dan jika sering dibayangi oleh segala rungutan, adalah susah baginya untuk menyelesaikan masalah anda.

Satu perkara yang semua orang perlu tahu dalam melayari bahtera perkahwinan, seorang lelaki mahukan isterinya gembira.Namun, jika dia tidak mampu memberikan kegembiraan tersebut, ini akan membuatkannya tidak gembira.

Tidak mengapa jika anda mengalami hari yang teruk sekali sekala, tetapi jangan jadikannya satu kebiasaan. Kalau betul-betul mahu cerita, cuba urut-urut suami dulu. Mesti dia dengar punya!

3. Mendahulukan benda yang lain selain suami


Apabila anda meletakkan anak anda, ibu, kawan baik, bakat atau kerjaya lebih utama dari suami anda, ini menunjukkan mesej yang jelas bahawa suami anda tidak penting. Bayangkan mesej ini disampaikan kepada anda setiap hari selama bertahun-tahun. Apa akan jadi pada harga diri anda?

Utamakan suami anda terlebih dahulu

Walaupun kadang-kadang ianya kelihatan melawan gerak hati dan tidak produktif, saya rasa anda akan menjumpai kunci kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga. Begitu banyak pasangan yang bercerai pada masa kini kerana mereka mengabaikan penjagaan dan kasih sayang untuk suami dan tidak mengutamakan pasangan mereka.

4. Tidak memberi suami makan dengan air tangan sendiri


Mulut suami tentu akan kata, “Eh, abang tak kisah pun. Abang tau ayang penat. Kita bungkus aje lah ye”.

Itu keluar dari mulut dia, tetapi hati suami kata lain. Lambat-laun, dia akan rasa jemu dan jelak dengan makanan luar. Ini mungkin boleh buat suami ‘makan luar’ betul-betul.

5. Menolak ajakan suami ke katil


Lelaki amat mendambakan dan menginginkan kemesraan fizikal bersama isterinya. Apabila anda sering menolak untuk bermesra, suami akan kecewa.

Seks bukanlah suatu alat untuk mengawal pasangan anda; ia patut dilihat sebagai suatu cara untuk anda mendekati antara satu sama lain. Benda sedap, kenapa nak tolak?

Kasih sayang dan mengasihani merupakan satu rahmat dalam hidup berumahtangga. Seorang suami yang romantik selalu ingin berkongsi sesuatu hanya dengan isterinya. Walaupun anda tiada mood, buat-buatlah rajin layan dia. Suami kalau boleh, mahu hari-hari!

6. Tidak bercakap dalam bahasanya


Perempuan suka memberikan ‘hint’. Mungkin kerana ia memang sudah sedia ada dalam DNA seorang perempuan. Tetapi lelaki tidak faham. Dan itu sememangnya ada dalam DNA mereka!.

Jangan buang masa anda memberikan hint yang tidak jelas yang dia tidak fahami. Berterus teranglah dengan dia dan jujurlah dengan perasaan anda. jika dia tanya “Kenapa?”, jangan membalas dengan “Tiada apa-apa”

Dan kemudian mengharapkan dia dapat membaca apa yang ada dalam fikiran dan emosi anda. Berterus teranglah mengenai perasaan anda. Bila suami kecil hati, susah juga.

7. Mengarah suami buat kerja, on the spot


Katakan suami sedang layan Astro, sambil kakinya bersilang. Nampak sungguh dalam keadaan rehat. Sedangkan isteri sibuk di dapur. Tentu sekali isteri rasa ‘panas hati‘. Mulalah mahu bagi suami kerja.

“Bang, tolong buang sampah tu, dah penuh”. Dengan yakin sekali, jawapan yang biasa kita dengar ialah, “Kejap, nanti dulu. Nanti abang buat la. Nak tengok cerita ni kejap”.

Bila sudah marah, isteri dengan muka muncung akan buang sampah itu, sambil lalu menonong depan suami. Tentu sekali suami kecil hati.

Ingat, suami bukannya tidak mahu buat. Dia akan buat. Kalau dia kata mahu repair paip atau wiring, dia akan buat. Cuma mungkin 6 bulan lagi!

Akhir kata


Apa yang dapat disimpulkan, bukannya susah nak jaga ‘laki‘. Cuma ada dua benda sahaja iaitu jaga perutnya dan jaga ‘bawahnya‘. Itu sahaja!

Jika dia ‘kenyang‘ kedua-duanya, pasti tidak akan marah-marah dan berkecil hati.

Mudah bukan?

7 Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas

$
0
0

Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas. Asyik Menitis Sahaja!


Pernahkah anda mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis.

Apabila diperhatikan, aliran air kencing mengecil, aliran air kencing tersekat-sekat, Apabila buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis dan pernah juga rasa tidak puas selepas buang air kecil?


Kencing tak lawas


Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah kencing tidak lawas, berikut adalah petua yang dapat diikut oleh pesakit untuk mengubati dan merawat penyakit ini. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, dua-dua boleh guan.

1. Guna daun sirih


Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

2. Guna biji barli


Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.

3. Guna buah nenas


Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan.

Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

4. Guna air basuhan beras


Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas.

Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

5. Tanggal semua termasuk seluar


Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

6. Anda boleh buat Squat Jump.


Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali.

Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

7. Perbanyakkan senaman berjalan kaki


Bukan sahaja luaran sihat, dalaman pun sihat juga.

Bagaimana mencegah dari kencing tak lawas?

Menurut portal Kementerian Kesihatan, myhealth.gov.my, berikut adalah antara yang dicadangkan:

  •     Minum air dengan secukupnya.
  •     Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
  •     Mendapatkan berat badan yang unggul dan mengelakkan kegemukan
  •     Bersenam selalu
  •     Mengurangkan stress
  •     Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
  •     Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
  •     Elakkan kecederaan di kawasan perineal seperti semasa berbasikal dan menunggang kuda
  •     Jangan tahan air kencing
  •     Elakan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala masalah kencing
  •     Bejumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang gejala masalah kencing.

Akhir kata


Jangan ingat orang yang kencing tidak lawas hanya berlaku pada orang tua. Orang muda juga ada yang kena. Cepat-cepat hubungi doktor jika mengalami masalah ini. Sebagai alternatif, boleh cuba petua yang kami kongsikan ini.

Bila kencing pun senang dan lawas, ibadah solat juga lebih tenang.!

10 Cara Menghilangkan Stress Yang Jarang Kita Dengar

$
0
0

Cara Menghilangkan Stress


Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku.

Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Dengan beban GST yang membelenggu perbelanjaan harian, masalah rumah tangga dan masalah kerja, semuanya memberikan impak kepada kehidupan anda.

Menghabiskan kerja yang tertangguh dan menguruskan keluarga terasa bagai tugasan yang sangat berat. Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif, anda tetap merasa bimbang mengenai perkara yang anda tidak boleh ubah.

Walau bagaimanapun, ini adalah satu kesilapan besar. Apabila anda tertekan, anda tenggelam dalam pemikiran negatif dan anda tidak dapat memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan lambat laun anda akhirnya merasa lemah dan sakit-sakit.


Cara menghilangkan stress


Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 10 cara anda boleh mengurangkan tekanan tersebut? Ada beberapa cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan.

1. Melukis menggunakan jari


Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.

Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.

2. Urutan pada telinga


Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.

3. Telefon ibu anda


Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.

4. Menghidu epal


Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.

5. Beri ganjaran pada diri anda


Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.

Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru?

6. Lihat keindahan alam


Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.

Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat. Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.

Bercutilah jika ada bajet, tidak perlu mahal-mahal.

7. Letupkan belon


Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.

8. Letakkan pokok di atas meja anda


Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.

9. Makan makanan yang dapat menghilangkan tekanan


Mungkin ada dia antara anda yang tidak tahu kewujudan makanan yang dapat menghilangkan tekanan.

Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan.

10. Solat


Semua orang tahu, solat itu menenangkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul solat kalau dalam keadaan stress?

Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan.

Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda.

Akhir kata


Seperti yang dapat anda lihat terdapat pelbagai cara untuk melegakan tekanan. Jika tekanan sering berlaku kepada anda, anda boleh mencuba mana-mana teknik ini untuk memastikan bahawa anda menikmati kehidupan yang ceria serta bebas dari tekanan!

Cara Menghilangkan Gout & Buang Asid Urik Dalam Badan

$
0
0

Apakah itu gout?


Gout dan sakit sendi sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Bagi yang tidak tahu, gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Namun, kini dengan kemajuan
dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.


Cara menghilangkan gout


Mudah sahaja. Jika ingin tahu cara menghilangkan gout, jangan biarkan kandungan asid urik dalam badan tinggi. Kurangkan kandungan asid urik dalam badan. Boleh buat blood test untuk melihat kadar asid urik.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Ada banyak ubat yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini. Cuma harganya mungkin agak mahal. Untuk alternatif, boleh juga guna cara semula jadi yang menawarkan manfaat tambahan kesihatan untuk tubuh badan. Ia dikatakan dapat membuang hablur asid urik dalam sendi.

Cara membuang asid urik


Kami kongsikan tips dan cara yang dikatakan berkesan untuk membuang asid urik dalam badan melalui Internet. Mungkin boleh percaya, mungkin tidak. Kenalah cuba dahulu!

Ikut resepinya seperti di bawah:

Bahan-bahan:


1 biji timun (saiz sederhana)
2 batang saderi
1 hiris lemon
1 inci akar halia muda (ginger root)

Cara-Cara:


1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan bersihkan terlebih dahulu. Pastikan saderi tiada kotoran.

2. Potong timun menjadi lebih kecil.

3. Potong lemon separuh. Buangkan kulit. Anda boleh meletakkan yang satu lagi di dalam peti sejuk.

4. Kemudian masukkan sedikit akar halia muda (ginger root)

5. Campurkan semua dan blend.

6. Sedia untuk diminum setiap hari.

Resipi bergambar dalam Bahasa Inggeris:


Akhir Kata


Resipi di atas hanyalah satu panduan sahaja. Pantang, pantang juga. Jangan main langgar sahaja.

Panduan ini bukannya satu permanent solution kepada masalah gout. Maka, ubahlah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

Janganlah lupa amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.

Keputihan Ketika Hamil

$
0
0

Keputihan Ketika Hamil. Bahaya Atau Tidak?


Keputihan merupakan masalah yang sering dihidapi oleh wanita di seluruh dunia. Kebanyakan wanita tidak ambil peduli akan bahaya keputihan ini. Termasuk juga saya. Namun setelah saya membaca satu info tentang barah rahim baru saya sedar yang penyakit keputihan ini merbahaya. Malah ia juga memberi risiko kepada ibu hamil. Lebih-lebih lagi wanita hamil akan berubah mood dan juga hormon. Penting untuk kita sebagai kaum wanita ambil tahu tentang bahaya, faktor dan cara merawati keputihan. Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan bacaan anda.


Apa itu keputihan?


Keputihan atau lelehan faraj merupakan lendir yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita. Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan aktiviti seksual. Ramai wanita menganggap keputihan merupakan petanda lazim sebelum haid.

Keputihan terbahagi kepada 2 jenis iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologis. Keputihan fisiologi biasanya normal dan tidak mendatangkan penyakit. Keputihan fisiologi selalunya berwarna putih dan tidak berbau. Namun berbeza dengan keputihan patologis. Keputihan patologik lebih bersifat kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau. Rujuk jadual di bawah untuk perbezaan antara keputihan fisiologi dan patologis.

Keputihan ketika hamil, adakah bahaya?


Sebahagian wanita menganggap keputihan adalah perkara normal namun jika tidak dirawat ia akan melarat sehingga membahayakan kesihatan. Jika anda sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil, anda perlu tahu akan bahaya dan risiko keputihan ini jika tidak dirawat lebih awal. Berikut merupakan beberapa risiko akibat penyakit keputihan yang serius.

1. Kehamilan luar rahim


Penyakit keputihan yang lewat ditangani bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan malah berpotensi untuk menyebabkan kehamilan luar rahim. Ini kerana persenyawaan berlaku di ruang tiup fallopian atau mana-mana bahagian luar uterus di mana ovum yang telah disenyawakan tidak mampu menempel di dinding rahim.

2. Kesukaran untuk hamil


Keputihan disebabkan jangkitan kuman penyakit kelamin seperti chlamydia, syphilis atau gonorrhoea akan menyebabkan saluran peranakan rosak dan mengalami kesukaran untuk hamil

3.Kelahiran pra-matang


Keputihan yang dibawa oleh chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada bayi kerana pecahnya selaput ketuban sebelum waktunya.

4. Jangkitan mata


Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

5. Gangguan pernafasan kepada bayi


Masalah keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

Faktor yang menyumbang kepada keputihan

Berikut merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit keputihan

1. Kebersihan


Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) adalah sangat penting. Pastikan ia dicuci dengan air yang bersih dan pastikan faraj kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Hormon


Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Contohnya pengambilan ubat khasnya ubat antibiotik yang berlebihan untuk jangkamasa yang panjang menyebabkan bakteria semulajadi pada faraj mati. Selain itu mereka yang mengalami tekanan emosi cenderung menghasilkan hormon yang tidak seimbang. Ini juga menyumbang kepada penyakit keputihan

3. Gaya hidup


Gaya hidup seorang wanita amat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat amat cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit di bahagian faraj.

4. Kesihatan


Tahukah anda, wanita yang menghidap penyakit kencing manis amat mudah dijangkiti penyakit keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj. Ini mengaktifkan pertumbuhan kulat yang banyak.

Cara mengubati keputihan


Pengetahuan dan kesedaran awal akan bahaya keputihan adalah penting kepada kaum wanita. Ingat, mencegah lebih elok dari mengubati. Jom kita lihat cara pencegahan yang boleh diambil untuk mengubati keputihan ini.

1. Sentiasa memastikan faraj di dalam keadaan bersih dan kering

2. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid

3. Jangan menggunakan produk wangian atau semburan di kawasan faraj

4. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kuantiti gula yang tinggi

5. Basuh alat sulit dengan air yang bersih sebelum dan selepas hubungan seks

6. Menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner) ketika perlu sahaja. Elakkan penggunaan seluar dalam yang berfabrik satin dan yang terlalu ketat

7. Dapatkan nasihat doktor jika keputihan semakin teruk

 Kesimpulan


Kebanyakan wanita tidak menyedari akan bahaya keputihan kerana ia menganggap ia adalah satu yang normal dan fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Cuma yang membezakan adalah keputihan tersebut normal atau tidak. Kita perlu ambil tahu dan peka akan kelainan kepada diri sendiri. Amalkan gaya hidup yang sihat, bersih dan bebas dari penyakit jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Sayangilah diri anda.

Sumber : www.myhealth.gov.my

11 Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Secara Semuladi

$
0
0

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Secara Semuladi


Tekanan darah tinggi merupakan ‘pembunuh senyap‘.  Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi.

Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel.

Sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah di dalamnya bagi merawat tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang tidak diingini, cuba ubah gaya hidup anda dari segi pemakanan dan senaman selain daripada mencuba penawar semula jadi untuk tekanan darah tinggi di rumah.


Apakah antara cara mengatasi tekanan darah tinggi?


Ikuti petua berikut:

1. Kurangkan Pengambilan Garam


Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.

Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia hanyalah salah sebuah taktik syarikat makanan untuk meningkatkan nilai produk mereka. Secara logiknya, sangat sukar untuk kita hidup tanpa rasa. Jadi bagaimana untuk berjuang menurunkan tekanan darah anda?

Anda hanya perlukan?:


-kemahuan anda sendiri

Cara-cara


Pendek kata, kurangkan bahan perasa secara berkala untuk memasak anda. Dan sudah tentu, baca label pada makanan yang anda beli dengan teliti. Ingat hanya 2,300 atau kurang untuk pengambilan garam harian.

Penyelidikan intensif telah menunjukkan lebih banyak anda makan garam lebih banyak anda perlukannya. Generasi muda juga senang terpaut dengan pengambilan garam sejak awal usia lagi.

2. Makan Bunga Raya


Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana Bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin, yang memainkan peranan penting dalam sistem hormone renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.

Apa yang anda perlukan?:


-1-2 camca teh bunga raya kering
-1 cawan air masak
-Madu, lemon, atau 1-2 batang kayu manis (pilihan)

Cara-cara


Didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kayu manis dan biarkan selama 5 minit. Tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3. Minum Air Kelapa


Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Apa yang anda perlukan?:


-8 auns, air kelapa organik segar

Cara-cara


Minum 8 auns air kelapa 1-2 kali sehari. Pagi adalah pilihan waktu paling sesuai jika anda meminumnya sekali sehari, tetapi anda juga boleh mengambil air kelapa pagi dan malam untuk pengambilan dua kali sehari.

4. Ambil Minyak Ikan


Mungkin anda sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).

Apa yang anda perlukan?:


-Minyak ikan yang berkualiti tinggi

Cara-cara


Saya lebih suka minyak ikan yang diambil bersama dengan jus oren berbanding pil yang mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan, mengikut jumlah yang disyorkan.

5. Herba Hawthorn untuk Jantung


Hawthorn Adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

Flavonoids dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit jantung seperti aritmia, rasa berdebar-debar, meningkatkan fungsi kapilari, mengawal metabolisme glukosa dan, sudah tentu, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Anda Boleh menikmati hawthorn Dalam Bentuk teh ATAU Dalam Bentuk “uncang”.

Apa yang anda perlukan?:


-4 camca serbuk beri hawthorn
-1/2-1 camca serbuk kayu manis
-Madu asli
-Air
-Serbuk Koko atau carob

Cara-cara


Campurkan kayu manis dan serbuk hawthorn di dalam mangkuk bersama-sama. Tambah madu secukupnya serta air hingga menjadi pes. Campurkan dengan serbuk koko atau serbuk carob sehingga ia membentuk doh sehingga boleh membentuk menjadi bebola kecil. Bakar di dalam ketuhar pada suhu yang sangat rendah (tidak lebih daripada 150 darjah Fahrenheit) sehingga kering. Simpan di dalam balang kaca jauh daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk.

6. Senaman


Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

Apa yang anda perlukan?:


-Kuasa untuk berubah!

Cara-cara


Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.

7. Ambil Bawang Putih


Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

Apa yang anda perlukan?:


-Tablet bawang putih berkualiti tinggi

Cara-cara


Mengikut indikasi seperti di belakang botol.

8. Ambil Tembikai di Pagi Hari


Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

Apa yang anda perlukan?:


-1-2 cawan jus tembikai segar

Cara-cara


Setiap pagi makan tembikai semasa perut kosong.


9. Teh Halia-Pelaga


Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.

Dengan gabungan halia dan kayu manis, kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

Apa yang anda perlukan?:


-1/2 cawan air
-2-3 camca teh madu (sebagai perasa)
-1 camca teh buah pelaga
-1/2 sudu teh serbuk halia ATAU 2 sudu halia segar yang dicincang
-1 sudu teh serbuk kayu manis
-1 ½ sudu teh hitam atau 1 uncang teh
-1/2 cawan susu
-lesung

Cara-cara


Hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus. Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu. Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel. Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.

10. Pokok Cat’s Claw


Cat’s Claw (Uncaria tomentosa) adalah tumbuhan memanjat yang dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan. Kajian tabung uji menunjukkan pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi) oleh itu boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

Ia juga boleh bertindak sebagai diuretik ringan, menyingkirkan garam yang tidak diperlukan dan air dalam badan. Tanin dan flavonoid mungkin menjadi penyumbang utama dalam penyembuhan ini.

Rebusan yang lama lebih sesuai untuk tumbuhan ini berbanding teh kerana ia mempunyai kayu yang keras dan akar serabut. Walaubagaimanapun, pengambilan tumbuhan ini perlu dielakkan oleh golongan wanita yang hamil.

Apa yang anda perlukan?:


-1-2 camca of herba yang dikeringkan
-1 ½-2 cawan air sejuk
-Madu atau lemon sebagai perasa

Cara-cara


Campurkan herba dan air dalam periuk kecil dengan api yang perlahan. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 40-45 minit. Tambah lagi air (jika kurang) bergantung pada citarasa anda. Tambah madu atau lemon jika anda mahu dan minumnya sekali sehari.

11. Sirap Bluberi


Sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda. Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

Apa yang anda perlukan?:


-8 sudu bluberi kering ATAU 4 sudu setiap bluberi kering dan beri lain.
-4 Cawan air
-1 Cawan madu
– Periuk, penapis, balang kaca dengan penutup kedap udara

Cara-cara


Tambah beri kering ke dalam air dan reneh dengan api yang perlahan sehingga airnya berkurang separuh. Perahkan jus dari buah dan tuangkannya ke dalam periuk.

Masukkan madu dan masak hingga sebati. Untuk mendapatkan sirap yang pekat, panaskan madu dan jus buah di atas api yang sederhana selama 20 minit. Jika anda tidak mahu membuat dalam sediaan sirap, skip langkah ini. Setelah siap, simpan dalam peti sejuk selama 3-4 minggu. Ambil 1 sudu besar dua kali sehari.

Akhir kata


Jangan ambil ringan jika ada tanda-tanda darah tinggi. Kena beringat selalu, lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia. Jagalah kesihatan diri anda.

Sumber: everydayroots.com

20 Tips Mengambil Hati Mertua

$
0
0

Tips Mengambil Hati Mertua. Jadi Menantu Favourite!


Masih ingat lagi kali pertama berjumpa mertua? Mesti dada berdebar-debar bukan?

Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.


Apakah tips mengambil hati mertua dan ipar duai?


1. Angguk-angguk


Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.

Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. Jangan masuk campur


Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam.

Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. Jangan sampai suami report balik pada mak dia


Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.

Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar!

4. Jangan berkira dengan duit dan tenaga


Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua.

Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. Tunjuk rajin masak


Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.

Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. Banyakkan berbual


Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.

Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.

7. Jangan tunjuk malas


Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama!

8. Berikan hadiah


Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.

Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan?

Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.

9. Hormati privasi


Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.

Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. Jangan ambil kesempatan


Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila.

11. Cuba bergaul dengan ipar-duai


Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.

12. Jangan berkepit dengan suami


Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.

13. Biarkan ibu ‘conquer‘ anak


Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.

14. Tak payah tunjuk manja


Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!

Buat biasa-biasa sudah.

15. Offer mak mertua duduk depan


Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.

16. Buat-buat tanya makanan kegemaran suami


Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil.

17. Jangan marah suami depan mak mertua


Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa?

Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expect menantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami

18. Ucapkan “Syukur dapat suami macam ni” pada mak mertua


Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”.

Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.

19. Jangan berebut suami dengan mak dia


Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.

20. Ingat bahawa Allah Maha Adil


Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri?

Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.

Akhir kata


Sentiasalah berfikiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita.

Semoga menjadi menantu favourite yang disayangi!

4 Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung

$
0
0

Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung. Jangan Panik!


Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita dan sudah pasti anda akan berikan perhatian yang penuh bagi memastikan rambut anda sentiasa berada pada keadaan yang baik.

Tetapi ramai di antara wanita di luar sana yang mengalami rambut gugur ketika mengandung, dan ada juga yang alaminya selepas bersalin. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menghentikan keguguran rambut dari berlaku?


Rambut gugur ketika mengandung


Sebelum itu, kita harus memahami mengapa rambut gugur ketika mengandung dan faktor-faktor yang mendorongnya.

Perubahan kepada hormon-hormon di dalam badan banyak memainkan peranan. Secara umumnya, rambut akan melalui suatu kitaran yang berfasa. Ada rambut yang akan tumbuh, ada yang akan berehat, dan akhir sekali ada yang akan gugur. Secara purata, rambut kita akan gugur sebanyak 100 helai rambut setiap hari.

Fasa yang berubah


Sewaktu anda sedang hamil, kesemua fasa tersebut boleh berubah. Ramai di antara wanita yang mengandung akan dapati rambut mereka menjadi lebih tebal dan tumbuh lebih cepat.

Tidak kurang ramai juga yang akan mula perasan rambut mereka gugur lebih banyak dari hari-hari biasa. Ini bakal berterusan selepas anda melahirkan anak dan seterusnya selagi anda masih menyusukan anak anda.

Apa perlu buat kalau keadaan rambut gugur ketika hamil itu berterusan?


1. Jangan panik


Pertama sekali, anda janganlah berasa panik dan terus-menerus tarik rambut anda sehingga banyak lagi yang gugur. Bagi mengurangkan keguguran rambut, hanya guna syampu apabila perlu sahaja.

Amalan bersyampu akan menambahkan tekanan kepada rambut dan lebih banyak pula rambut yang akan gugur nanti. Gunakan perapi bagi mengurangkan keguguran rambut yang berlaku apabila anda menguraikan rambut anda. Pastikan syampu dan perapi yang anda gunakan mengandungi biotin dan silika.

2. Guna sikat yang bergigi luas


Seterusnya, gunakanlah sikat yang bergigi luas dan elakkan dari menggunakan pengering rambut atau apa sahaja yang akan memanaskan rambut anda. Elakkan daripada mengeritingkan rambut atau mewarnakan rambut anda sehingga keguguran rambut tadi berhenti.

Ketika rambut anda basah, rambut anda sangat rapuh, oleh itu anda perlu lebih beri perhatian ketika ianya basah. Langkah lain yang anda boleh cuba adalah meminta pendandan rambut anda mengenakan gaya rambut yang boleh menyembunyikan bahagian-bahagian yang teruk.

3. Semak semula diet pemakanan


Diet pemakanan banyak mempengaruhi rambut anda. Pastikan anda makan seperti yang disarankan doktor anda. Ini akan mengembalikan seri rambut anda dan menghentikan keguguran rambut. Kebiasaannya, badan anda memerlukan vitamin dan zat mineral yang lebih bagi mengatasi keguguran rambut ini.

Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi flavonoid dan antioksidan yang boleh memberikan perlindungan kepada folikel-folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Anda juga boleh mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan tersebut bagi mengurangkan rambut gugur ketika mengandung:

  •     Vitamin B kompleks
  •     Vitamin C
  •     Vitamin E
  •     Biotin
  •     Zink


4. Banyakkan bersabar


Yang paling penting sekali, bersabarlah. Anda tidak akan menjadi botak, ia hanyalah bersifat sementara. Hormon badan anda akan kembali normal lambat-laun juga.

Oleh itu, anda boleh cuba beberapa perkara di atas bagi mengatasi masalah rambut gugur ketika mengandung. Sekiranya ia masih berlanjutan, dapatkanlah khidmat nasihat pakar.

Akhir kata


Biasanya, keadaan rambut gugur ketika mengandung ini hanyalah sementara. Walaupun ada juga kes rambut gugur selepas bersalin, kebiasannya ia akan kembali normal selepas melahirkan anak.

Jangan risau-risau. Yang penting, jaga kandungan baik-baik.

17 Tips Masuk Rumah Baru

$
0
0

Tips Masuk Rumah Baru. Sebelum Masuk Buat Apa?


Memiliki rumah sendiri memang menjadi idaman semua lebih-lebih lagi yang lama duduk menyewa. Bagi yang menyewa pula, mungkin mencari angin baru.

Namun, banyak yang perlu diuruskan sebelum memasuki rumah baru demi mengelakkan tekanan di saat-saat perpindahan.


Tips masuk rumah baru


Saya pecahkan kepada dua bahagian agar lebih senang faham.

A. Sebelum masuk rumah baru


Sebelum berpindah keluar, pastikan anda sudah:

1. Cari lori


Atur temu janji dengan syarikat lori agar proses mengangkut barang berjalan mengikut waktu yang ditetapkan. Kami cadangkan, guna thelorry.com kerana sangat mudah dan menjimatkan.

2. Buat label pada kotak


Label semua kotak dengan cermat supaya anda tidak pening kepala apabila mencari barang yang ingin digunakan

3. Buat checklist


Buat senarai semak perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa berpindah. Adanya senarai semak ini, anda dapat membuat kerja secara sistematik dan terkawal.

4. Asingkan barang ikut kategori


Jangan main hentam keromo. Asing barang yang berharga seperti barang kemas, komputer riba dan sebagainya dalam tempat selamat dan tidak bercampur dengan kotak lain.

5. Ingat sambungan kabel perkakasan elektronik


Ambil gambar sambungan kabel di perkakasan elektronik seperti komputer, tv ataupun sistem bunyi, sebagai rujukan. Satu hal pula jika anda terlupa yang mana satu sambungan wayar dan kabel yang betul!

6. Beritahu tuan rumah


Jangan main keluar rumah macam itu sahaja. Hantar notis kepada tuan rumah sebagai makluman hitam putih yang anda tidak lagi terikat dengan kontrak penyewaan.

7. Selesaikan hutang yang ada


Bebas hutang dengan tiada tunggakan sewa mahupun bil. Jika ada, jadilah penyewa berhemah dengan memaklumkan kepada tuan rumah.

8. Update alamat terkini


Kemas kini alamat dengan bank dan syarikat utiliti agar serahan surat dan bil dihantar ke alamat baru.

9. Bersihkan rumah yang ditinggalkan


Pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan berkunci. Pastikan untuk memulangkan kunci pada tuan rumah.

Tinggalkan alamat baru dan nombor telefon kepada jiran agar tidak terputus silaturahim meskipun sudah tidak tinggal berdekatan.

B. Semasa masuk rumah baru


Sewaktu berpindah masuk ke rumah baru pula, anda perlu:

1. Laungkan azan


Bagi yang Islam, digalakkan melaungkan azan sebaik sahaja memasuki rumah yang dibiarkan kosong terlalu lama lebih-lebih lagi rumah baru yang belum pernah dihuni.

2. Tidak mengganggu jiran


Kerja pemindahan biasanya dilakukan pada waktu cuti. Sebaiknya, elak daripada terlalu bising sewaktu melakukan kerja pemindahan supaya tidak mengganggu jiran sebelah rumah yang sedang berehat di hujung minggu.

3. Periksa pili dan sumber elektrik


Buka semua pili di dapur dan bilik air untuk memastikan adanya pengaliran air. Periksa juga sama ada elektrik berfungsi dengan baik. Anda juga yang susah jika tiada bekalan air dan elektrik.

4. Tiada halangan di laluan


Alihkan wayar, kabel atau apa sahaja yang boleh mengganggu pergerakan keluar masuk sewaktu memindahkan barang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Kira semula kotak


Jangan lupa periksa bahagian dalam lori untuk kali terakhir bagi memastikan tiada yang tertinggal. Semak semula checklist dan pastikan semua kotak sudah dibawa masuk.

6. Terus susun barang


Jika ada kabinet dan almari dalam rumah, terus susun barang dan pakaian ke dalamnya. Biarlah penat satu hari daripada menangguh kerja. Ajak ahli keluarga lain membantu sama.

7. Periksa keselamatan


Oleh sebab anda belum biasa dengan kawasan perumahan baru, elok dipertingkatkan kawalan keselamatan di setiap ceruk rumah.

8. Berkenalan dengan jiran


Jangan sombong. Luangkan masa berkenalan dengan jiran sekeliling. Mana tahu anda mungkin memerlukan bantuan daripada mereka satu hari nanti.

Akhir kata


Tahniah kerana dapat masuk rumah baru. Tidak kisah samada rumah sendiri atau rumah sewa.

Cuma ingin diingatkan, rumah baru, maknanya environment baru. Kena sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Selamat menempuhi alam baru!

Petua Menghilangkan Cirit Birit Untuk Orang Dewasa

$
0
0

Menghilangkan Cirit Birit


Menurut Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim dalam majalah Dewan Kosmik keluaran Januari 2000, masalah cirit birit (diarrhea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat.

Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus.

Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.


Petua menghilangkan cirit birit


Berikut adalah petua dan rawatan yang biasa dilakukan apabila berlakunya cirit-birit kepada mangsa;

1. Oral Rehydration Salt (ORS)


Menurut laman myhealth.gov.my, Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Untuk menyediakannya, ia amat mudah. ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak.

2. Pil Chi Kit Teck Aun


Mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam. Biasanya, selepas makan, akan rasa lega dalam masa dua jam.

3. Daun Teh


Rendam beberapa sudu daun teh ke dalam segelas air panas tanpa gula sehingga daun teh kembang. Minum air tersebut beberapa kali sehari sehingga sembuh.

4. Pucuk Daun Jambu Batu


Makan beberapa helai pucuk daun Jambu Batu.

5. Ciku Muda


Ambil beberapa biji buah Ciku muda dan rebus. Minum air rebusan tersebut.

6. Air Tepung Gandum


Minum air tepung gandum ( Rendam tepung dalam air masak.bila tepung dah mendap di belah bawah, amik air ia dan minum.

7. Kentang


Makan kentang tanpa ditambah perisa dan garam selepas direbus empuk.

Selamat mencuba!

Ubat Dan Rawatan Buasir

$
0
0

Ubat & Rawatan Buasir. Ibu Mengandung Mesti Baca!

 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Buasir?


Buasir atau di dalam bahasa Inggeris dipanggil Haemorrhoids adalah disebabkan oleh salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Apabila keadaan abnormal ini berlaku, ianya akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dapat dikesan pada golongan dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.

Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.

Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Pembahagian Buasir


Pembahagian buasir boleh kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

1. Buasir dalaman


Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

2. Buasir luaran


Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Punca Lain Buasir


Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

a. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
b. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
c. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
d. Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Prof. Madya Mohd. Isa Abd. Majid dari Pusat Racun Negara dalam petikan di dalam buletin Kosmik pada tahun 2000 memberi penjelasan berkenaan rawatan untuk buasir. Berikut adalah petikan dari beliau.

Cara Mengatasi dan Rawatan Buasir


1. Kerap buang air besar


Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

2. Minum banyak air


Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

3. Cuci dengan kerap


Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar.

Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Pilihan ubat buasir


Antara ubat yang boleh digunakan:

1. Agen Anestetik setempat
2. Pengecut saluran darah setempat
3. Pengurangan kerengsaan atau kegatalan
4. Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel
5. Pengurang kesakitan dan kegatalan
6. Pengurangan kesakitan dan kegatalan

1. Agen Anestetik setempat


Agen anestetik atau bius setempat bertindak merngurangkan rasa sakit, gatal, pedih dan kerengsaan pada bengkak buasir melalui halangan kepada penyampaian isyarat sakit yang disampaikan oleh sistem saraf.

Kebiasaannya penggunaan agen ini akan menyebabkan timbulnya rasa kebas pada bahagian yang sakit. Agen ini hanya digunakan pada buasir luaran kerana deria saraf hanya tertumpu pada bahagian luar dubur sedangkan saraf yang sama tidak terdapat pada bahagian dalaman dubur. Contoh ubat yang mempunyai tindakan menghilangkan rasa sakit adalah benzokainyang diletakkan pada buasir.

2. Pengecutan saluran darah setempat


Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan.

Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir.

Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.

3. Pengurangan kerengsaan atau kegatalan


Pengurangan kegatalan dengan cara menahan kehilangan air serta lembapan kulit menyebabkan timbulnya rasa gatal akibat kulit yang kering.

Apabila darjah lembapan meningkat, bengkak menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan kesakitan disebabkan tekanan yang terbentuk di atas bengkak buasir.

Contoh bahan yang dapat menahan kehilangan air ini adalah seperti gliserinatau salap petrolatum yang membentuk lapisan berminyak di atas permukaan bengkak buasir.

4. Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel


Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir.

Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit.

Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.

5. Pengurang kesakitan dan kegatalan


Ubat jenis ini akan bertindak pada sel-sel bengkak ataupun juga dikenali sebagai sel radang dengan mengurangkan proses tindakbalas yang menyebabkan timbulnya sel-sel bengkak.

Apabila tindak balas keradangan dikurangkan, maka proses pengecutan sel boleh terjadi dan buasir dapat diredakan. Contoh ubat yang mempunyai aktiviti seperti ini adalah krim hidrokortison pada kepekatan 0.5 peratus yang disapu ke atas buasir.

6. Pengurangan kesakitan dan kegatalan


Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur.

Akhir kata


Sekiranya seseorang mengalami penyakit buasir, penjagaan kebersihan kawasan dubur amatlah penting untuk mencegah buasir. Langkah pencucian telah diterangkan dan paling penting adalah mengamalkan tabiat pembuangan air besar yang baik pada setiap hari.

Pesakit selalunya akan dinasihatkan oleh para pengamal kesihatan untuk mengambil air yang banyak dan mengekalkan pemakanan yang seimbang dengan kandungan fiber yang tinggi untuk mencegah terjadinya buasir.

Jika buasir terjadi berulangkali atau tidak reda selepas seminggu walaupun dengan menggunakan ubat buasir, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

6 Cara Menghilangkan Demam Panas Untuk Orang Dewasa

$
0
0

Cara Menghilangkan Demam Panas


Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama.

Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan.. Peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.


Apa yang kita faham tentang demam?


Menurut tulisan Dr. Jamilah Abdullah, demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.

Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Macam mana boleh demam?


Berikut adalah antara penyebabnya:

1. Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
2. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
3. Demam malaria/denggi/HIV
4. Penyakit sendi
5. Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
6. Barah/Kanser

Cara menghilangkan demam panas


Ini adalah antara rawatan demam. Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

Berikut adalah antra perkara yang boleh dilakukan dirumah ketika demam panas. Namun,hanya untuk demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi.

1. Banyakkan minum air


Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.

2. Makan hidangan ringan


Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup. Bukan makanan rapu.

3. Mandi air suam


Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

4. Jangan selimut


Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.

5. Makan ubat


Makan ubat seperti Paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

6. Mendemah


Ini orang-orang dulu biasa buat. Cuba mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila perlu jumpa doktor?


Biasanya, demam akan pulih jika kita makan ubat yang sepatutnya. Namun, jika anda mempunyai gejala yang serius seperti di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera. Takut-takut, demam denggi pula.

1. Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
2. Baru pulang dari perjalanan luar negara.
3. Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
4. Sakit perut, mata atau tulang pipi.
5. Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
6. Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
7. Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
8. Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
9. Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
10. Demam berkaitan dengan kecederaan

Macam mana mahu cegah demam?


1. Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
2. Mengamalkan kebersihan .
3. Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
4. Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
5. Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia

7 Sebab Kenapa Kahwin Muda Itu Indah

$
0
0

Kenapa Kahwin Muda Itu Indah. Biar Awal, Elak Zina!


Jangan salah anggap, kahwin muda itu maksudnya kahwin awal. Bukannya kahwin perempuan muda!

Ramai pasangan muda yang takut nak berkahwin awal. Yang dah berusia pula takut sebab belum kahwin-kahwin. Pokoknya sekarang, selagi jodoh belum sampai, maka belumlah kahwinnya. Tapi bagi yang dah cukup syarat, mampu dan merancang untuk berumahtangga di usia muda, anda perlu tahu apa kelebihan yang anda dapat nanti.


Kahwin muda itu indah


1. Kongsi hidup susah


Kata orang, 5 tahun pertama perkahwinan adalah zaman menempuh kesusahan. Baru-baru nak menyewa rumah. Baru-baru nak membayar bil. Baru-baru nak belajar buat kad kredit. Tambahan bila dah punya anak.Fasa ni adalah fasa yang cukup menguji. Kadang-kadang terpaksa catu duit untuk pastikan famili boleh survive sampai hari gaji seterusnya. Tapi selepas fasa ini berlalu, itulah memori manis yang nak dikenang-kenang. Pasangan akan lebih menghargai pasangannya kerana sanggup sama-sama makan nasi lauk kicap.

2. Belajar selok-belok alam rumahtangga


Kalau dah nama kahwin, nak tak nak si isteri mesti kena masak. Paling sendu pun goreng sardin atau goreng nasi. Muda-muda dah mula belajar masak, masuk umur 25 tahun dah expert semua jenis lauk.Campak saja apa-apa bahan atas meja dapur, isteri anda akan buat magik dalam masa sejam. Suami muda cepat gemuk itu perkara biasa.  Bagi suami muda, waktu ni lah nak belajar pergi pasar basah. Kenal jenis-jenis ikan. Tak adalah dalam kamus hidup tu kenal ikan bilis dan ikan jerung saja. Suami juga kena tahu nak order gas kalau habis, nak betulkan switch box bila ada trip, bayar bil, dan lain-lain.

3. Kumpul pahala ibadah


BerWhatsapp rindu-dendam-lautan-api-sanggup-kurenangi hari-hari pun tak apa sebab dah dikira pahala. Pegang tangan isteri/suami pun sudah gugur dosa. Pandang muka suami pun dapat pahala, tak kiralah suami handsome level berapa pun.Lagi cepat kahwin, lagi panjang tempoh untuk kumpul pahala. Jadikan solat berjemaah, tadarus dan halaqah antara suami-isteri sebagai amalan. Dah tua baru nak mula, baca surah pun dah ingat-ingat-lupa.

4. Fokus


Kalau masa bercinta susah nak fokus pada pelajaran atau kerja sebab asyik dok Whatsapp dan call buah hati, usahakanlah untuk berkahwin lebih awal.Kalau kerja tak boleh fokus pun dah bahaya, macam mana pula kalau solat pun tak boleh fokus? Tengah sujud tiba-tiba dengar handphone masuk mesej, terus terdetik “Girlfriend aku kot tu?” Aci?

5. Zuriat


Salah satu antara tiga perkara yang membantu kita di alam lain kelak adalah doa anak yang soleh. Mungkin amalan kita di dunia tak banyak.Banyak pun entah banyak mana pula yang diterima Allah. Sedekah pula mungkin tak cukup. Bagi pasangan berkahwin muda, peluang untuk melahirkan, membesarkan dan mendidik anak adalah lebih cerah dan tempoh juga lebih panjang.

6. Teman bergaduh


Bukanlah bergaduh style terajang-perut-hentak-kepala tu. Ini gaduh-gaduh manja. Teman berbual, teman ketawa, dan teman berkongsi cerita. Kalau suami atau isteri ada masalah, boleh share dengan pasangan.Tak adalah nanti stress sendiri atau tertekan. Pasangan pun boleh beri kata-kata nasihat dan semangat. Kalau dah berumahtangga, kongsilah perasaan dengan pasangan. Bukan dengan rakan sepejabat, apatah lagi suami/isteri orang lain. Bahaya!

7. Masa tua yang senang


Bila dapat zuriat awal, maka cepatlah mereka membesar. Pasangan suami isteri yang cecah 40 tahun, anak semua dah besar-besar. Sebelum pencen pun anak-anak dah mula kerja sendiri. Jadi mudah untuk pasangan suami isteri fokus kepada waktu tua pula.Nak kumpul harta, ibadah, atau habiskan masa bersama anak-anak pun mudah sebab badan masih kuat dan larat. Dapat duit pencen atau gratuiti, boleh joli sakan dengan isteri. Bila lagi, ye tak?

Bagi yang belum mampu, tak perlulah paksa diri untuk kahwin muda sebab tanggungjawabnya besar. Persiapkan diri dahulu dan kalau sudah bersedia, insyaAllah dipermudahkan.

Selamat berkahwin!
Viewing all 265 articles
Browse latest View live