Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all 265 articles
Browse latest View live

10 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Yang Berkesan

$
0
0


Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Yang Berkesan


Batuk dan selsema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak, dalam setahun, mesti beberapa kali kita dijangkiti batuk dan selsema. Ubat dari klinik atau farmasi biasanya sudah siap tersimpan di rumah.

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:

  •     Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  •     Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  •     Alahan
  •     Asma
  •     Merokok
  •     Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  •     Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  •     Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  •     Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  •     Tekanan
  •     Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan sepuluh cara berikut, anda boleh hilangkan batuk anda. Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.

1. Mandi Dengan Air Panas


Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.

2. Teh dan Madu


Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

3. Pergi Spa Urut


Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.

4. Kunyit


Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.

5. Air


Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.

6. Sup ayam


Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.

7. Coklat


Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8. Menthol


Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.

9. Tambah bantal apabila tidur


Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam and tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur penafasan anda.

10. Kebersihan persekitaran


Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.

Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.

3 Tips Berhenti Merokok

$
0
0


Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat & Mudah!


Terdapat pelbagai cara yang disenaraikan sekiranya anda membuat carian di Google, namun anda mungkin tidak pasti yang mana satu lebih berkesan dan sesuai untuk anda. Artikel ini akan menceritakan tips-tips terbaik untuk anda berhenti merokok.

Kenapa perlu berhenti merokok?


Sebelum itu, kenapa perlu berhenti merokok? Ini bukan kami reka sendiri, ini dari Kementerian Kesihatan sendiri.

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.

2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.

3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
  •         Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
  •         Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
  •         Mendapat asma

Kita kembali padi tips berhenti merokok. Harus diingat, persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi amatlah penting apabila anda hendak berhenti merokok kerana ia adalah gaya hidup kurang sihat yang sudah menjadi tabiat yang mungkin sudah bertahun lamanya. Tapi pilihlah untuk berhenti merokok dan berusaha sehingga berjaya.

Ini bukan sekadar tips berhenti merokok semata-mata, ia sebenarnya memberikan motivasi untuk melawan perasaan dan gian sehingga berjaya!

1. Persediaan Fizikal


Anda mungkin juga mempunyai tanda-tanya seperti penambahan berat badan selepas anda berhenti merokok. Sebenarnya, apabila anda berhenti merokok, deria rasa anda akan menjadi lebih baik dan akan mendorong selera makan anda untuk bertambah.

Maka, pada tahap peringkat permulaan, sediakan makanan yang sihat seperti buah-buahan atau kekacang yang sihat dan elakkan makanan ringan! Dan apabila anda berhenti merokok, anda akan merasakan lebih mudah untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mencapai berat badan yang ideal.

Benar, ia bukan mudah. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mencuba. Tips berhenti merokok ini bukan ingin menyusahkan, tetapi memudahkah. Jangan hanya berhenti merokok pada bulan Ramadhan sahaja!

2. Persediaan Mental


Tips berhenti merokok ini memerlukan mental yang kuat. Memandangkan persediaan mental adalah penting, ada harus mengetahui kebaikan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang anda akan lakukan kepada diri anda apabila anda tidak merokok.

Berikut merupakan susur masa untuk anda melihat kebaikkan yang anda boleh rasakan dari semasa ke semasa dan jadikan ini sebagai motivasi untuk anda terus berhenti merokok:

  •     20 minit pertama: Tekanan darah dan nadi anda berada pada kadar normal.
  •     8 jam: Kuantiti nikotin dan karbon monoksida dalam darah anda berkurang kepada separuh, Oksigen dalam darah akan kembali kepada tahap normal.
  •     24 jam: Karbon Monoksida hilang dari dalam badan anda. Paru-paru anda mula untuk mengeluarkan kotoran-kotoran daripada kesan merokok.
  •     48 jam: Nikotin tidak lagi berada dalam badan anda. Deria rasa dan bau anda akan berfungsi dengan baik.
  •     72 jam: Anda boleh bernafas dengan normal dan mudah. Badan anda akan menyerap lebih banyak oksigen dan tahap tenaga anda meningkat.
  •     2 – 12 minggu: Kitaran darah anda akan kembali normal.
  •     3 – 9 bulan: Masalah seperti batuk, selsema dan susah untuk bernafas akan berkurangan kerana daya fungsi paru-paru meningkat kepada sepuluh peratus (10%).
  •     5 tahun: Risiko untuk anda kena sakit jantung berkurangan sebanyak separuh atau lima puluh peratus (50%).
  •     10 tahun: Risiko kanser paru-paru berkurangan lima puluh peratus (50%) berbanding perokok. Risiko sakit jantung pula adalah sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok!

3. Persediaan Emosi


Ini tips berhenti merokok yang paling penting. Cuba bayangkan apabila anda berhenti merokok, berapa banyak duit yang boleh anda jimat. Secara psikologinya, sekiranya anda tidak kira dan cuba bandingkan, anda mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.

Oleh itu, sekiranya Ali seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 11 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM12:

  •     Bilangan rokok setahun: 11 rokok x 365 hari = 4015 rokok
  •     Bilangan kotak rokok (20’s) = 4015 rokok / 20 = 200 kotak
  •     Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.50
  •     Penjimatan setahun = 200 kotak * RM 13.50 = RM 2,700
  •     Penjimatan setiap bulan = RM 2,700 / 12 = RM 225

Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar bayarnan bulanan untuk anda memiliki sebuah kereta Perodua Axia. Bayangkan tiap batang rokok yang anda hisap sekarang mampu memboleh anda untuk memiliki kerta, atau tiket kapal terbang ke kota eropah seperti Paris, Amsterdam dan Frankfurt.

Jangan buat tidak tahu sahaja pada tips berhenti merokok ini. Baca, baca juga. Praktikkan sekali!

Berhenti memberikan diri anda pengecualian dan alasan untuk anda berhenti. Adakalanya kerana cinta seorang wanita pun boleh menyebabkan anda berhenti merokok.

Anda hanya perlu memilih sumber motivasi terbesar untuk anda berhenti merokok kerana ianya terletak dalam diri anda. Semoga tips berhenti merokok ini memberikan manfaat.

Semoga berjaya!

Ketahui 11 Risiko Anak Gemuk Dan Gendut

$
0
0


Risiko Anak Gemuk & Gendut. Amalkan Tips Untuk Mencegah Dari Awal!


Gemuk. Macam teruk sangat bunyinya. Lebih-lebih lagi pada kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Ada yang anak susah makan, dan ada pula yang anak sangat suka makan! Marah-marah jika tidak cukup makan sehingga berat badan berlebihan dan mengundang kegemukan.

Baik, kita tukarkan gemuk pada obesiti. Nampak macam lebih sedap. Harap-harap tiada yang terasa dengan artikel ini.

Apa itu obesiti?


Secara asasnya, obesiti merupakan satu sindrom yang sedang melanda rakyat Malaysia pada masa kini. Terlalu ramai sangat orang yang gemuk. Ini maksud obesiti dari Kementerian Kesihatan.

  •     BMI = berat (kg) / tinggi² (m²)
  •     Berlebihan berat badan: BMI melebihi ‘percentile‘ ke 85
  •     Obesiti : BMI melebihi ‘percentile‘ ke 95
  •     Obesiti yang serius: BMI melebihi ‘percentile’ ke 99

Obesiti bukan hanya melibatkan orang dewasa tetapi ia juga berlaku dikalangan kanak-kanak. Keadaan ini semakin meruncing apabila banyak kedai-kedai makanan segera yang boleh didapati di Malaysia. Kemudahan akses kepada makanan segera juga menjadi penyumbang kepada kanak-kanak memilih makanan segera sebagai pilihan untuk di makan.

Kenapa anak gemuk?


Ada banyak faktor, antaranya ialah:

1. Faktor sekeliling


Faktor persekitaran ialah faktor penyebab utama untuk obesiti walaupun kita tahu faktor genetik juga memainkan peranan. Apabila ibu bapa gemuk, anak mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi gemuk kerana mengalami faktor persekitaran dan faktor genetik yang sama.

2. Faktor genetik


Faktor genetik tidak boleh diubah. Oleh itu, kita perlu menumpu perhatian kepada faktor persekitaran untuk mencegah obesiti.

Kurang daripada 1% kes berlebihan badan yang dirujuk ke hospital dikenalpasti berpunca daripada masalah hormon dan masalah genetik.

3. Faktor pemakanan


Walau apa pun penyebabnya, masalah obesiti berlaku apabila pengambilan kalori melebihi penggunaannya.

Peningkatan berat badan = pengambilan kalori > penggunaan kalori

Makanan yang meyebabkan anak gemuk


Selain itu, makanan segera seperti nugget, burger, kentang goreng dan lain-lain juga mudah untuk didapati di kantin sekolah. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada makanan yang mengandungi lemak tepu.

Oleh yang demikian, amat penting bagi ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka tentang kesihatan dan pemilihan makanan yang seimbang dari rumah lagi. Tidak terlambat untuk mengubah dan mendidik anak-anak dengan pola pemakan yang sihat dan seimbang. Gunakan tips di bawah untuk mengawal penularan obesiti dikalangan kanak-kanak. Sama-sama kita elakkan permasalahan anak gemuk dan obesiti.

Cara Mencegah Masalah Anak Gemuk


1) Sarapan pagi


Sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan anak-anak akan memastikan anak-anak mendapat sarapan yang sihat setiap hari.

Sarapan amat baik untuk anak-anak sebelum mereka memenuhi hari mereka dengan aktiviti yang padat di sekolah. Pengambilan sarapan pada waktu pagi juga akan mencegah anak-anak mengambil makanan tengah hari secara berlebihan.

2) Minum Air Kosong


Air kosong mampu untuk mengawal nafsu makan anak anda. Didik anak-anak minum sebelum makan. Keadaan ini akan membuatkan anak-anak kenyang dan dapat mengurangkan pengambilan makan. Berilah anak-anak anda minum air kosong 8 gelas sehari kerana air kosong mampu membakar lemak.

Gantikan air manis kepada air kosong untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam tubuh anak-anak. Tiada lagi kerisauan anak gemuk. Tiada gula, hanya air masak sahaja.

Belikan botol air yang besar untuk anak selitkan di tepi beg sekolah. Jangan lupa semak dan isi semula air setiap hari.

3) Sediakan Bekal Untuk Anak-anak


Oh, ini cabaran paling besar untuk ibu bekerja zaman sekarang. Selalunya, memang kelam-kabut setiap hari sehingga tidak sempat untuk buat apa-apa.

Sediakan bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah.Walaupun di sekolah terdapat pilihan makanan yang boleh di makan oleh anak, tetapi dikhuatiri anak-anak lebih cenderung untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat. Ia bakal membuatkan anak gemuk.

Kita bebas menyediakan makanan anak-anak mengikut diet yang sihat dan bersih. Melalui cara ini kita mampu untuk mengawal pemakanan anak serta dapat memberikan mereka makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh.

4) Jangan Simpan Makanan Manis Di Rumah


Kalau tidak mahu anak makan jajan, kita sebagai ibu-bapa, janganlah makan. Kepimpinan itu melalui teladan.

Kita sedia maklum bahawa anak-anak lebih menggermari makanan yang manis. Pengambilan makanan yang manis ini berisiko membuatkan anak-anak menghidap obesiti. Di sinilah peranan ibu bapa untuk menghadkan pengambilan makanan manis dengan tidak menyimpan stok di rumah untuk anak-anak jadikan kudapan.

Gantikan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan,kekacang,kismis dan kurma sebagai kudapan anak-anak di rumah.

5) Senaman


Apa salahnya pada hujung minggu, buat aktiviti bersama anak-anak. Bawalah anak-anak anda bersenam di taman setiap hujung minggu dan hari kelapangan.

Terangkan kepada mereka kelebihan dan keperluan bersenam pada tubuh badan. Sedarkan mereka betapa pentingnya kesihatan tubuh badan yang baik dalam kehidupan. Ajarkanlah mereka senaman yang mudah dan menyeronokkan dan dalam masa yang sama mampu membakar kalori. Bila selalu bersenam, anak gemuk pun boleh jadi kurus!

6) Ajar Anak Tentang Makanan


Berilah ilmu tentang makanan kepada anak-anak anda. Mendidik anak itu bukan perkara yang mudah. Tidak perlu penerangan yang detail dan panjang, cukuplah menyatakan kepada mereka bahawa makanan yang seimbang baik untuk kesihatan tubuh badan. Dengan ini, masalah anak gemuk tidak akan berlaku.

Kekurangan ilmu tentang makanan akan menyebabkan mereka makan mengikut nafsu tanpa mengira akibat daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Anak gemuk bukan sebab dia makan, tetapi anak gemuk kerana kecuaian ibu-bapa dalam mendidik mereka.

Didikan awal mampu mendedahkan mereka kepada keburukan makan mengikut hawa nafsu.

7) Makan 3-4 Kali Sehari


Senang cerita, untuk elak anak gemuk, makan sedikit, tetapi banyak kali. Beri anak-anak makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Makan secara kerap baik untuk diamalkan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan. Kaedah ini baik untuk mereka yang sentiasa lapar dan ingin mengunyah.

Untuk cegah anak gemuk, ibu dan bapa digalakkan untuk menemani anak-anak mereka semasa mereka makan untuk mengawal pengambilan makanan mereka. Ajarkan mereka untuk mengunyah makanan secara perlahan-perlahan sebelum di telan supaya ia mudah untuk dihadam dan membuatkan mereka kenyang walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil.

Apa Risiko Kalau Anak Gemuk?


Menurut Kementerian Kesihatan, anak gemuk atau kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan;

1. Diabetes Mellitus jenis 2: Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun.

2. Tekanan darah tinggi– Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan membawa kerosakan kepada jantung.

3. Masalah hati– Masalah hati berlemak (‘Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or NASH‘) sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (‘liver failure, cirrhosis‘).

4. Kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (‘Obstructive sleep apnea‘): Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.

5. Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.

6. Kerosakan sendi– Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.

7. Sindrom metabolik dan risiko penyakit jantung– Sindrom metabolik terjadi apabila pesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.

8. Penyakit Jantung– ‘Atherosclerosis‘ (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialah masalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.

9. Masalah haid– kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (‘uterine fibroid’) and masalah kitaran haid apabila dewasa.

10. Membesar menjadi orang dewasa yang gemuk– Kanak-kanak obes lazimnya membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Setengah daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.

11. Kemurungan– Masalah obes sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kurang keyakinan diri. Ini boleh menyebabkan masalah susah tidur, kurang aktif, makan berlebihan dan seterusnya menambahkan lagi berat badan pesakit obes.

Harapan kami


Setiap pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi didikan kepada anak-anak. Masalah anak gemuk perlu dielakkan. Didikan perlu merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk pembesaran anak-anak. Dedahkan anak-anak dengan makanan yang sihat dan seimbang.

Berikan penerangan tentang makanan yang mereka ambil dari segi kebaikan dan keburukannya kepada tubuh badan. Pendedahan pemakanan yang seimbang dari awal pembesaran mereka akan mengelakkan mereka memilih makanan yang kurang memberi kebaikan kepada tubuh mereka. Jauhi mereka daripada makanan segera yang memberi keburukan kepada mereka.

Pemakanan sihat yang mereka amalkan di rumah juga akan diamalkan oleh anak-anak sebagai panduan mereka dalam memilih makanan di luar.

10 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

$
0
0


Bagaimana cara mengecilkan perut buncit dengan cepat?


Memiliki perut yang rata dan ideal merupakan impian bagi  semua wanita terutama sekali mereka yang memiliki perut buncit. Lebih-lebih lagi, bagi wanita yang sudah berkahwin, tentu sekali mencari cara  dan petua menghilangkan perut buncit selepas bersalin. Ingin kembali ramping katanya!

Kenapa wanita gemuk selepas bersalin?


Mengikut Kementerian Kesihatan, ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.

Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Penampilan diri


Selain mengurangi rasa percaya diri dengan penampilan sebagai seorang wanita, perut buncit juga mengundang berbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinngi. Sayangnya masih ada sebahagian wanita yang meremehkan hal ini oleh kerana kurangnya kesedaran tentang hidup sihat. Juga kerana kesibukan dalam kehidupan seharian, sehingga hal ini dilupakan.

Lemak di perut memang paling susah diatasi dibandingkan daerah tubuh yang lainnya. Oleh kerana itu segeralah mengatasinya agar tidak menimbulkan berat badan berlebih dan mendatangkan penyakit. Banyak orang melakukan berbagai cara untuk mengecilkan perut buncit dengan memakan ubat-ubatan yang boleh merosakkan badan kita.

Kaedah yang terbaik dan cara mengecilkan perut buncit yang paling efektif adalah dengan mengurangkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang menjadi penyebab perut buncit. Berikut adalah beberapa tips dan cara yang sihat untuk mengecilkan perut tanpa apa-apa efek sampingan.

1. Jauhi makanan yang berkarbohidrat tinggi


Cara mengecilkan perut yang paling penting ialah belajar tentang pemakanan. Makanan yang mengandung karbohidrat lebih mudah ditutarkan menjadi lemak sehingga menambah penumpukan lemak di perut.

Wanita yang memiliki perut buncit dicadangkan agar tidak makan makanan yang mengandung karbohidrat pada malam hari. Ini kerana pada malam hari, tubuh kita tidah seaktif di siang hari. Kadar metabolisme juga tidak sama. Bila kadar metabolisme rendah, tidak banyak kalori yang dibakar.

2. Jauhi makanan yang digoreng


Cara mengecilkan perut yang seterusnya ialah mengelakkan makanan yang bergoreng. Bukan tidak boleh makan langsung, cuma kurangkan kuantitinya.

Makanan yang digoreng memang memiliki cita rasa yang mengundang selera makan tinggi. Dengan adanya makanan cepat siap, tentu sekali akan membuat kita mudah tergoda. Dianjurkan agar tinggalkan terus makanan segera. Begitu juga dengan makanan bergoreng yang mudah didapati di pasar malam.

3. Jangan makan sebelum tidur


Makan di kedai mamak jam 2-3 pagi? Hentikanlah.

Makan Maggi kerana terlalu lapar sebab buat kerja lewat malam? Hentikanlah.

Hindarilah makan sebelum tidur kerana ketika tidur,  aktiviti pencernaan manusia terhenti dan ini menyebabkan makanan yang seharusnya dicerna menjadi menumpuk dan menghasilkan gas yang membuatkan perut kembung.

Paling ideal, kena makan 4 jam sebelum tidur!

4. Makanlah makanan berserat


Antara cara mengecilkan perut yang lain ialah makan makanan yang ada fibre.

Mulakanlah makan makanan yang berserat yang membantu proses pencernaan dengan sempurna. Buah-buahan adalah pilihan makan  terbaik yang wajib dimakan untuk membantu mengecilkan perut buncit.

Ikut sunnah Rasulullah, makan buah dahulu sebelum makan makanan yang berat.

5. Jauhi makan makanan bergaram


Cara mengecilkan perut yang seterusnya ialah dengan menjauhi makanan bergaram. Memakan makanan masin yang berlebihan menyebabkan perut kembung dan dapat menarik air dalam jumlah yang banyak.

6. Jauhi makanan dan minuman yang bersoda


Makanan dan minuman yang bersoda menyebabkan perut buncit kerana jenis minuman yang mengandung soda mengandung gas.

Jika serius ingin berusaha untuk kurus dan gunakan cara mengecilkan perut ini, katakan tidak pada Coca Cola atau Pepsi, dan minuman bergula yang lain. Kandungan gulanya terlalu tinggi dan bakal membawa mudarat dalam jangkamasa yang panjang. Jika ada anak, ajar anak minum air suam selalu.

7. Minum banyak air


Ini yang selalu diabaikan ramai orang. Minum banyak air putih dapat menjamin fungsi hempedu yang efektif untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh. Air juga dapat menghilangkan rasa lapar.

8. Jangan tidur terlalu lambat


Tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi. Ketika tidur, usahakan memakai pakaian yang longgar sehingga tubuh dapat bernafas dengan baik.

9. Bersukan selalu


Sering kali kita tidak dapat meluangkan masa disebabkan kesibukan kita setiap hari. Bukan sekadar sibuk dengan kerja pejabat, malahan kerja rumah juga belum tentu siap. Luangkanlah masa sekitar 20-30 minit untuk bersenam seperti sit-up secara rutin setiap hari. Percayalah, rasa puas sangat bila rasa peluh menitis dari dahi!

10. Ketawa


Mungkin kaedah ini terdengar aneh dengan cara mengecilkan perut yang terakhir ini. Namun faktanya, ketawa dapat membakar lemak yang ada di perut kerana pada saat tertawa kita menggunakan otot perut.

Selain membakar lemak di perut tertawa juga dapat mengurangi stress dan membuat suasana hati bertambah, terutama bagi mereka yang sedang berduka lara.

Beginilah cara mudah mengecilkan perut anda. Lakukan terus sehingga anda mendapatkan hasil yang diinginkan.

Selamat mencuba!.

Cara Mengecilkan Punggung Lebar & Besar Dengan Cepat

$
0
0


Cara Mengecilkan Punggung


Jika anda baru bersalin dan mahu mengembalikan bentuk badan anda seperti sebelumnya, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Jika anda bukan seorang ibu, mungkin risau dan stress dengan kata-kata orang lain yang mengatakan punggung kita besar dan lebar. Kadang-kadang, keyakinan diri juga merudum hingga pada tahap terendah. Betul atau tidak?

Semua wanita mahu kelihatan cantik dan menjaga penampilan terutama untuk suami tercinta. Jika belum bersuami, tentu sekali untuk tampak lebih menarik dan menaikkan rasa confident pada diri sendiri.

Namun, ramai yang berasa amat sukar untuk mengekalkan kecantikan terutamanya di bahagian punggung kerana ia adalah di antara bahagian yang paling sukar untuk ‘dikuruskan’, tidak seperti perut atau lengan. Mengecilkan punggung, tidak sama prosesnya dengan cara mengecilkan perut.

Pada kali ini, kita akan melihat pelbagai cara mengecilkan punggung yang berkesan.

1. Senaman kardio


Pertama sekali, anda boleh cuba lakukan senaman berbentuk kardio. Lebih sesuai dilakukan di luar rumah dan gimnasium. Ia juga dikenali sebagai senaman aerobik atau senamrobik yang banyak memerlukan pergerakan badan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi bagi mengecilkan punggung, anda perlu menumpukan senaman yang banyak memberikan kesan terhadap kaki dan punggung dengan lebih berkesan. Ia termasuk:

  •     Joging naik turun tangga
  •     Berlari
  •     Menaiki basikal
  •     Kickboxing / Muay Thai

Jika anda tidak boleh keluar rumah misalnya, anda boleh cuba naik turun tangga di dalam rumah anda. Jika tidak dapat berbasikal di luar, seeloknya ia digantikan dengan mesin senaman basikal. Asalkan ianya mengeluarkan peluh dan tumpuan diberikan di bahagian kaki dan punggung dan merupakan alternatif yang baik.

Bukan murah untuk menyediakan barang-barang senaman seperti di gimnasium di rumah. Tempat kosong dalam rumah juga belum tentu ada. Maka, jika ada duit lebih, laburkan sedikit wang untuk join mana-mana gym yang kita suka.

Lebih murah dari membeli treadmill yang belum tentu kita guna!

2. Senaman dalam rumah


Seterusnya anda boleh cuba beberapa cara-cara mengecilkan punggung di dalam rumah anda, dan ianya terbukti berkesan bagi mengecilkan punggung.

a. Rapatkan Kaki dan Mencangkung


Mula dengan berdiri sambil merapatkan kaki anda kemudian bengkokkan lutut untuk berada pada kedudukan mencangkung. Ulang seberapa banyak kali kerana dengan merapatkan kedua-dua kaki anda, senaman ini akan meningkatkan tekanan pada punggung anda. Jika anda mahu tingkatkan tekanan, boleh gunakan dumbel mengikut berat yang anda mampu.

b. Berdiri dan Menendang ke Belakang


Seterusnya dengan senaman ini, anda perlu berdiri sekurang-kurangnya 1-2 kaki daripada dinding dan sandar badan anda ke dinding sambil meregangkan tangan anda ke hadapan. Gunakan otot punggung untuk angkat sebelah kaki setinggi yang mungkin. Ulang dengan kaki lagi satu sebanyak 10 kali setiap kaki. Anda pasti dapat rasakan otot punggung anda meregang dengan cepatnya.

c. Naik Turun Tangga Setempat


Selain daripada jogging naik turun tangga, senaman ini boleh dilakukan sambil menonton televisyen misalnya. Letakkan tangga kecil di hadapan anda dan mulakan dengan menaiki tangga dengan menggunakan kaki kanan anda terlebih dahulu. Kemudian angkat kaki kiri sehingga seluruh badan anda di atas tangga tersebut. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian tukar kaki kiri pula yang akan mula naik ke atas tangga. Ia boleh dilakukan seberapa banyak kali dan sekerap yang mungkin.

Segan sebenarnya untuk meletakkan gambar di sini. Maka, lebih baik lihat sendiri video di YouTube ini yang menerangkan beberapa senaman yang menunjukkan cara mengecilkan punggung. Mungkin ada yang sama, ada yang tidak sama.


3. Kawal pemakanan


Cara mengecilkan punggung bukan hanya pada senaman sahaja. Selain daripada bersenam, pemakanan anda juga perlu dikawal. Walaupun tidak ada sebarang makanan yang boleh mengecilkan punggung secara khusus, tetapi dengan mengambil pemakanan yang seimbang, ia boleh membantu kesihatan anda secara menyeluruh dan mengurangkan berat badan.

Anda boleh mula dengan mengurangkan pengambilan kalori serta memilih makanan seperti daging tanpa lemak, makanan yang tinggi dengan serat dan buah-buahan serta sayuran-sayuran. Ini dapat mengekalkan bentuk badan yang sihat.

Sesetengah makanan juga dapat meningkatkan metabolisme yang sedikit sebanyak dapat membantu di samping senaman dan pemakanan yang sihat tadi. Sebagai contoh, anda boleh cuba minum air teh hijau tanpa tambahan gula. Seterusnya minum jus buah tanpa ais mahupun gula. Dan terakhir sekali, gantikan daging dengan produk yang diperbuat daripada soya yang boleh membantu meningkatkan metabolisme sekaligus memudahkan anda mengurangkan berat badan.

4. Dapatkan nasihat doktor


Tetapi perlu diingat, sebelum memulakan apa-apa aktitivi pun, sila dapatkan kebenaran daripada doktor. Walaupun hanya cuba mengamalkan cara mengecilkan punggung, amalan yang salah bakal mengundang masalah.

Maklumlah orang yang baru bersalin ini, tidak boleh nak buat semua benda ikut suka hati, perlu dapatkan khidmat nasihat pakar sebelum memulakan sesuatu. Walaupun ada yang bukan lepas bersalin, dapatkan nasihat doktor sebelum lakukan aktiviti senaman yang boleh membahayakan.

Harapan saya


Cara mengecilkan punggung ini hanyalah panduan semata-mata. Cepat atau lambat, bergantung pada usaha seseorang itu. Mungkin ada yang tidak sesuai untuk individu tertentu. Dan mungkin juga ada cara yang lebih baik yang saya tidak tahu.

Walaupun perit, tetapi demi keluarga yang tercinta; usaha dan cara mengecilkan punggung ini perlu dilakukan juga. Tentu sekali, sesiapa sahaja tidak mahukan perut buncit selepas bersalin. Apatah lagi yang masih bujang, tentu tidak mahu hidup malu kerana berpunggung besar!

Diharapkan tips-tips dan cara mengecilkan punggung ini berguna untuk anda.

Selamat mencuba!

7 Cara Hilangkan Jeragat Di Muka Yang Berkesan

$
0
0


Cara Hilangkan Jeragat Di Muka Yang Berkesan. Cubalah!


Jika anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Di bawah ini disenaraikan beberapa petua hilangkan jeragat supaya anda tidak lagi perlu malu untuk berjumpa dengan orang atau mempunyai tahap keyakinan yang rendah disebabkan masalah jeragat. Lebih-lebih lagi jika ada jeragat dan bersekali dengan bintik hitam di muka.

Apa itu jeragat?


Tetapi sebelum itu, lebih elok sekiranya kita tahu apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.

Petua & cara hilangkan jeragat


Baik, sekarang kita sudah tahu apa itu jeragat, mari kita amalkan beberapa petua hilangkan jeragat seperti di bawah ini:

1. Baking soda


Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang terjejas dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.

Nota: Elakkan daripada menggunakan baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif.

2. Oatmeal


Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

3. Jus lemon


Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

4.  Cuka Epal Cider


Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

5. Cuci muka dengan kerap


Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.

Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.

6. Gunakan krim dari farmasi


Cara hilangkan jeragat kedua pula menggunakan krim dari farmasi. Ingat, jangan beli krim yang dijual di tepi jalan!

Gunakan krim benzoil peroksida untuk membersihkan muka. Benzoil peroksida merupakan rawatan jerawat yang amat berkesan yang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Ia berfungsi dengan membunuh bakteria pada permukkan kulit dan dengan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.

Ia boleh didapati di mana-mana farmasi dan mempunyai tahap kekuatan yang tertentu. Tetapi diingatkan bahawa krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas.

Jika ragu-ragu, jumpa doktor dahulu untuk mendapatkan konsultasi.

7. Jumpa pakar kulit


Seperti diberitahu, jumpa pakar kulit jika tidak mahu semberono menggunakan produk yang belum tentu kesahihannya. Keluarkan jeragat tersebut dengan berjumpa dengan doktor pakar dermatologi atau doktor pakar kulit.

Doktor akan gunakan sejenis alat yang telah disterilkan dan mengeluarkan jeragat serta membuang semua pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati di dalamnya.

Anda boleh juga membeli alat tersebut, tetapi perlu berhati-hati kerana tersilap langkah boleh menyebabkan parut yang kekal pula.

Bagaimana cara mencegah jeragat?


Setelah anda lihat dan amalkan petua dan cara hilangkan jeragat, saya pasti anda tidak mahu ianya datang semula bukan? Jom amalkan perkara-perkara di bawah bagi mencegah pembentukan jeragat:

a. Basuh rambut selalu


Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit yang akan meninggikan peluang anda mempunyai liang yang tersumbat. Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.

b. Kosmetik bebas minyak


Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.

c. Diet pemakanan sihat


Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

Akhir kata


Secara ringkasnya, kita telah memahami apa itu jeragat, petua dan cara hilangkan jeragat. Jika anda rasa cara bagaimana untuk mencegah jeragat ini tidak cukup, boleh rujuk beberapa cara lain yang berkesan. Semoga ianya bermanfaat kepada anda.

Petua Wangikan Rumah Menggunakan Tumbuhan Semulajadi

$
0
0


Petua Wangikan Rumah


Bau selepas memasak, bilik yang tertutup atau bau rak kasut kasut pasti akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu rumah yang tiada aliran udara yang baik dan sentiasa tertutup juga akan menghasilkan bau masam dan kepam.

Jika anda tinggal di kawasan kampung yang mempunyai halaman atau ruang yang luas pasti bau tidak menjadi masalah. Bayangkan anda tinggal di rumah flat atau apartment tanpa balkoni. Boleh sesak dada dibuatnya. Walaupun banyak pewangi rumah yang dijual di pasaran namun kadang-kala ia tidak membantu.

Cara semulajadi


Tahukah anda tumbuhan dari alam semulajadi mempunyai bau dan haruman tersendiri? Tumbuhan semulajadi ini tidak hanya terdiri daripada bunga-bungaan sahaja malah rempah-ratus juga mempunyai wangiannya tersendiri. Ingin tahu apakah tumbuhan tersebut? Teruskan membaca.

1. Daun Pandan


Ini petua wangikan rumah yang pertama. Rasanya ramai orang sudah tahu. Cuba ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau cincang halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan. Jadikan seperti pot pouri. Kemudian gantung atau letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan tersebut merebak ke seluruh rumah. Selain boleh mewangikan rumah, bau daun pandan juga amat dibenci oleh lipas.

2. Kulit kayu manis dan bunga cengkih


Kayu manis dan bunga cengkih bukan untuk buat masak sahaja. Ia juga boleh digunakan sebagai petua wangikan rumah.

Tahukah anda kulit kayu manis dan bunga cengkih boleh menggantikan sabun pencuci lantai? Caranya mudah sahaja. Ambik segenggam kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih. Apabila sejuk, gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri. Di samping wangikan rumah, duit pun jimat.

3. Buah limau purut


Seperti umum ketahui, buah limau purut memang banyak kegunaannya. Ada yang guna untuk perubatan, masakan dan juga mandian. Malah buah limau purut juga berfungsi untuk mengatasi masalah kelemumur.

Walaupun sinonim di dapur, ia boleh digunakan sebagai salah satu petua wangikan rumah juga. Bau kesegaran dari limau purut mampu untuk mengharumkan bau bilik yang tertutup.

Caranya adalah potong beberapa biji buah limau purut dan letak di dalam bilik. Biarkan selama beberapa jam dan rasakan haruman limau purut di segenap inci bilik.

4. Bunga kenanga


Petua wangikan rumah ini jarang-jarang kita dengar. Bunga kenanga agar sukar untuk dicari zaman sekarang. Namun tahukah anda bunga kenanga mengeluarkan bau yang wangi dan lembut. Selain bunga kenanga, bunga mawar yang segar juga boleh digunakan sebagai pewangi rumah semulajadi malah boleh dijadikan dekorasi rumah.

5. Daun pudina


Ini petua wangikan rumah yang terakhir. Selalu kita dengar ubat gigi dengan kesegaran pudina. Tapi kali ini rumah atau bilik dengan kesegaran daun pudina. Caranya adalah dengan merendam beberapa helai daun pudina di dalam bekas dan letakkan di tengah-tengah rumah. Daun pudina akan menghasilkan bau yang segar. Untuk pengetahuan, daun pudina yang direndam boleh bertahan selama 2-3 hari.

Harapan kami


Selain petua-petua di atas, perkara paling penting sekali untuk meharumkan rumah adalah memastikan rumah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan selesa.  Bila mainan anak berselerak, ajarkan mereka kemas semula. Didik anak jaga kebersihan dari kecil lagi.

Jangan lupa juga untuk sentiasa buka tingkap agar udara segar masuk ke dalam rumah. Bila rumah bersih, barulah selesa untuk amalkan gaya hidup sihat.

Sekian tips dan petua wangikan rumah dari kami.

Selamat mencuba!

Senarai Barang Hantaran Perkahwinan Yang Ringkas

$
0
0


Senarai Barang Hantaran Perkahwinan Yang Ringkas. Juga Ada Idea Gubahan!


Musim cuti sekolah adalah sinonim dengan majlis perkahwinan. Kadang-kadang, undangan perkahwinan sangat banyak, tidak sempat untuk pergi semua.

Itu bagi orang yang menerima undangan. Bagaimana pula keluarga dan bakal pengantin? Sudah semestinya banyak proses yang perlu dilalui dan salah satu daripadanya, menyediakan senarai barang hantaran kepada pihak pasangan.

Ikut peredaran zaman


Kita sudah mula melihat trend baru-baru ini mengenai barang hantaran dan tidak kurang juga yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli sesuatu yang diminati pasangan masing-masing. Kita ambil contoh seseorang yang ingin mengahwini seseorang yang memang kaki pancing, kita hadiahkan pasangan kita tadi joran. Kemudiannya kalau pasangan kita itu seorang yang suka bermain permainan video, ada yang beli set konsol PS4 atau Xbox.

Ini secara tidak langsung, membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak bererti yang segala hobi atau minat tadi akan terpadam dengan berlangsungnya perkahwinan tadi. Indah bukan?

Setakat ini, belum pernah dengar lagi ada pasangan yang menghadiahkan telefon pintar kerana suka main Clash of Clans (COC).

Ikut adat turun temurun


Tetapi itu hanya trend, seeloknya kita ikut dulu adat kemudian baru kita ikut citarasa masing-masing. Saya pasti tak ramai yang tahu selok-belok adat ni, terutama anak yatim piatu yang tidak mempunyai orang tua yang boleh menasihatkan mereka tentang adat ini. Ataupun ada juga sesetengah pihak yang mungkin telah berubah ke arah kemodenan sehingga terlupa tentang adat ini.

Senarai barang hantaran yang ringkas


Oleh yang demikian, senarai barang hantaran tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan. Tetapi sebelum kita bermula, bilangan dulang barang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.

  1.     Wang mas kahwin dan/atau hantaran
  2.     Barang kemas, boleh jadi cincin, rantai, gelang. Apa sahaja yang boleh disarungkan oleh suami ke atas isteri
  3.     Senaskhah Al-Quran atau telekung atau sejadah
  4.     Sepasang set persalinan samada sudah lengkap atau kain pasang
  5.     Buah-buahan
  6.     Coklat atau manisan
  7.     Tepak sirih

Menurut portal Wanista.com pula, berikut ialah beberapa contoh hantaran untuk lelaki dan perempuan.

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki


  1.     Sirih Junjung
  2.     Kemeja/Seluar
  3.     Beg duit/Tali Pinggang
  4.     Al-Quran Biasa/Digital
  5.     Sejadah
  6.     Jam Tangan
  7.     Set Minyak Wangi /Barangan peribadi contoh barangan mandi
  8.     Kasut
  9.     Buah-buahan
  10.     Kek/Kek Cawan
  11.     Coklat
  12.     Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan


  1.     Mas kahwin/Duit Hantaran
  2.     Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  3.     Tepak sirih
  4.     Al-Quran Biasa/Digital
  5.     Sejadah
  6.     Potpourri/Bunga Rampai
  7.     Jam tangan
  8.     Kasut
  9.     Telekung
  10.     Beg Tangan
  11.     Set Wangian /Barang mekap
  12.     Buah-buahan
  13.     Kek/Kek Cawan/ Coklat

Idea gubahan hantaran


Mungkin senarai kami di atas itu terlalu generic. Anda mungkin tidak nampak secara visual, bagaimana bentuk gubahan hantaran itu. Terima kasih kepada Athiqah Rosli yang sudi mengumpul dan berkongsi idea serta inspirasi untuk gubahan dan hiasan barangan hantaran yang kreatif melalui Pinterest.
Yang penting-penting sahaja

Kalau sudah ikut adat, barulah boleh ikut kemampuan masing-masing untuk menghadiahkan apa yang digemari pasangan kita itu tadi. Takut terlanggar adat nanti, ada yang akan tersinggung dan mulalah orang sekeliling berkata-kata yang tak manis untuk didengar.

Dah cukup senarai barang hantaran tu, boleh mula untuk design dulang dan barang hantaran tersebut mengikut tema atau warna majlis perkahwinan kita tu. Barulah meriah orang kata.

Akhir kata


Walau apa pun, pastikan kita tak berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu. Ada yang sanggup bergolok gadai untuk membeli barang hantaran yang dahsyat-dahsyat dan mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel mewah, tetapi sayangnya jodoh perkahwinan tak panjang. Kesemuanya ketentuan Illahi.

8 Tips Untuk Yang Malas Lipat Kain Baju

$
0
0


Tips Untuk Yang Malas Lipat Kain Baju. Jangan Bertimbun Setinggi Gunung Everest!


Aku Benci Lipat Kain


Kain baju bertimbun, berlonggok bak Gunung Kinabalu. Itu adalah situasi yang selalu berlaku pada famili dan generasi GST masakini. Bukan orang yang sudah berkahwin sahaja, yang bujang pun sama. Bila ada tetamu datang, tergocoh-gocoh sembunyikan bakul-bakul dalam bilik tidur.

Familiar dengan situasi begini? Adakah anda salah seorang daripadanya? Adakah anda golongan “Aku Benci Lipat Kain”?

Malas yang amat


Banyak-banyak kerja rumah dalam kehidupan berumahtangga, lipat kain dan lipat baju adalah perkara yang paling malas dilakukan. Betul atau tidak?

Kadang-kadang bukannya malas (statement pujuk diri sendiri), ia cuma terlalu rutin. Basuh hari ini, minggu depan sebakul lagi baju kotor. Basuh lagi, selepas itu kotor lagi. Lebih-lebih lagi bila ada anak yang macam artis, satu hari tukar baju 3-4 kali.

Bagaimana cara atasi?


Jika tidak mahu longgokan baju setinggi Gunung Kinabalu, atau lebih dahsyat lagi setinggi Gunung Everest, ikut tips ini. Kami kongsikan tips ini untuk panduan semua.

1. Jangan bertangguh, basuh dan terus sidai


Kita selalunya masukkan baju dalam mesin basuh, letak sabun, letak softener dan tinggal untuk pergi tengok TV. Baik, mungkin anda marah jika kata tengok TV. Kami katakan anda pergi masak. Boleh?

Bila buat aktiviti lain, ia akan berpanjangan dan baju akan terbiar dalam mesin basuh setelah siap dicuci dan dibilas. Ini untuk mesin basuh automatik sepenuhnya. Bagi mesin basuh separa automatik, kena keringkan dahulu.

Jadikan habit, bila dengar bunyi tittt…. titt… tittt… dari mesin basuh yang menandakan kain baju siap dicuci, terus sidai. jangan tunggu-tunggu. Jangan pula tidur semasa tunggu baju siap dibasuh. Alamatnya baju-baju itu akan bertapa dalam mesin basuh selama 2-3 hari lagi.

2. Tengok TV sambil lipat


Sambil-sambil tengok TV, biarkan tangan berjalan. Letak bakul betul-betul depan mata dan ajak anak-anak lipat bersama.

Layankan sahaja anak tengok 611 di Astro. Cuma lepas lipat depan TV, jangan lupa angkat terus dan susun dalam almari. Kalau tidak, alamatnya baju-baju yang sudah dilipat itu akan terus berada depan TV sehingga habis dipakai.

3. Sistem seorang satu bakul


Kenapa kain baju berlonggok? Kalau mahu tahu, ia kerana semua baju dicampurkan sekali. Dalam bakul itulah baju suami, baju isteri dan baju anak-anak. Kalau terlalu malas sangat mahu lipat baju, tetapkan yang setiap seorang ada satu bakul. Contohnya begini:

Suami: 1 bakul

Isteri: 1 bakul

Anak pertama: 1 bakul

Anak kedua: 1 bakul

Anak seterusnya: 1 bakul

Pakaian dalam: 1 bakul

Melainkan jika tinggal bersama ibu-bapa, mertua atau adik ipar, sistem ini mungkin tidak boleh digunapakai.

4. Terus lipat fabrik bersaiz besar dan tebal


Selepas basuh tuala, selimut dan seluar jeans, dan angkat dari ampaian setelah kering, kita mungkin akan campak dalam bakul. Bayangkan bila dalam bakul itu juga ada baju lain. Tentu sekali bakul tidak muat. Silap-silap, selimut dan comforter sahaja sudah makan ruang lebih 50%.

Amalkan terus lipat kain baju yang bersaiz besar.

5. Asingkan terus fabrik kecil


Antara benda-benda kecil ialah pakaian dalam dan stokin. Semasa angkat dari jemuran, terus masukkan dalam bakul yang tertentu. Kenapa kami katakan begini? Supaya anda tidak menggagau mencari pakaian dalam atau stokin tatkala sudah lambat untuk pergi kerja. Perkara kecil sebegini boleh buat hati jadi marah!

6. Lipat baju cara pantas


Kita diajar cara lipat kain dengan cara tradisional. Cuba adaptasi cara lipat kain pantas cara yang cuma mengambil masa beberapa saat. Tonton video di bawah ini untuk cara lipat kain dalam masa 5 saat.


7. Guna bakul baju kotor yang kecil


Sengaja kami cadangkan agar guna bakul untuk baju kotor yang bersaiz kecil. Ini kerana, jika setiap hari main campak-campak baju, bakul itu akan cepat penuh. Secara psikologi, kita akan fikir, “Oh, dah penuh bakul laundry ni. Nak kena basuh dah ni”.

Bayangkan kalau bakul untuk baju kotor itu sebesar gajah. Tentu sekali anda akan terus dan terus mencampak baju kotor sehingga setinggi gajah juga.

8. Sesekali guna mesin dobi layan diri


Bukan hantar dobi yang kena tunggu seminggu baru boleh ambil. Sekarang ini, banyak kedai dobi layan diri yang tumbuh bak cendawan. Cuma sediakan duit sahaja. Jika mahu jimat, basuh di rumah dan keringkan di kedai dobi layan diri itu.

Kalau rasa tak malu atau tidak kisah berjumpa jiran tetangga kerana takut dicop malas, boleh terus lipat baju di dalam kedai dobi tersebut.

Alternatif lipat kain baju


Kalau sudah terlalu malas tahap melampau, ini mungkin cara lain yang boleh anda cuba untuk memudah-cara lipat kain baju..

A. Beli mesin lipat kain baju


Tentu sekali anda tertanya-tanya, “Eh, ada ke mesin lipat baju. Wujud ke? Gila, kalau ada memang aku orang pertama beli”.

Jangan tak percaya, hasil carian kami ia ada di pasaran. Cuma tidak pasti ada di Malaysia atau tidak. Tengok video ini dari YouTube:


B. Guna servis lipat kain baju


Jangan tidak percaya juga, servis ini wujud. Hasil carian kami ada syarikat yang menjalankan perniagaan ini. Siap boleh ambil dari rumah, lipat dan hantar semula. Sila Google sendiri untuk maklumat lanjut.

Akhir kata


Ini cuma sekadar pandangan peribadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah baju bertimbun. Jika ada masa, boleh cuba tips-tips yang kami berikan ini. Kalau anda ada cara lipat kain yang lebih efektif, kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Selamat melipat kain baju!

8 Tips Menghilangkan Sunburn

$
0
0


Tips Menghilangkan Sunburn. Cepat Rawat Muka & Kulit!


Anda mesti menggaru kepala sekarang ini. Selaran matahari? Tidak biasa dengar bukan?

Baik, hari ini ialah satu pelajaran yang baru. Selaran matahari, atau lebih dikenali sebagai sunburn, boleh berlaku jika kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari di dalam jangkamasa yang lama. Andaikan selepas pulang dari percutian pantai atau pulau-pulau, kebarangkalian untuk mendapat sunburn adalah sangat tinggi. Lebi-lebih lagi jika tidak membuat persediaan awal, main terjah pergi mandi laut.

Jika masuk pejabat, tentu ada yang gatal mulut menegur, “Eh, hitamnya muka kau!”. Untuk pengetahuan, faktor pemanasan juga global sering dihubungkaitkan dengan gejala sunburn.

Bagaimana sunburn boleh berlaku?


Kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia berperanan menentukan corak dan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu.

Melanin merupakan mekanisma semulajadi kulit tetapi pendedahan kepada sinaran matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi melanin kulit dan menyebabkan sunburn.

Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit sensitif lebih mudah terkena sunburn.

Orang berkulit cerah juga mempunyai kandungan melanin yang rendah dan mereka juga lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap.

Bagaimana mengelakkan dari terkena sunburn?


1. Anda harus menghindari sinaran matahari diantara 10 pagi dan 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.

2. Jika anda harus melakukan aktiviti luar rumah, anda harus menggunakan losyen penghalang/penapis cahaya (sunblock/sunscreen).

Apa beza sunblock dan sunscreen?


Sunblock bertindak menghalang cahaya matahari dan memantulkan radiasi ultra ungu daripada terkena kulit. Ia mengandungi Zink Oksida atau Titanium Dioksida. Sunblock hanya memberikan perlindungin kepada kulit secara luaran dengan menghalang radiasi Ultra Ungu Beta (UVB). Ia sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Manakala, sunscreen meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA). UVA merosakkan kulit lebih teruk berbanding UVB. Sunscreen mengandung Avobenzone dan Oxybenzone. Maka tidak sesuai digunakan mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Terdapat tiga tahap sunburn:


1. Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.

2. Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.

3. Sunburn tahap ketiga atau berat – Perlu perhatian Doktor dengan segera.

Apa tanda-tanda terkena sunburn?


Menurut Kementerian Kesihatan, berikut adalah antara kesan dan akibat terdedah pada cahaya matahari:

1. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:

  •     Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  •     Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari

2. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:

  •     Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  •     Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  •     Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
  •     Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Cara-cara menghilangkan dan merawat kulit yang terkena sunburn


Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:

1. Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.

2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.

3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.

5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.

8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.

Akhir kata


Bagi yang tidak mahu kulit sunburn, sila ambil langkah pencegahan awal. Kena sentiasa berhati-hati di bawah sinaran matahari.

6 Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus

$
0
0


Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus. Confirm Berkesan!


Mula berdiet untuk mengurangkan berat badan mahupun ingin meningkatkan tahap kesihatan semamangnya sesuatu yang wajar tetapi agak susah pada setiap sudut. Untuk memulakan sesuatu yang baru, cabaran yang besar perlu dihadapi terutamanya untuk mengamalkan sesuatu yang baru dan meninggalkan tabiat yang lama. Tetapi, apa yang lebih mencabar ialah untuk berterusan dalam mengamalkan diet tersebut kerana tiada faedahnya jika anda boleh mengurangkan berat badan sebanyak 30 kg tetapi selepas sebulan, anda dapati berat anda bertambah 40 kg.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda jika anda tidak mencuba. Yang penting, kena cuba turunkan berat badan secara konsisten.

1. Belajar tentang nutrisi


Langkah utama dalam berdiet adalah pengetahuan mengenai nutrisi dan keperluan badan anda. Anda perlu tahu apa yang perlu ada dalam setiap hidangan dan yang paling penting adalah nisbah bagi setiap satu nutrisi. Nisbah karbohidrat perlulah lebih kurang dari fiber, protein dan lain-lain.

2. Timbulkan rasa seronok


Untuk merasa diet adalah sesuatu yang menyeronokkan, anda boleh menyediakan hidangan dalam bentuk yang digemari seperti memakan buah-buahan bersama sos buah-buahan. Dengan cara ini, anda merasa seronok dan boleh memupuk rasa gembira berdiet. Adalah perlu diingat sentiasa bahawa nutrisi dan komposisi bagi setiap orang adalah berbeza. Diet bagi orang yang mempunyai sistem metabolisma yang tinggi adalah berbeza dengan orang yang bermotabolisma rendah. Begitu juga dengan jantina. Jika perlu, dapatkan nasihat dari pakar nutrisi mengenai pelan pemakanan sihat yang sesuai untuk anda.

3. Perlahan-lahan, jangan drastik


Ini cara diet yang betul, tetapi selalunya selalunya diabaikan oleh ramai orang. Dalam melakukan perubahan yang melibatkan sistem badan, anda perlulah melakukan secara perlahan-lahan dan berterusan. Jangan mengubah diet anda secara drastik! Anda sedang cuba melatih diri untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Berikan diri anda masa. Sistem badan manusia dicipta untuk mengimbangi input dan output melalui otak secara natural mengikut keadaan badan.

Sebagai contoh, anda bekerja sebagai staff pentadbiran dan anda kebiasaannya memerlukan 5 pinggan nasi sehari. Jika anda mengubah diet dengan mengambil hanya 2 pinggan nasi, badan anda secara automatik akan mengurangkan kadar metabolisma dan anda akan merasa sangat letih walaupun hanya duduk di dalam pejabat. Badan anda cuba menyimpan tenaga mengikut kadar 5 pinggan nasi jadi tenaga yang dikeluarkan menjadi sangat sedikit dan anda akan kelesuan sepanjang hari. Keadaan ini juga tetap akan berlaku walaupun anda mengurangkan kadar pengambilan hidangan secara sederhana tetapi kesannya lebih ringan.

4. Setkan objektif


Seterusnya, cara diet yang betul ialah kena sertakan matlamat atau objektif. Matlamat tersebut perlulah realistik dan boleh dicapai. Mengikut kajian, kadar pengurangan berat badan ideal adalah kurang dari 1 kg setiap minggu. Kalau sekarang 70 kg, setkan dalam minda, berapa target berat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, ingin hilangkan 10 kg. Dari 70 kg ke 60 kg. Selagi tidak sampai, perlu terus berusaha dan jangan patah hati.

5. Cari motivasi dan inspirasi


Cara diet yang betul bukan pada makanan semata-mata. Kena ada pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai objektif yang sama. Dalam pengamalan diet yang betul, anda memerlukan seseorang untuk memberi sokongan moral dan mengamalkan diet bersama anda. Boleh jadi ahli keluarga anda, mahupun rakan-rakan terdekat anda. Mereka boleh menjadi sumber inspirasi dan memberikan kata-kata semangat untuk anda mengamalkan diet yang betul secara berterusan terutama apabila keadaan menjadi semakin susah.

6. Lakukan aktiviti fizikal


Amalan pemakanan yang betul hanyalah sebahagian dari diet yang betul. Aktiviti fizikal dan senaman merupakan sebahagian dari diet. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk membantu anda membakar kalori, meningkatkan imbangan dan koordinasi serta mengurangkan stres. Sebelum mencuba aktiviti fizikal yang berat, mintalah nasihat dari doktor. Bawa bersama pelan pemakanan anda supaya aktiviti fizikal yang diamalkan sesuai dengan keadaan badan dan tidak memudaratkannya.

Akhir kata


Pengamalan diet yang betul bermula dengan pengambilan pemakanan pada nisbah yang betul. Untuk mengamalkan diet yang betul secara berterusan, anda perlulah bersederhana dan perlahan-lahan mengurangkan pengambilan pemakanan. Sokongan insan terdekat mampu memberikan inspirasi untuk anda meneruskan diet dan aktiviti fizikal dapat menambahbaik keadaan badan anda disamping dapat mengurangkan stres.

Berbanggalah jika anda mempunyai cita-cita untuk mengamalkan diet. Tetapi amalkanlah diet yang betul supaya matlamat dapat dicapai dan di akhirnya, anda dapat merasa kebahagiaan sebenar. Kami tidak kata tidak boleh guna produk seperti Herbalife atau Shaklee. Cuma lebih baik cuba turunkan berat badan secara semulajadi, tanpa apa-apa produk. Berdietlah dengan cara yang betul. Jika rasa berat badan okay, tetapi cuma di bahagian perut yang ada masalah, cuba cara kempiskan perut secara semulajadi pula.

5 Tanda-Tanda Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0


Apakah Tanda-tanda Kencing Manis?


Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Kencing manis atau di dalam istilah mediknya iaitu diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Bagaimana boleh kena kencing manis?


Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

Kencing manis kronik


Kencing manis juga adalah pembunuh senyap kerana ada dikalangan penderita penyakit ini hanya menyedari akan kehadiran penyakit ini kepada diri mereka pada peringkat yang sudah kronik.

Oleh itu, mengenali tanda-tanda penyakit kencing manis pada peringkat awal mungkin dapat membantu seseorang individu mengambil langkah pencegahan dan seterusnya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penyakit berbahaya ini.

Apa punca kencing manis?


Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

  •     Berlebihan berat badan / kegemukan.
  •     Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  •     Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  •     Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  •     Peningkatan umur.
  •     Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Tanda Kencing Manis


Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam


Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. Berat badan menyusut dengan drastik


Pelik atau tidak? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. Jarak penglihatan menurun


Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. Sering kebas pada tangan dan kaki


Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. Luka yang lambat sembuh.


Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Rawatan kencing manis tanpa ubat


Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan lagi, berikut ialah rawatan kencing manis tanpa ubat:

Penjagaan diri umum


Jagaan kulit
  •         Mandi setiap hari.
  •         Keringkan seluruh bahagian tubuh.
  •         Mandi setiap hari.
  •         Keringkan seluruh bahagian tubuh.
  •         Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
Jagaan kaki.
  •         Cuci kaki anda setiap hari.
  •         Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
  •         Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
  •         Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
  •         Tukar stokin anda setiap hari.
  •         Jangan berjalan tanpa kasut.
  •         Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
Penjagaan Gigi
  •         Pemeriksaan mata secara berkala
  •         Elakkan alkohol
  •         Berhenti merokok
  •         Mengawal pemakanan
  •         Mengawal berat badan
  •         Kerap bersenam

Akhir kata


Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.

10 Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

$
0
0


Tips Berjumpa Bakal Mertua


Baca tajuk sahaja pun boleh buat hati rasa nervous. Betul tak?

Bagi yang rasa nervous itu, pastinya bakal jumpa mertua buat pertama kali. Sudah tentu dada rasa berdebar. “Dup.. dap…. dup…. dap”. Ada yang lebih teruk, siap tidak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan perkara ini. Takut jika mertua tidak boleh terima diri ini seadanya.

Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak.

Di sini tips-tips yang paling kerap dilakukan diterangkan secara terperinci, berdasarkan di atas pengalaman-pengalaman yang di alami oleh semua bakal pengantin yang akan mendirikan singgahsana bersama yang tercinta. Walaupun hanya calon, belajar cara mengambil hati mertua, agar disayangi mertua selalu. Usah bertangguh lagi, ikuti tips bertemu calon mertua ini.

1. Rancang pertemuan


Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya.

Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.

2. Jaga penampilan diri


Tanggapan pertama keluarga mentua amat penting supaya mentua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung.

Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga janga terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

3. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan


Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.

Untuk lelaki pula, jika ada kenduri, buat-buatlah rajin tolong goreng ayam. Jika ada keraian, ringakan-ringankan tangan angkat makanan dan dulang pada tetamu. Tentu akan ada orang berbisik-bisik, “Eh, siapa tu yang rajin angkat hidang. Tak pernah nampak pun”. Haaa.. nampak tak permainan ini?

4. Biarlah bersederhana


Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.

5. Jadi diri sendiri, jangan ‘fake‘


Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua.

Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!

6. Ada pengetahuan agama yang kukuh


Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak.

Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. Soal-selidik pihak mentua


Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.

8. Pandai membuka bicara/memulakan topik perbualan.


Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan.

Jika tidak tahu mahu bual apa, cuba tanya tentang cuaca, “Macam mana minggu ini, panas tak?”. Atau, “Lama rasanya tidak hujan tempat saya. Kat sini hujan tak?”. Nescaya, akan panjang perbualan itu.

9. Bawa buah tangan


Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya.

Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.

10. Kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar


Ini tipps berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat.

Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

Akhir kata


Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar. Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya.

6 Cara Menghilangkan Bau Badan

$
0
0


Cara Menghilangkan Bau Badan. Ada Tips & Petua Tradisional Yang Mudah!


Pernahkah terjadi situasi dimana anda berjalan di sebelah seseorang yang cantik, tetapi berbau tengik. Lebih teruk lagi, kawan perempuan yang cantik itu ialah kawan baik sendiri. Rasa tidak tahan dengan bau badannya yang cukup menusuk hidung!.

Mahu tutup hidung, malu. Mahu tahan nafas, takut mati pula. Mahu tegur, lagilah takut! Apa yang boleh dibuat?

Atau adakah anda sekarang rasa banda anda berbau? Cuba tips kami di bawah ini.

Apa itu bau badan?


Untuk pengetahuan, bau badan merupakan suatu aroma yang terhasil daripada proses semulajadi pemecahan protein oleh bakteria. Bau badan juga terhasil daripada peluh berlebihan hasil daripada proses semulajadi pembakaran badan manusia melalui aktiviti seharian.

Apa punca bau badan?


Antara punca-punca bau badan adalah seperti berikut :-

1. Faktor makanan
2. Perubahan hormon
3. Tekanan yang berlebihan
4. Ketidakseimbangan diet

Berikut adalah merupakan cara menghilangkan bau badan :-

1. Mandi dua kali sehari


Mandi sebanyak dua kali sehari mampu mencegah bau badan dan meningkatkan keyakinan diri. Proses ini mampu menanggalkan kotoran serta menghilangkan peluh. Ianya juga boleh menyegarkan dan mengurangkan tekanan.

2. Mengawal diet pemakanan harian


Bau badan juga dapat dielakkan atau pun dikurangkan dengan cara mengawal pemakanan harian. Kaedah ini mampu menghilangkan bau badan.

Antara bahan-bahan yang menyumbang kepada bau badan adalah seperti rempah ratus, daging merah, alkohol, kafein dan rokok.

3. Penggunaan buah-buahan dan sayuran segar


Untuk makluman, buah-buahan dan sayuran segar mengandungi vitamin dan kandungan mineral yang tinggi. Pengambilan bahan ini dengan kerap mampu menghilangkan bau badan secara semulajadi.

Antara diet yang boleh digunakan bagi menghilangkan bau badan adalah seperti epal, jeruk, tembikai, pisang dan semua sayuran segar.

4. Penggunaan daun sirih


Daun sirih merupakan sejenis daun yang kerap digunakan oleh nenek moyang kita sebagai alat pembuka bicara dan sebagai herba bagi tujuan kesihatan.

Cara penggunaan adalah seperti berikut :-
– Petik beberapa daun sirih.
– Basuh daun tersebut terlebih dahulu.
– Hancurkan daun dan seterusnya digosok pada celah ketiak sebelum mandi.
– Selepas 10 minit bilas dengan air bersih.

5. Rawatan moden dengan menggunakan laser


Rawatan moden dengan menggunakan pancaran laser adalah merupakan cara terkini bagi menghilangkan bau badan. Kos rawatan ini juga sangat mahal dan sesuai digunakan bagi rawatan bau badan yang melampau.

Rawatan ini dilakukan dengan kaedah membunuh bakteria yang menyumbang kepada penghasilan bau badan. Bagi sesetengah orang rawatan ini merupakan cara terakhir untuk menghilangkan bau badan.

6. Penggunaan Deodorant atau Antiperspirant


Kaedah ini merupakan cara yang paling popular digunakan oleh kebanyakan orang. Kos penggunaan juga adalah sangat berpatutan dan boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Akhir kata


Cara menghilangkan bau badan ini adalah antara kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan serta mengurangkan masalah bau badan yang sering kali memberi persepsi negatif kepada segelintir masyarakat.

Ia juga boleh mengurangkan keyakinan diri jika tidak dirawat dengan kaedah yang sesuai. Bagi tujuan ini, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa pakar kesihatan agar masalah bau badan dapat dirawat dan seterusnya menghilangkan bau badan.

Semoga berjaya!

11 Tips Memerahkan Bibir Secara Semulajadi

$
0
0


Tips Memerahkan Bibir Secara Semulajadi, Agar Cantik Menawan!


Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.

Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?

Kami ada jawapannya.Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.

1. Gunakan madu


Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi dari dalaman badan hingga luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.

Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.

2. Gunakan limau nipis


Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C.

Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

3. Sapu minyak zaitun


Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir.

Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

4. Sapu air mawar sebelum tidur


Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. Jangan mahu tidur sebentar waktu tengahari, mahu pakai juga!

5. Sapu minyak kacang badam sebelum tidur


Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir.

Selesai mencuba tips memerahkan bibir ini, jangan lupa gosok gigi!

6. Letak mentega


Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.

7. Sapukan kunyit


Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.

8. Gunakan avocado


Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.

9. Gunakan daun ketumbar


Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam.

10. Hiris timun dan letak pada bibir


Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.

11. Blend buah bit dan letak pada bibir


Bukan mudah untuk jumpa buah bit. Cuba pergi ke pasaraya besar atau di tempat yang ramai expat tinggal.

Buah bit merupakan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan berwarna merah. Vitamin dan warna inilah yang dapat membuatkan bibir anda menjadi merah dan lembap.

Caranya adalah dengan mengisar buah bit sampai menjadi halus. Letakkan kisaran buah bit di atas bibir dan biarkan selama 25 minit. Setelah itu, bilaslah bibir anda dengan air bersih. Lakukan setiap hari sehingga bibir anda menjadi kemerahan.

Akhir kata


Pendek kata, jalanilah kehidupan yang lebih sihat dan tanpa stres, jauhilah rokok dan juga jaga tidur dengan cukup kerana ianya akan memancarkan kecantikan seri anda dari dalam, dan juga secara luaran. Selamat mencuba.

10 Tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0


Tanda Gastrik


Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana.

Selalunya, ramai yang menampakkan simptom gastrik menjelang bulan Ramadhan. Disebabkan gastrik, ada yang tidak boleh berpuasa.

Jenis gastrik


Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastritis berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser gastrik (peptic ulcer)

Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Tanda gastrik


1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

9. Hilang selera makan

10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Rawatan gastrik


A) Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal


1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid.

2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

B) Kaedah rawatan gastrik secara tradisional


1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

4. Minum teh pekat sebelum tidur. Amalkan sekali sehari, Insya-Allah, gastrik akan beransur hilang.

5. Hiriskan hempedu atau pedal ayam secara halus-halus dan jemur sehingga kering. Selepas itu tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan air suam. Minum ramuan tersebut, tiga kali pada sebelah pagi, tengah hari dan sekali lagi pada sebelah petang atau malam.

Bagaimana mencegah gastrik?


Kenapa cari petua hilangkan gastrik bila sudah ada tanda gastrik? Bukankah lebih baik mencegah dari mengubati? Tidak perlu tunggu tanda gastrik baru tergesa-gesa mencari penawar.

Berikut adalah cara mencegah gastrik:

1. Makan mengikut waktu

2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.

3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.

4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.

5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.

Penjelasan lanjut


Ikuti dan fahami lebih lanjut menurut pandangan doktor, menerusi Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM.


Akhir kata


Semoga informasi tentang tanda gastrik ini bermanfaat kepada sesiapa yang menghidap gastrik. Seelok-eloknya cubalah hindari gastrik kerana jika berlarutan, ianya akan membawa pada kanser perut.

Jika gastrik anda masih tidak pulih setelah cuba cara ini, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Wallahualam.

Kencing Kotor – Apa Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0


Kencing Kotor – Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Saluran Kencing?


Biasanya, ia berlaku pada ibu mengandung. Ada satu soalan yang dijawab di portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Soalan: Saya mengandung dan pada fikiran saya mendapat jangkitan salur kencing. Tolong bantu.

Jawapan: Terdapat perbezaan besar dalam pendekatan jangkitan salur kencing bagi wanita mengandung.

Ujian saringan untuk Asymptomatic bacteriuria hendaklah dijalankan secara aktif, dan perlu dirawat secara agresif ( pemeriksaan lanjut tidak diperlukan jika tidak hamil)

Cystitis yang tidak teruk dan Asymptomatic bacteriuria semasa hamil perlu rawatan jangka pendek. Walau bagaimanapun ubat yang digunakan hendaklah selamat untuk janin dan sebab itu pilihan antibiotik adalah terhad untuk wanita hamil sahaja.
Pemeriksaan susulan pesakit yang ada bacteriuria semasa hamil adalah lebih dititik beratkan, dengan strategi pengunaan rawatan profilaktik bagi wanita hamil dengan bacteriuria yang berulang-ulang.

Penjelasan dari Dr Zubaidi

Menurut tulisan dari Dr Zubaidi tentang bahaya kencing kotor, beliau ada menjelaskan kenapa wanita mengandung adalah golongan yang paling mudah mendapat kencing kotor.

Kredit: drzubaidi.com

Punca kencing kotor


Apakah penyebab kencing kotor?

a- Punca sebenar ialah kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang.

b- Penyebab yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.

c- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada jangkitan salur kencing, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

d- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

e- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Perlu diingatkan bahawa penyakit ini lebih kerap dan mudah berlaku kepada kaum wanita kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. Jangkitan salur kencing ini jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Simptom, gejala dan tanda kencing kotor


a- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (kencing tak lawas)

b- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

c- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

d- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

e- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

f- Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang.

g- Sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Kesan kencing kotor


Dalam jangka masa panjang, jika tidak dirawat, ada banyak kesan kencing kotor yang negatif.

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Rawatan kencing kotor


Menurut Dr. Anita Bhajan Manocha, pada amnya jangkitan salur kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun jangkitan beserta dengan tanda-tanda dan gejala memerlukan rawatan antibiotik sebagai pesakit luar.

Pesakit perlu dimasukkan ke wad sekiranya penyakit adalah serius atau tidak sesuai dengan ubat makan atau juga telah mengalami komplikasi perubatan yang memerlukan terapi intravena. Rawatan dengan agen antimicrobial adalah tidak mencukupi. Sebab-sebab jangkitan salur kencing perlu disahkan.

Akhir kata


Sekarang, sudah tahu tentang kencing kotor. Jika berlaku tanda-tanda kencing kotor, sila jumpa doktor yang berhampiran dengan tempat anda.

17 Petua Halau Tikus Paling Berkesan

$
0
0


Petua Halau Tikus Paling Berkesan. Cubalah!


Tikus adalah salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya juga sudah menggelikan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa maut.

1. Daun Pandan


Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

2. Daun Semambu


Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.

3. Daun Durian Belanda


Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.

Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

4. Jering


Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.

5. Serbuk Lada Hitam


Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

6. Buah Pong-Pong


Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia.

Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.

7. Buah Mengkudu


Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

8. Minyak Pudina


Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.

9. Kapur Barus


Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!

10. Cat Badan Tikus


Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. Kulit Durian


Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. Bela Kucing


Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.
13. Buah Kepompong

Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. Perangkap Tikus

Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus


Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. Guna Serai Wangi


Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)


Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu.

Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia untuk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang berdaftar.

Akhir kata


Demikian beberapa tips atau petua halau tikus dari kami. Selain itu juga, kebersihan rumah juga perlu dijaga kerana sisa-sisa makanan boleh mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pada waktu awal pagi dan malam supaya tikus tidak mencari sisa makanan di dalam rumah.

Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan di sekitar kawasan perumahan, dan penduduk boleh bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan.

10 Cara Jaga Muka Dengan Betul

$
0
0


Cara Jaga Muka


Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. Kurangkan memakai pencuci muka


Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati


Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. Serbuk teh dan madu


Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. Wap panas


Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. Masker bedak sejuk dan madu


Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. Masker putih telur atau pati timun


Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. Teh hijau (Green tea)


Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. Minyak sayuran


Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. Senaman muka


Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. Kurangkan menyentuh wajah


Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

Akhir kata


Selalulah membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan anda ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah.

14 Cara Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

$
0
0


Cara Menghilangkan Sakit Gigi


Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.

Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.

Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:

1. Hilangkan plak


Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. Minyak gamat


Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Gigit bunga cengkih


Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. Kumur dengan air garam


Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. Kapur sirih


Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. Kumur air rebusan sirih


Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. Lidah buaya


Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. Habbatus Sauda


Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. Daun serai


Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. Tomato muda


Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. Gambir


Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. Kumur garam, air dan limau nipis


Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. Asam jawa


Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. Bawang putih


Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.

Akhir kata


Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk.

Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.
Viewing all 265 articles
Browse latest View live