Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all 265 articles
Browse latest View live

10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu

$
0
0

Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu!


Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak diketahui.

Jom kita bongkar dan baca tentang rahsia lelaki.


1. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan


Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.

2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang


Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.

3. Tanya soalan yang sama


“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.

4. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri


Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.

5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak, lebih dari diri sendiri


Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.

6. ‘Cair’ atau ‘Malu’ dengan senyuman wanita


Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi dua perkara, “Hensem sangat ke aku hari ni?” atau “Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?”.

7. Nombor telefon  perempuan, ‘save’ nama lelaki


Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa bila ada nama lelaki. Namun, banyak kes yang sudah ‘kantoi’. Bak kata pepatah, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

8. Jangan ingatkan kisah lampau


Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa tercabar.

9. Mempermainkan cinta


Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?

10. Kalau berani, masuk meminang!


Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Kesimpulan


Banyak lagi sifat lelaki yang sukar bagi kaum wanita memahaminya. Walau apa pun yang berlaku, terima pasangan anda seadanya. Kalau anda sudah berkahwin, jangan lupa ketahui tanda-tanda suami curang.

10 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan

$
0
0

Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!


Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.


Lelaki vs Perempuan


Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.

Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya.

Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat. Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.

1. Setkan minda untuk kurus


Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.

2. Pelajari ilmu tentang kalori


Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.

Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

3. Makan dalam kuantiti yang kecil


Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

4. Elakkan makan waktu malam


Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.

5. Elakkan makanan dan minuman bergula


Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.

6. Tukar kepada makanan yang rendah lemak


Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?

7. Banyakkan makan buah


Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

8. Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)


Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.

Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

9. Banyakkan berjalan (dan berjogging)


Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.

Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.

10. Beri 100% komitmen pada tujuan asal ‘Nak kurus’


Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.

Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.

7 Cara Menghargai Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

$
0
0

Cara Menghargai Ibu Bapa


Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah? Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu, tapi sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa balasan kita terhadap pengorbanannya? Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah ibu dan ayah selayaknya. Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dah sayang kita.

Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.


1. Lemah-Lembut Semasa Berbicara


Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Lidah umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata. Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia.

2. Gembirakan Hati Mereka


Semasa kecil, ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka.

3. Doakan Ibu Bapa


Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.

4. Hubungi Mereka Walau Di mana Kita Berada


Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin. Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka.

Hargailah ibu dan ayah anda. Tanpa mereka siapalah kita. Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.

5. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita


Biasanya, ramai orang menyambut ‘birthday’ dengan kawan-kawan. Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita. Ramai yang berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan ketika melahirkan kita. Percayalah, setiap ibu akan menunggu anak-anak mengucapkan “Terima kasih mak” pada hari lahir anak-anaknya.

6. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Selalu


Semakin mereka bertambah usia, semakin sensitif. Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan hilai tawa, semakin suram. Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan. Pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri. Anda anda rasa sebak bila memeluk orang yang bertanggungjawab melahirkan kita.

7.  Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama


Usah ingat mereka tidak mahu melihat dunia luar. Jangan salah tafsir di sini. Mereka bukannya mahu di bawa ke Langkawi  atau Kota Kinabalu untuk bercuti hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah. Bagi mereka, itu sudah lama berlalu. Jauh di sudut hati mereka, ibu-bapa mengharapkan anak-anak membawa mereka melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu. Mereka dambakan pertemuan dengan kawan-kawan lama sekolah mereka, lebih-lebih lagi yang 20-30 tahun tidak berjumpa.

Mereka ingin mengimbau tempat mereka membesar, sekolah mereka belajar dan tempat mereka mula-mula memulakan kehidupan sebelum kelahiran mereka. Permintaan ini jarang dizahirkan oleh mereka. Semoga anak-anak lebih memahami kehendak ibu-bapa ini.

BONUS: Kalau dimurahkah rezeki dan ada duit lebih, hantar mak ayah pergi menunaikan Haji. Jika sudah, kumpul duit dengan adik beradik lain, hantar mereka pergi Umrah pula. ‘Join’ mak ayah sekali agar kita dapat menjaga mereka ketika di Makkah. In Shaa Allah, banyak pahalanya.

Kesimpulan


Semakin kita menginjak usia, semakin lembut hati ibu-bapa kita. Dahulunya garang, sekarang tidak lagi. Kita pasti terasa kelainan kerana layanan mereka pada cucu tidak sama dengan layanan mereka pada kita sewaktu kecil. Sungguh, hati mereka cuma mahukan kebahagiaan. Sekarang, tugas anak-anak membalas jasa ibu-bapa. Selagi hayat dikandung badan, gembirakanlah mereka.

Semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

10 Cara Memujuk Lelaki Merajuk Yang Sensitif

$
0
0

Cara Memujuk Lelaki Merajuk Yang Sensitif. Marah & Ego?


Cuba anda ingat bilakah kali terakhir suami atau teman lelaki anda merajuk? Sekiranya anda adalah lelaki, bila agaknya kali terakhir anda merajuk? Siapa yang lebih kerap merajuk? Adalah lelaki atau perempuan? Sila simpan jawapan di dalam hati anda kerana ruangan ‘Percintaan’ kali ini akan mengupas 10 cara yang dirasakan tepat untuk memujuk lelaki yang merajuk.

Lelaki, walau nampak ‘macho’, sebenarnya sensitif dan ego. Marah tidak tentu pasal. Namun ada rahsia memujuk lelaki yang merajuk. Buat para wanita yang bergelar isteri, boleh aplikasikan pada suami sendiri. Mari kita cuba!


1. Kenalpasti Punca


Untuk memujuk lelaki yang sedang merajuk, perkara pertama yang anda perlu kenalpasti adalah punca atau sebab lelaki itu merajuk. Sekiranya anda tahu puncanya, maka ia lebih mudah untuk anda memujuk golongan lelaki kerana anda hanya perlu mengaku kesilapan atau kesalahan anda walaupun terang-terangan bukan salah anda serta menyokong tindakan ‘merajuk’nya itu.

Ingat! lelaki mempunyai satu sikap tegar iaitu ego. Jangan ditambah atau dicabar egonya ketika lelaki merajuk. Puji mereka demi meneruskan perhubungan awam yang baik selanjutnya.

2. Mula meneka sebab


Sekiranya anda tidak pasti punca lelaki itu merajuk, sudah tentu situasi seperti ini lebih sukar Bagaimanakah anda ingin tahu punca sebenar lelaki merajuk?

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jawapan terlintas di kepala anda, mulakan dengan mencari petunjuk atau ‘hint’. Mulakan dengan meneka. Kumpulkan tekaan-tekaan anda itu sebagai persediaan untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Mula meminta maaf kerana mengganggu urusannya dan mula meneka. Lelaki suka sekiranya ada orang mengambil berat terhadap mereka sekiranya mereka bermasalah kerana mereka suka memendam. Mereka rasa tidak ‘cool’ kalau bermasalah walaupun tanpa mereka sedari, mereka akan perlahan-lahan membongkarkan rahsia masalah mereka kepada kita secara perlahan-lahan.

3. Jangan tegas tapi santai


Kenapa lelaki mudah tertarik bila berurusan dengan wanita? Selain daripada tarikan fizikal, ada juga lelaki yang tertarik dengan tutur kata dan bicara seorang wanita kerana lemah lembut dan sopan. Dengar erti kata lain, seorang lelaki memang suka bercakap kasar atau ganas, tetapi mereka sebenarnya tertarik dengan percakapan dan susun atur lisan atau komunikasi yang lemah lembut dan sopan santun Sekiranya anda tidak percaya, cuba suruh seorang lelaki bercakap sopan dan lemah lembut kepada seorang lelaki lain dan lihat responnya.

Jadi, anda boleh ajak mereka berbual atau berbicara dengan nada yang sopan dan lemah lembut serta menenangkan. Persoalannya, adakah ton nada anda apabila bercakap mencapai piawaian yang dimaksudkan? Uji sekarang.

4. Berjenaka dan komedi


Jenaka adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh diterima setiap individu. Namun, hiburan perlu diketengahkan atau dilakukan pada masa dan tempat yang sesuai.

Sama ada anda perasan atau tidak, anda boleh menggunakan jenaka dan komedi ketika ingin memujuk soerang lelaki. Cuba mendekati lelaki yang sedang merajuk dan mula melakukan jenaka yang tidak perlu keterlaluan dan komedi atau berseloroh yang ringan.

Untuk menjaga hati ada yang berusaha untuk berjenaka serta menjaga air muka ‘cool’ atau ‘macho’ mereka, mereka akan cuba memberi maklumbalas dengan mula mengukir sedikit senyuman. Itu petanda perangkap sudah menjadi.

5. Belikan sesuatu untuk memulakan perbualan


Anda mungkin tidak tahu atau tidak pandai memulakan langkah apabila lelaki sedang merajuk. Cara paling mudah dan ringkas adalah membelikan makanan atau minuman yang rutin dan berikan kepada lelaki tersebut.

Contohnya, ketika waktu makan tengah hari, anda biasa pergi menjamu selera makan tengah hari anda bersama lelaki tersebut dengan nasi bercampur lauk. Cuba, bungkuskan satu pek polisteri berisi nasi dan lauk yang mungkin biasa dimakan olehnya atau sebarang lauk. Ingat, bukan isinya yang penting tapi sebab untuk menegurnya yang penting.

6. Mengajak melakukan perkara yang dia suka


Walaupun seorang lelaki itu sedang merajuk, tetapi hari kecil mereka masih sukar untuk menolak aktiviti kebiasaan atau tabiat mereka. Contohnya, ajak lelaki yang merajuk ini ke luar pejabat untuk merokok. Pasti semua masalah bakal dikongsi dan dilepaskan.

Contoh yang lain, ajak mereka bercerita tentang sukan seperti Liga Inggeris atau Liga Malaysia ataupun hobi yang biasa dikongsi bersama.

7. Melayan mereka seperti tiada masalah


Kadang-kadang, ego seorang lelaki itu tersangat tebal ataupun mereka lebih suka pendam dan tidak mahu diluahkan kepada orang lain kerana itu adalah prinsip hidup mereka.

Sekiranya situasi seperti ini berlaku, anda perlu malayani lelaki yang merajuk tersebut seperti keadaan yang sepatutnya atau kebiasannya. Lama-kelamaan, mereka akan melepaskannya atau melupakannya dengan sendiri.

Lelaki seperti ini biasanya jenis ‘hangat -hangat tahi ayam’ iaitu emosi mereka sekejap sahaja boleh menjadi ‘panas’ dan sepantas kilat mudah menjadi ‘sejuk’.

8. Kalahkan mereka dengan kelemahan


Setiap manusia pasti ada kelemahan. Begitu juga dengan lelaki, Umpan sifat rajuk mereka dengan kelemahan mereka. Contohnya, kawan atau teman yang paling rapat dengannya. Anda juga boleh memanipulasi orang yang mereka paling sayang seperti teman wanita, tunang atau isteri. Ada yang boleh menyuruh ibubapa atau adik-beradiknya. Kadang-kadang, mereka tidak seharusnya perlu berdepan atau bersemuka dengannya, taktik ini boleh digunakan menggunakan panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas sahaja. Ada yang lebih moden dengan menggunakan lamam sosial atau sembang seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan lain-lain lagi.

9. Memalukan Dan Memperbodohkan Diri Untuk Si Dia


Sekiranya anda kreatif dalam menangani situasi ini, anda boleh melakukan sesautu yang di luar kebiasaan seperti menyanyi, mereka kad ucapan sendiri, menulis puisi maaf dan sebagainya.

Si lelaki yang merajuk itu nanti pasti tersenyum atau ketawa sendiri melihat anda sanggup memalukan diri untuk memujuk hatinya.

10. Ugutan Manja


Sekiranya semua yang anda telah lakukan seperti di atas tidak menjadi dan anda sudah penat melayan karenah lelaki merajuk, maka sudah tiba masanya untuk anda melakukan tindakan yang drastik atau perlakukan atau tindakbalas keterbalikan psikologi (reverse psikologi).

Anda juga ada hak untuk merajuk manja. Lagipun, jika difikirkan sejenak apa rasionalnya seorang lelaki merajuk? Jawapannya, sudah pasti ingin menarik perhatian dan ingin pasangan atau orang sekeliling memanjakannya. Oleh itu, sekiranya rajukannya itu memberi kesan yang berbeza dan tidak dijangka oleh si lelaki tersebut, pasti dia akan berpaling kembali memperbetulkan keadaan. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang ‘Macam comel je, macam comel je’.

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

$
0
0


Tips Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus


Hidup bujang lain. Hidup berkahwin lain. Semasa bujang, bila lapar boleh cari makan sendiri. Bila berkahwin, sudah kena suap mulut dua orang. Bila dah ada anak, kena suap mulut tiga orang pula.

Tidak boleh sesuka hati melayan isteri yang kita nikahi. Isteri pula tidak boleh layan suami sesuka hati. Mari kita dapatkan tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

8 Cara Mengatasi Sifat Lupa

$
0
0


Cara Mengatasi Sifat Lupa. Cegah & Hilangkan Terus!


Ingat lagi semasa kita di bangku sekolah. Surah-surah lazim memang laju kita hafal. Senang cerita, Juzuk 30 keseluruhannya kita sudah mahir. Hukum-hukum tajwid sangat mudah kita hafal. Bandingkan dengan keadaan sekarang. Berapa banyak surah yang kita hafal?

Dikatakan, untuk menjadi seorang yang hafaz Al-Quran, masa yang diperuntukkan untuk menghafaz Al-Quran ialah sekurang-kurangnya 10,000 jam. Kalau kita kira, jika para tahfiz menghafaz Al-Quran selama 24 jam tanpa henti setiap hari, mereka akan dapat khatam dan hafaz keseluruhan Al-Quran dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja. Namun ia mustahil, kerana pelajar tahfiz perlu makan, tidur dan solat serta melakukan perkara-perkara lain.

Berdasarkan kiraan 10,000 jam tadi, jika mereka peruntukkan 8 jam sehari (lebih munasabah), ia lebih kurang 3 tahun 5 bulan. Bagaimana dengan kita yang begitu lokek memperuntukkan 1 jam sehari untuk membaca Al-Quran? Ya, membaca sahaja, bukan menghafaz! Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus-menerus membaca dan menghafaz Al-Quran.

Berbalik pada topik lupa tadi, untuk pengetahuan, lupa didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana sesuatu maklumat yang diterima dan disimpan di dalam memori otak telah hilang.  Sementelahan itu, ibu yang pernah melahirkan anak sering dikaitkan dengan sifat lupa. Kata orang tua-tua, lebih kerap seseorang ibu melalui proses bersalin, lebih tinggi potensi untuk lupa kerana terdapat urat yang telah putus. Adakah benar tanggapan orang tua-tua ini? Wallahu aklam.

Penyakit lupa ini memang sering terjadi tidak kira peringkat umur. Sebenarnya, banyak faktor yang boleh menyebabkan kita lupa, bukan hanya wanita yang pernah bersalin sahaja. Orang lelaki, remaja, malah kanak-kanak juga boleh ada sifat lupa. Setiap sesuatu yang ada punca atau faktor, pasti akan ada jalan penyelesaian. Mari kita semak bagaimana untuk mengatasi sifat lupa.

1. Makan kismis


Siapa yang tidak tahu kebaikan kismis. Bukan sahaja di kalangan umat islam, penganut agama lain yang juga bukan islam turut bersetuju akan keberkesanan kismis dalam membantu daya ingatan. Bukan sahaja tidak akan lupa, malah seseorang yang mengamalkan makan kismis mampu menghafal dengan baik. Oleh sebab itu pengambilan kismis sangat digalakkan di kalangan anak-anak yang sedang dalam proses pembelajaran.

2. Makan kekacang


Seperti juga kismis, kekacang juga menjalankan peranan yang sama. Contoh kekacang yang baik untuk otak ialah kacang pistachio, kacang badam, kacang hazel, dan lain-lain. Tambah stok kekacang di dalam senarai barangan runcit bulanan. Jadikan ia sebagai snek harian dan jauhi makanan tidak berkhasiat dan berperwarna seperti asam, gula-gula dan makanan segera yang lain. Singgah ke mana-mana kedai yang jual makanan dari Timur Tengah yang bercambah bagai cendawan sekarang. Jika tiada, singgah ke mana-mana hypermarket seperti Giant.

3. Berzikir/berselawat


Dalam Islam, berzikir membawa maksud menyebut dan mengingati Allah. Berselawat pula ialah mengingati rasul junjungan Muhammad S.A.W. Melalui zikir dan selawat, otak dan hati akan berada dalam keadaan tenang. Pada masa bertenang, otak mempunyai banyak ruang untuk berfikir dan menempatkan memori dengan lebih lama.

4. Membaca Al-Quran


Sebagai umat Islam yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan hadis, kita perlu melatih diri untuk bersahabat dengan al-quran. Jadikan Al-Quran sebagai teman kerana Al-Quran adalah sebuah buku yang lengkap untuk panduan hidup kita. Membaca Al-Quran akan menjadikan seseorang tenang di samping dapat berfikir dengan baik dan mengatasi sifat lupa.

5. Mengulang


Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada lupa ialah dengan teknik mengulang. Menurut kajian, sesuatu yang dilakukan secara berulang akan dapat disemat di dalam memori lebih lama. Sebagai contoh, jika ingin menghafal nombor telefon seseorang, sebut atau tulis berulangkali sehingga anda hafal. Teknik mengulang ini turut dipraktikkan di sekolah iaitu bermula dengan menulis abjad secara berulang-ulang agar pelajar dapat ingat, kenal dan tulis huruf dengan betul.

6. Membuat nota


Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga kepada si pelupa, satu buku nota atau aplikasi nota di telefon bimbit mungkin akan banyak membantu. Catatkan setiap perkara penting agar anda tidak lupa. Misalnya, anda boleh senaraikan barang keperluan sekolah anak-anak yang perlu dibeli. Selain untuk mengelakkan daripada lupa, membuat nota juga dapat menghindari diri dari berbelanja membuta tuli. Ketiadaan senarai akan memungkinkan anda membeli barang yang tidak diperlukan.

7. Set ‘reminder’


Satu lagi aplikasi telefon bimbit yang patut digunapakai ialah ‘reminder’. Aplikasi ini amat sesuai digunakan untuk mengingati tarikh atau masa tertentu. Contohnya dengan memasang penggera ‘reminder’ untuk mengingati tarikh lahir insan istimewa, tarikh mesyuarat penting di luar pejabat, dan sebagainya. ‘reminder’ juga biasa digunakan untuk tujuan mengingati waktu agar tidak terlewat ke destinasi penting.

8. Merancang


Sebagai ibu pasti akan ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Banyak yang harus diuruskan terutamanya hal ehwal rumahtangga. Tidak terkecuali hal-hal di pejabat, hal keluarga di kampung, keluarga mertua, dan banyak lagi. Terlalu banyak berfikir tanpa had akan menyebabkan terjadinya sifat lupa. Ibu perlu ada perancangan dalam kehidupan agar urusan lebih teratur dah minda tidak terganggu. Dahulukan urusan yang paling penting diikuti dengan yang lain.

Kesimpulannya, lupa sebenarnya bukanlah sejenis penyakit. Ia merupakan sifat negatif yang boleh diatasi dan dielakkan. Dengan tersenarainya 8 perkara di atas, diharap dapat membantu para ibu terutamanya, untuk menghindarkan diri dari sifat lupa yang mengganggu ini. Penjagaan pemakanan adalah sangat penting. Tidak lupa juga dengan aktiviti seharian yang mempengaruhi sifat lupa. Sekiranya anda sedar anda seorang pelupa, segeralah mencari jalan untuk mengatasinya agar tidak melarat.

Semoga bermanfaat!

4 Tips Memilih Ikan Segar Di Pasar

$
0
0


Tips Memilih Ikan Segar Di Pasar. Pilih, Beli & Simpan!


Andaikan kita bukan dari keluarga nelayan dan tinggal di kawasan bandar. Maka kita tiada akses pada ikan segar di jeti. Mahu tidak mahu terpaksa ke pasar untuk beli ikan untuk dimasak. Untung kalau suami teman. Kalau isteri yang ‘indipendent’, dia pergi sendiri!

Kalau bosan makan ayam, boleh juga beralih kepada ikan yang juga memberi sumber protein. Mari kita lihat tips memilih ikan segar di pasar:

1. Mata Ikan


Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan ada lendir lagi.Ini baru segar! Yang penting beli yang ikan matanya merah. Ini selalu kita dapati di pasaraya besar dan ‘hypermarket’ yang jual macam ‘nak tak nak’.

2. Insang Ikan


Tengok insang ikan dan pastikan masih lagi merah serta berlendir. Kalau nampak kekelabuan, ternyata ia ikan lama yang dibekukan.

3. Isi ikan


Tekan sedikit bahagian badan ikan dengan jari. Pastikan isi ikan pejal dan tidak lembik.

4. Perut ikan


Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik, jangan beli. Ikan lama!

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan segar ialah:


  •     Warna kulit terang dan cerah.
  •     Daging ikan bila ditekan terasa keras.
  •     Mata jernih menonjol dan cembung.
  •     Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan mengkilat, sisik masih utuh tidak banyak yang lepas.
  •     Insang berwarna merah
  •     Sirip kuat.
  •     Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
  •     Tidak berbau busuk.

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan yang sudah busuk ialah :


  •     Mata suram dan tenggelam.
  •     Sisik suram dan mudah lepas.
  •     Warna kulit suram dengan lendir tebal.
  •     Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
  •     Dinding perut lembik.
  •     Warna keseluruhan suram dan berbau busuk

Semoga bermanfaat!

Poligami Di Malaysia

$
0
0


Poligami Di Malaysia. Apa 2 Syarat Penting Yang Suami Perlu Tahu?


Kami pasti topik ini akan mengundang kemarahan dari para isteri di luar sana.  Artikel dari JAKIM ini akan memfokuskan kepada isu poligami di Malaysia kerana ia sering menimbulkan pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam.

Tambahan lagi, poligami di Malaysia adalah isu hangat yang jarang dibincangkan secara terbuka. Jika isu poligami di Malaysia ini dibincangkan secara terbuka sekalipun, ramai yang mencebik bibir walaupun tahu ia perkara yang halal.

Kaum lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.

Sekali lagi diberitahu, ini adalah informasi dari JAKIM dan bukan tulisan kami sendiri. Kami bukan suka-suka menulis tentang tajuk hangat poligami di Malaysia ini. Ini adalah sekadar perkongsian. Jika ingin tahu maklumat penuh kandungan PDF ini, sila ke perenggan terakhir artikel ini. Mari kita lihat, apa  2 syarat poligami di Malaysia.

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri


Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

a. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
b. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurutkesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.

Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al- ‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah. Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

Dengan kata lain, jika ingin berpoligami di Malaysia, lelaki mestilah individu yang mampu dari segenap sudut.

2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri


Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat : 129


Mafhumnya :

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman


Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.

Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

Jika benar si suami menepati syarat poligami di Malaysia, berusahalah untuk sediakan rumah untuk setiap seorang isterinya. Begitu lebih mudah.

2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam


Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri- isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.

Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :


Mafhumnya :

“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”.
(Riwayat Muslim)

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :


Mafhumnya :

“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.


2.3. Adil Dalam Musafir


Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri- isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya.

Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :


Mafhumnya :

“Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya”.

Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

Harapan kami


Sudah selesai membaca artikel ini keseluruhannya tentang poligami di Malaysia? Fikir baik-baik, besar atau tidak tanggungjawab bila beristeri lebih dari satu? Mampukah suami melakukan semua perkara ini. Walaupun dua sahaja, ia sungguh berat. Walaupun poligami di Malaysia nampak satu status simbol kejayaan bagi lelaki, jangan lupa bahawa tanggungjawabnya juga besar!

Masih lagi ada keinginan untuk berpoligami? Walaupun cuma ada 2, adakah syarat poligami di Malaysia itu mudah? Jangan sampai berikan alasan sukar untuk poligami di Malaysia, dan lari ke sempadan untuk menjadikan ia hubungan yang ‘halal‘. Yang mudah, kita permudahkan.

Jika anda antara orang yang terus ‘skip’ ke bahagian perenggan terakhir untuk dapatkan informasi tentang poligami di Malaysia dari JAKIM berbentuk PDF, boleh download di sini.

6 Tips Menjadi Isteri Solehah Untuk Suami

$
0
0


Tips Menjadi Isteri Solehah Untuk Suami. Sukses Di Pejabat Dan Di Rumah!


Ramai ibu di luar sana adalah wanita berkerjaya seperti saya. Mungkin anda adalah seorang doktor, guru, arkitek, jurutera, ahli perniagaan, kerani dan sebagainya. Apa jua pekerjaan anda, pada dasarnya anda dan saya telah sedikit lari dari fitrah sebagai seorang ibu yang dituntut untuk duduk di rumah dan mendidik anak-anak kerana Allah sangat memuliakan seorang wanita itu dan kerjaya yang paling layak dan agung untuk seorang yang bergelar isteri dan ibu adalah sebagai PENGURUS di rumah. Wallahua’lam.

Bekerja di luar rumah tidak salah selagi apa yang seorang ibu dan isteri itu berada di atas landasan syarak yang telah ditetapkan oleh Islam.

Baiklah, apa pun kita sekarang ini, saya dan anda telah memilih untuk bekerja. Mahu atau tidak, kita mesti melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan cara yang paling baik dan terbaik. Menjadi seorang isteri, ibu dan pada masa yang sama bekerja di luar rumah adalah satu perkara yang sangat berat untuk dilakukan.
Menjadi pekerja yang sukses tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu diambil kira terlebih dahulu, baru kita boleh dikatakan sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Apa perkara-perkara tersebut? Mari kita kongsikan bersama!

1. Restu suami


Adakah anda mendapat restu suami anda untuk bekerja? Dia redha anda bekerja? Cuba periksa dan Tanya suami anda sekarang. Jika dia tidak restu dan tidak redha, maka jangan mimpi untuk anda jadi sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah.

Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”. (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?”. Bersabda Rasulullah saw. “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA.” (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

2. Niat yang baik


Mengapa anda bekerja? Adakah kerana anda bosan di rumah? Adakah anda ingin membantu suami untuk meningkatkan ekonomi keluarga? Adakah untuk suka-suka? Cuba fikir-fikirkan. Jika niat anda salah dan tidak murni, ia juga tidak menjamin anda untuk sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Jom kita cek!

Murnikan niat kita. Mungkin ada yang bekerja kerana ingin membantu meningkatkan ekonomi keluarga. InsyaAllah ini diterima. Ada juga yang ingin memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dan pelbagai niat murni yang ditanamkan. Mudah-mudahan niat kita itu diterima Allah swt.

Rasulullah SAW. bersabda,”Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa’i)

3. Keluarga yang utama


Walau tinggi mana pun pangkat dan gelaran kita di tempat kerja, kita masih wajib mendahulukan keluarga dari kerjaya. Sebelum keluar dari rumah pastikan segala tanggungjawab diselesaikan dengan baik. Jika rumah terurus maka hati kita akan tenang. Sekaligus tanggungjawab kita di pejabat juga dapat dilaksanakan dengan baik.

Pernahkah anda bawa pulang kerja pejabat ke rumah? Ketika anda sedang melakukan kerja, tiba-tiba anak anda sangat memerlukan anda pada ketika itu. Adakah anda melayaninya seketika? Atau anda memarahinya kerana mengganggu anda bekerja? Fikir-fikirkan. Adilkah bagi suami dan anak-anak anda jika sejak dari pagi anda melakukan kerja pejabat dan mengabaikan mereka ketika anda berada di rumah?

Ini adalah salah satu kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah.

4. Bertolak ansur dan bekerjasama


Seorang isteri dan ibu yang bekerja memerlukan kerjasama daripada seorang suami. Tanpa kerjasama suami, mana mungkin isteri dapat melaksanakan tanggungjawabnya di rumah dan di pejabat dengan baik. Ini semua menuntut kepada kefahaman dan saling memahami antara satu sama lain.

Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, tanggungjawab anda tentu lebih besar dan sukar dari yang mempunyai seorang anak, bukan? Bayangkan pula bagaimana anda berpagi-pagi hendak ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah mahupun ke taska. Jika ini diuruskan seorang diri, mungkin ibu tersebut akan mudah rasa tertekan dan ini akan terbawa-bawa hingga ke pejabat.

5. Lazimkan solat Dhuha


Di manakah anda berada di antara waktu jam 8 pagi sehingga 11 pagi? Tentulah di pejabat, bukan? Di antara waktu ini, lakukanlah solat sunat dhuha kerana solat ini banyak fadhilatnya. Amalkanlah dan anda pasti terasa kehebatannya. Anda akan rasa diri anda bermotivasi dan semangat untuk bekerja.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Sesetengah orang mengatakan jika mahu kaya lakukan solat dhuha. Itu bagi saya intepretasi sempit yang hanya memandang kepada harta dunia semata-mata. Rezeki bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Dikurniakan anak-anak yang sihat adalah rezeki, dianugerahkan Allah suami yang penyayang dan memahami juga adalah rezeki. Jika pada hari itu anda berasa lapang dan sangat bahagia juga dinamakan rezeki.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

6. Jaga aurat, maruah terpelihara


Setinggi mana pun pangkat kita, aurat kita sebagai seorang wanita masih sama iaitu seluruh badang kecuali muka dan tapak tangan.

Jagalah aurat anda ketika berada jauh dari suami. Janganlah mendedahkan aurat anda kerana itu hanya untuk suami anda sahaja. Maaf jika saya ingin menegur. Kadang-kadang kita ingin terlalu bergaya, berwangi-wangian tetapi di rumah kita sepeti wanita berpantang. Muka pucat lesi dan pakai kain batik sepanjang masa. Kita lebih cantik ketika berada di luar daripada ketika berada di dalam rumah. Bukankah ini sudah salah konsep.

Lagi satu, mari kita sama-sama periksa tudung kita. Adakah ia menepati syariat. Maaf sekali lagi ingin menegur. Dada anda mestilah ditutup. Pakailah tudung yang menepati syariat iaitu tidak menampakkan bentuk dada anda yang bidang itu. Anda sudahlah jauh dari suami. Maka suami orang lain pula yang memandang anda. Nauzubillah!

Inilah juga antara kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah. Berpakaian yang menepati syariat, dapat menghindarkan diri kita dari fitnah dan memelihara maruah kita.

7 Cara Pikat Hati Isteri, Agar Rajin Masak

$
0
0


Cara Pikat Hati Isteri, Agar Rajin Masak. Suami Mesti Baca!


Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak?


Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan setiap pasangan dalam mencorakkan kehidupan mereka. Sebelum berkahwin, mereka telah diberi sedikit pengetahuan mengenai alam rumah tangga. Bagi suami yang memiliki isteri yang cantik, dan mempunyai didikan agama yang secukupnya, ditambah pula dengan kepakarannya dalam memasak, itu merupakan suatu bonus dan nikmat yang perlu disyukuri oleh suami. Bagaimana pula suami yang mengahwini wanita yang juga cantik, tetapi tidak tahu memasak dan sebaliknya? Mungkin ada pasangan yang mengatakan suaminya terima dia seadanya dan akan memasak untuk isteri. Tetapi sampai bila? Kebanyakan perceraian berlaku disebabkan isteri yang tidak pandai memasak dan ini tidak boleh di pandang enteng.

Yang penting, jangan sesekali menjatuhkan hukum yang isteri tidak rajin dan tidak pandai masak. Mari kita selidik apa yang suami boleh buat agar isteri rajin masak. Di bawah ini ada sedikit tips yang boleh diamalkan oleh isteri untuk pupuk minat memasak.

1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik ‘complaint’ sahaja


Suami tidak perlu memarahi isteri yang tiada kemahiran memasak. Suami perlu memberi sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Beri kata-kata pujian terhadap masakan percubaannya ditambah dengan komen positif supaya isteri dapat perbaiki lagi masakan akan datang. Jangan sesekali mengamalkan sikap panas baran dan tidak berkhemah dalam menegur isteri. Walau pun dia hanya pandai menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap puji dan berterima kasih kepadanya.

Penghargaan yang sebegini bukan sahaja disukai oleh isteri, malah akan menambah lagi kesungguhan isteri memasak untuk suami. Sebagai tanda sokongan dari suami, apa kata anda membelikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri. Katakan padanya, ini sebagai panduannya untuk menambah lagi kelazatan masakan yang sememangnya lazat. Jadi, isteri anda akan bersemangat memasak untuk anda.

2. Suami kena tolong isteri di dapur


Isteri yang bekerjaya, tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri tetap memasak untuk suami, suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Jika isteri tidak mahir mengenai resepinya, suami perlulah membantu isteri. Hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur supaya isteri tidak rasa bosan ketika memasak. Ini juga merupakan satu daya tarikan bagi isteri sentiasa memasak untuk suami.

Jika isteri bertanya kepada suami untuk meminta pendapatnya mengenai menu apa yang perlu dimasak, suami perlu memberi cadangan kepada isteri. Berilah cadangan untuk memasak menu yang mudah dahulu supaya tidak terlalu membebani isteri. Apabila suami membantu dalam penyediaan menu masakan, lebih memudahkan kerja isteri untuk memasak.

3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak


Bagi memastikan isteri pandai memasak, suami dan isteri perlulah pupuk sikap rajin untuk ke dapur. Jangan sesekali bermalasan untuk pergi ke dapur. Sikap seperti ini akan membuatkan anda malas memasak. Apabila malas, anda tidak akan dapat memperbaiki kekurangan anda dalam masakan. Biasakan diri ke dapur. Membuat sarapan, makanan tengahari, minum petang dan makan malam. Sebelum memasak, anda telah fikirkan menu yang hendak dimasak supaya tidak membuang masa.

Jika di tempat kerja, anda perlu memikirkan sekejap menu yang hendak masak ketika pulang ke rumah dengan melayari internet, membaca resipi-resipi masakan, atau berkongsi pandangan dengan rakan sekerja. Luangkan masa juga menelefon suami tentang seleranya ketika itu. Jika anda mengetahui makanan kegemarannya, cuba pelajari cara penyediaan makanan itu. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan menjadi mudah. Setiap kekurangan ketika memasak akan dapat anda atasi.

4. Tonton rancangan memasak bersama-sama


Suami jangan hanya tengok bola sepanjang masa. Luangkan masa tonton rancangan masakan bersama isteri. Sangat banyak rancangan di televisyen berkaitan masakan. Pastikan anda luangkan sedikit masa untuk menonton rancangan tersebut. Jika menu yang menjadi pilihan dalam rancangan itu mudah untuk anda belajar, ambil inisiatif untuk mencubanya.

Pastikan segala bahan-bahan yang diperlukan telah anda tulis dan boleh sediakan. Ajak juga suami untuk tonton bersama-sama supaya dia juga boleh membantu anda dalam penyediaan makanan. Jika rancangan yang anda tunggu-tunggu terlepas untuk disaksikan, anda boleh mencari di internet. Internet juga ada pelbagai video tentang cara- cara memasak. Dari situ juga anda boleh pelajari dengan perlahan-perlahan. Cuma anda memerlukan keyakinan untuk mencuba masakan yang diajarnya.

5. Mulakan menu yang mudah


Pelik kalau suami tidak tahu masak sardin kan? Ia terlalu mudah. Bagi yang tidak pandai memasak, anda dicadangkan untuk memasak makanan yang mudah dan ringkas dahulu. Jangan mencuba masakan yang susah, kerana dikhuatiri masakan tidak menjadi, dan semangat anda akan hilang untuk memasak. Menu yang mudah disediakan seperti berunsurkan telur dan ikan.

Mulakan dengan masakan jenis gorengan dahulu. Jika anda ingin mencuba masakan berkuah, pastikan bahan-bahan asas seperti bawang mencukupi supaya kuahnya tidak cair. Masa yang lama diperlukan untuk memasak ayam dan daging kerana perlu lebih empuk. Jika anda ingin memasak daging, pastikan anda telah merebusnya terdahulu. Elakkan dari menggunakan penambah perisa, kerana rasa asli masakan anda tidak dapat dirasai. Lagipun tidak elok untuk kesihatan.

6. Elakkan makanan segera yang membahayakan


Makanan segera merujuk kepada makanan yang tidak memerlukan bahan-bahan lain, dan hanya tinggal masak sahaja kerana semua perisa sudah dicampur bersama. Senang bukan? Tetapi pernahkah anda terfikir akan kesan jangka panjang yang akan timbul sekiranya anda mengamalkan tabiat pemakanan sedemikian. Penyakit yang sering dikaitkan dengan makanan segera seperti obesiti, diabetis, darah tinggi, barah dan bermacam lagi.

Makanan segera sering dijual oleh peniaga yang hanya ingin mendapat keuntungan tanpa memikirkan kesihatan pembeli. Adakah ini yang anda mahu keluarga anda hadapi kelak? Adakah anda sanggup melihat keluarga anda merana dengan penyakit yang bakal dialami dek kerana anda mengamalkan sikap malas nak masak? Cegahlah sebelum terlambat. Jangan sesekali membeli makanan segera untuk disimpan di rumah.

Jika sejak awal lagi anda telah membiasakan suami dan keluarga makan makanan segera, pasti susah untuk berhenti mencarinya lagi. Jadi, langkah terbaik ialah masak sendiri di rumah. Jika suami inginkan seperti tempura, nugget dan sebagainya, cuba cari cara membuatnya. Cara ini lebih baik berbanding anda mengambil jalan mudah dengan memilih makanan segera. Perbelanjaan pun boleh dijimatkan dan sekiranya anda telah biasa memasak makanan segera, anda tidak akan mahir dan malas untuk membuat makanan sendiri.

7. Belikan buku resepi untuk isteri


Hadiahkan buku resepi pada isteri. Pergi sahaja ke MPH, Kinokuniya, Popular dan bermacam lagi kedai buku di luar sana. Terlalu banyak judul yang boleh membantu mempelbagaikan lagi masakan. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara memasak. Cari cara yang paling mudah dan ringkas.

Anda kumpulkan menjadi buku resepi anda sendiri. Apabila ingin memasak sesuatu dan tidak tahu caranya, anda boleh merujuk buku tersebut. Lebih mudah dan cepat. Setiap orang mempunyai cara masak yang berbeza. Jadi anda haruslah bijak memilih resepi yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan. Biasakan memasak dengan lauk yang tidak pelbagai. Tetapi pelbagaikan variasi makanan seperti ada pencuci mulut atau buah-buahan.

Anda juga boleh membuat nota kecil yang boleh ditampal di pintu peti ais supaya mudah untuk anda rujuk. Suami juga boleh turut memberi tunjuk ajar berpandukan nota resepi tersebut.

Kesimpulan


Oleh hal yang demikian, jika semua perkara di atas anda boleh amalkan, anda mampu menjadi isteri terbaik untuk suami. Jangan terlalu banyak memberi alasan, kerana alasan itu akan memakan diri anda kelak waima anda boleh mengupah pembantu rumah untuk memasak, tetapi masih tidak mampu untuk menandingi kehebatan air tangan isteri. Air tangan inilah yang menjadi senjata keutuhan sesebuah rumah tangga.

Jadi, apa tindakan isteri di luar sana? Masih mahu memberikan alasan untuk tidak mahu memasak atau menunggu dan pasrah tindakan suami curang dan cari lain. Tepuk dada dan renungkan. Jangan asyik suami pikat isteri sahaja, isteri juga kena tahu cara menggoda suami!

Selamat mencuba!

7 Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Wanita

$
0
0


Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Wanita. Mesti Tahu Skill Ini!


Wanita sering dikaitkan dengan seorang yang bersifat lemah lembut, pemalu, tidak mahir dalam uruskan kerja lelaki, dan tidak lasak.  Selalunya, kerja-kerja yang sukar dan perlukan kemahiran berfikir lebih serasi dengan kaum lelaki.  Hal ini menyebabkan wanita selalu mengalami masalah, ditipu, ditindas dan ada juga yang sanggup ditertawakan akibat sikap mereka yang tak tahu dan tidak mahu ambil tahu.  Jadi, dalam topik kali ini saya rasa perlunya untuk menyedarkan wanita di luar sana tentang pentingnya kemahiran tertentu supaya tidak mudah tertipu.

1. Memandu kereta


Hampir 90% wanita di luar sana tidak tahu dan ambil sikap tidak mahu tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kereta.  Ok, saya memang salut bagi wanita yang rajin membasuh kereta, keadaan dalam kereta bersih, dan teratur berbanding dengan lelaki yang agak pemalas dalam penjagaan kereta.  Tetapi, kualiti dari segi organ dalaman kereta lelaki memang terbaik berbanding wanita yang tidak mahir menguruskan kereta mereka.

Jadi, wanita perlu tahu perkara asas seperti menambah air dalam tangki air yang terletak di bahagian hadapan kereta, perlu tahu mengisi angin tayar di  pam jika tayar anda pancit, dan juga perlu tahu harga-harga kerosakan jika berlaku kemalangan supaya tidak tipu.

2. Hafal selok-belok jalan raya


Wanita juga perlu tahu selok-belok jalan supaya tidak mudah ditipu.  GPS sekarang penting dan perlu ada untuk memastikan anda tahu jalan dan tidak bergantung kepada lelaki.  Ketika suami memandu, pastikan anda tengok jalan dan pandang sekeliling untuk anda kenalpasti jalan yang digunakan.  Supaya kelak, anda tidak akan diherdiknya kerana tidak tahu jalan yang selalu digunakan.  Begitu juga jika anda pergi lawatan menaiki bas, anda tetap perlu memerhatikan jalan yang digunakan untuk kegunaan anda kemudian.  Sikap ambil tahu berkaitan jalan perlu ada pada wanita, barulah anda di anggap hebat dan tidak perlu bergantung pada lelaki untuk mengenalpasti jalan.

3. Isi minyak kenderaan


Sebagai wanita, anda sering memberi alasan malas untuk mengisi sendiri minyak kereta.  Lalu meminta tukang isi untuk mengisi minyak kereta.  Walhal anda sendiri yang tidak tahu dan takut untuk isi minyak kereta.  Betulkan? Jadi, untuk menutup perasaan itu, anda menyatakan yang anda malas untuk mengisinya.  Perlu anda semua tahu, isi minyak sendiri lebih bagus dan dijamin daripada menyuruh tukang isi minyak.  Anda mungkin akan ditipu dengan jumlah minyak yang tidak mencukupi dengan duit yang anda beri.  Jadi perlu belajar cara mengisi minyak dan memberanikan diri untuk mencubanya.  Anda kena lakukan untuk pastikan yang anda pun boleh membuat sendiri tanpa bantuan orang lain.

4. Membasuh kereta


Wanita memang rajin membasuh kereta, tetapi dalam erti kata membasuh kereta  di kedai.  Melihat wanita membasuh sendiri kereta amat jarang kita temui.  Mereka sering mengambil jalan mudah dengan menghantar kereta di kedai.  Daripada anda membazir duit membasuh kereta di kedai, apa kata, anda membasuh sendiri kereta.  Tanya suami atau ayah berkaitan sabun atau pengilat yang digunakan untuk kereta.  Tunjukkan kepada mereka yang anda prihatin dan ada sikap ambil tahu tentang penjagaan kereta.  Jika anda membasuh sendiri kereta, anda akan rasa kepuasan dan lebih menghargai usaha anda itu, jadi berbaloi-baloi!.

5. Parking kenderaan


Ha, ini juga selalu menjadi kelemahan wanita.  Kalau di tempat pakir kereta, kereta tidak pakir dalam kotak, kereta pakir senget, bila lihat pemandunya mesti kaum Hawa.  Anda tahu mengapa? Kerana ada perasaan takut dan menggelabah ketika hendak pakir.  Takut dengan siapa? takut dengan orang yang nak lalu, malu dengan orang yang mentertawakan kita kerana lambat pakir, malu dengan orang sekeliling seolah-olah anda menganggap diri anda sepeti badut yang membuat lawak semasa pakir kereta.

Ketepikan semua perasaan itu, jangan bermonolog sendiri, dan jangan membuat spekulasi sendiri.  Perasaan anda telah menghantui diri anda, kesannya anda tidak cekap dalam tindakan anda.  Jadi apa kata, semasa hendak pakir kereta, anda tarik nafas, bertenang, jangan pedulikan orang melihat, walau pun anda pakir lambat, tapi pastikan anda pakir kereta dalam kotak yang betul dan tidak melebihi kawasan pakir yang lain.

6. Bayar di kaunter tol


Wanita merupakan seorang yang teliti, cermat dan boleh juga dikatakan sebagai seorang yang asal boleh.  Kenapa ya saya kata demikian? Apa yang saya selalu lihat ketika di kaunter tol.  Sama ada membuat bayaran tunai, atau pun secara ‘touch and go’.  Kalau yang guna ‘smart tag’ tak perlu nak kata apa-apalah, sebab hanya lalu saja.  Tetapi yang sedikit lucu ketika membuat bayaran tunai, semasa hendak berhentikan kereta di kaunter tol, punyalah susah dan lama untuk ‘adjust’ kereta supaya senang hulur duit.

Mahu dijadikan cerita, pakir punya pakir tetapi jarak antara kaunter dengan kereta punya jauh, akibatnya, anda terpaksalah turun dari kereta dah pergi ke kaunter untuk  membuat bayaran.  Malangnya ada juga yang tersalah ‘bajet’ terlanggar tembok kaunter berhampiran tol.  Bila lihat pemandunya, si cantik jelita yang rasa diri macam diva.  Sekadar perkongsian, jadi apa yang perlu wanita di luar sana sedar, pastikan anda yakin dengan tindakan anda, jika kurang pasti dan teragak-agak, perlahankan dahulu kereta sebelum masuk ke kaunter tol.

7. Lampu isyarat


Lampu isyarat juga kadang kala menjadi masalah bagi kaum wanita.  Sesetengahnya selalu memandang ringan perkara ini sehingga menjadi penyebab berlaku kemalangan jalan raya.   Wanita juga kebanyakannya  tidak mematuhi peraturan keselamatan jalan raya. Sebagai contoh, ketika sedang menunggu lampu israyat, kebanyakan wanita akan melanggarnya walau pun lampu itu telah bertukar warna merah, alasannya kerana takut untuk berhenti tiba-tiba.

Bagi wanita yang memandu kereta manual, keadaan yang lagi memalukan jika hendak memulakan semula pemanduan.  Ada yang mati enjin keretanya, dan mengganggu pemandi lain.  Manakala bagi pemandu auto pula, mereka tidak menukar gear kepada keadaan N (iaitu natural), dengan alasan tak sabar untuk teruskan pemanduan.  Jadi, kereta andalah yang akan mengalami kerosakan gear terutamanya.  Anda bukan sahaja merosakkan kondisi kereta, tetapi anda juga telah menggangu dan menyusahkan pemandu yang lain.  Biar berkhemah dalam pemanduan.

Kesimpulan


Jadi, saya harap sedikit tips ini berguna supaya wanita di luar sana, tidak diselubungi dengan perasaan malu dan takut untuk mencuba.  Keluar dari kepompong itu dan jadilah seseorang yang lebih berkeyakinan.  Tanggapan masyarakat, terutamnya lelaki terhadap kebolehan wanita perlu kita perbetulkan.  Jangan pula menjadi seperti tikus membaiki labu, makin dibaiki makin rosak teruk jadinya.  Tetapi jadilah seperti kancil yang bijak akalnya walaupun tubuhnya kecil.

5 Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka Dan Hidung

$
0
0


Cara Menghilangkan Bintik Hitam (Blackhead) Di Muka & Hidung Secara Semulajadi


Bila lihat muka di cermin yang ada ‘blackhead‘, tentu seorang wanita itu rungsing. Tentunya mereka inginkan kulit yang licin dan mulus.

Apa itu bintik hitam?


Bintik hitam adalah jerawat yang tidak mempunyai kulit di atasnya. Disebabkan ia tidak berkulit dan terdedah kepada udara, lapisan atas teroksida dan bertukar kepada warna gelap.Selalunya ada di kawasan hidung dan muka. Terdapat 5 cara semulajadi untuk menghilangkan bintik hitam tersebut:

1. Jadikan Pengelupasan (Exfoliation) dan Pelelesan Mikro (Microdermabrasion) Sebahagian Daripada Tabiat Mingguan Anda


Terdapat banyak benda yang anda boleh gunakan untuk mengelupas dan menghilangkan bintik hitam yang terdapat di dalam kabinet rumah anda sekarang. Kegemaran saya ialah:

Terutamanya untuk kulit berminyak dan untuk menghilangkan bintik hitam. Buah pala membantu menghilangkan minyak, memberikan kuasa sentalan, dan meninggalkan kulit yang sangat licin. Asid laktik di dalam susu pula membantu memecahkan sel-sel kulit supaya ia hilang apabila anda membilas muka anda.

2. Melakukan Tepukan Madu


Madu yang anda gunakan haruslah benar-benar melekit untuk menjadikannya berkesan. Tuangkan sedikit madu di tangan anda dan tepuk bahagian muka yang berbintik hitam untuk menghilangkannya. Madu tersebut akan melekit pada liang anda dan angkat tangan anda bagi menghilangkan bintik hitam.

Ia juga menawarkan sokongan antibakteria dan antioksida, saki-baki madu tersebut akan tertinggal di dalam liang dan tidak akan teroksida (dan bertukar hitam) secepatnya. Terus lakukannya selama 3 minit dan bilas muka anda dengan air.

3. Guna Putih Telur untuk Menanggalkan Kotoran Berminyak


Bermula dengan muka yang bersih, ratakan putih telur menggunakan jari atau berus. Mula dengan satu lapisan nipis dan biar ia kering sebentar. Kemudian sapukan lapisan kedua di atas dan biarkannya kering sepenuhnya.

Biarkan topeng ini kering selama 15 minit. Muka anda akan berasa tegang dan akhiriny dengan menyapu putih telur tersebut dengan kain basah yang suam sepenuhnya.

4. Gunakan Topeng Tanah Liat Kosmetik untuk Menyerap Minyak


Secara asasnya, campurkan 1 sudu tanah liat dengan 1 sudu cuka sider epal (atau air tulen) dan kacau sehingga anda mempunyai campuran yang tidak berketul. Ratakan di seluruh muka anda, atau di kawasan yang mempunyai bintik hitam. Biar untuk kering selama 15-20 minit. Ambil kain basah suam untuk menekan topeng selama beberapa saat, kemudian dengan perlahan-lahan sapukannya.

5. Jika Kesemuanya Gagal, Gunakan Berus Gigi Bersih


Jangan guna kaedah ini melainkan cara lain di atas gagal.

Gunakan berus bulu lembut, tuangkan sedikit jus limau pada berus gigi, dengan satu atau dua titik minyak seperti jojoba, tamanu atau semambu. Dengan perlahan sental kawasan berbintik dengan kepala berus gigi tersebut. Anda boleh bilas dengan air dan tuangkan limau dan minyak jika perlu.

5 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

$
0
0



Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi


Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. Minum air masak


Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. Guna air beras


Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis


Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya


Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. Guna biji tomato


Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

Akhir kata


Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup. Sampai di sini sahaja tips dan cara memutihkan kulit dari kami.

Selamat mencuba!

7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi

$
0
0


Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi. Mudah & Cepat!


Selepas mandi, cuba lihat diri sendiri di depan cermin. Suka atau tidak? Lebih-lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin, tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri sendiri.

Ramai di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes.

Tidak dinafikan terdapat banyak cara dan tips untuk menguruskan badan dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi dan menggeleber. Perut menggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?

Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi. Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.

1. Minum air limau


Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan. Utusan Malaysia ada laporannya.

2. Minum teh halia


Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.

3. Makan ikan salmon


Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.

Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.

4. Kurangkan pengambilan gula


Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes.

Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

5. Tidur secukupnya sekurang-kuranya 6-8 jam sehari


Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.

Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.

6. Tingkatkan metabolisme


Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?

Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.

Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.

Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.

Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.

7. Guna 30 Day Ab Challenge mobile app


Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama.

Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!

Harapan kami


Diharapkan ada di antara cara-cara di atas dapat membantu anda untuk kempiskan perut secara semulajadi dan hidup sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Jangan mudah give-up jika mahu kuruskan badan.

Selamat mencuba!

6 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat

$
0
0


Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Cepat Dan Mudah


Bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah jerawat, anda mungkin telah berjaya mengatasinya. Tahniah kepada anda!.

Tunggu dulu, jangan terlalu gembira.  Anda mungkin berdepan lagi satu masalah yang besar, iaitu bagaimana untuk menghilangkan bekas jerawat tersebut. Ada yang berparut dan ada juga yang berlubang pada bekas jerawat tersebut. Bahasa jahatnya, “Muka macam permukaan bulan”.

Berikut terdapat beberapa cara menghilangkan bekas jerawat bagi mengembalikan seri pada wajah anda.

1. Guna krim rawatan


Pertama sekali, dengan menggunakan krim rawatan yang kebiasaannya mengandungi gabungan glikolik dan asid salisilik. Anda hanya perlu meratakan krim di bahagian bekas jerawat tersebut dan biarkannya. Ia adalah cara yang amat popular dan anda boleh dapatkan krim tersebut di mana-mana farmasi yang berdekatan pada harga yang amat berpatutan.

Kami tidak dapat cadangkan jenama yang sesuai, kerana tidak semua orang mempunyai kulit yang sama. Cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan krim adalah yang paling mudah. Boleh cari di mana-mana farmasi yang berdekatan. Jika berjumpa doktor pakar kulit, itu lebih baik kerana beliau akan memberikan krim yang sesuai untuk kulit kita.

2. Gunakan serum


Anda juga boleh menggunakan serum yang dapat menghilangkan bekas jerawat dengan lebih pantas dan lebih berkesan, tetapi ianya lebih mahal berbanding menggunakan krim. Anda hanya menyapu serum tersebit ke seluruh muka dan bukan hanya di tempat yang bermasalah sebanyak dua kali sehari.

Dalam masa empat minggu, kulit muka anda akan kembali ke tona asal dan bekas jerawat tersebut tidak lagi kelihatan.

Harus diingatkan sekali lagi, cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan serum bakal menelan belanja yang banyak. Ia boleh digunakan sebagai pilihan jika ada duit simpanan lebih. Tambahan lagi, serum juga dikatakan boleh digunakan sebagai agen anti-penuaan. Berani ambil suntikan serum?

3. Guna topeng muka


Cara ketiga untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan topeng muka yang biasanya telah direndam dengan cecair yang dapat membantu menghilangkan bekas jerawat di muka. Cuma perlu memakai topeng tersebut selama sepuluh minit, tanggalkannya dan urut muka anda dengan lebihan cecair tersebut. Kulit muka akan terus kelihatan berseri selepas melakukannya. Jika diamalkan setiap hari, perbezaan ketara dapat dilihat dalam beberapa minggu. Walaupun nampak mudah, cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan topeng muka sangat leceh. Kalau rajin, apa salahnya!

4. Guna toner


Toner kulit juga sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan sel-sel kulit yang rosak terutamanya bekas jerawat. Jika digunakan setiap hari, bekas-bekas jerawat bakal hilang dalam masa 1 atau 2 minggu sahaja.

Malah, ia juga boleh berfungsi sebagai rawatan jerawat-jerawat sedia ada di muka anda. Oleh itu anda dapat menjimatkan duit serta hanya menggunakan satu cara untuk atasi kedua-dua masalah jerawat dan bekas jerawat di muka.

Jerawat hilang, bekas jerawat pun hilang. Menarik bukan?

5. Guna rawatan tiga-langkah (krim pembersih, gel pemutih, krim pelembap)


Seterusnya anda boleh amalkan rawatan tiga-langkah terutamanya untuk bekas jerawat yang amat degil dan susah untuk hilang. Langkah pertama adalah dengan menggunakan krim pembersih diikuti dengan gel pemutih dan diakhiri dengan krim pelembap.

Secara bersendirian ketiga-tiganya tidak berkesan tetapi jika digunakan bersama-sama, akan membantu satu sama lain dengan menghilangkan bekas jerawat di samping mengandungi asid yang boleh mengelupas lapisan bermasalah dan akhir sekali memutihkan kulit.

6. Langkah terakhir – cuba rawatan laser dan filling


Jika anda telah amalkan pelbagai cara seperti di atas dan masih berdepan dengan bekas jerawat yang amat susah untuk ditanggalkan, sudah tiba masanya anda melakukan rawatan laser dan pengisian (filling).

Laser ablatif akan menjadikan bekas jerawat anda menjadi wap, dan membenarkan kulit baru yang lebih licin mengambil alih tempatnya. Laser tanpa ablatif dapat membantu untuk mengaktifkan pengeluaran kolagen tanpa merosakkan permukaan kulit muka anda.

Manakala suntikan pengisian (filling) akan bantu mengisi bahagian yang ditinggalkan oleh parut-parut bekas jerawat yang dalam. Rawatan ini akan menelan belanja yang tinggi berbanding rawatan yang lain. Ini cara menghilangkan bekas jerawat yang paling efektif.

Harus diingat


Bergantung kepada tahap keseriusan bekas jerawat dan juga kemampuan kewangan anda, terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan bekas jerawat seperti di atas dan tidak terdapat sesuatu rawatan yang berkesan untuk semua orang. Lain orang, lain cara menghilangkan bekas jerawat yang diamalkan.

Jika tidak selesa dengan cara diatas yang mungkin agak ekstrem, boleh cuba hilangkan parut jerawat cara tradisional. Semuanya menggunakan bahan semulajadi dengan nasihat dan petua orang lama.

Selamat mencuba!

Penyebab Keputihan Pada Wanita Dan Cara Mengatasinya

$
0
0


Penyebab Keputihan Pada Wanita Dan Cara Mengatasinya


Pernahkah faraj terasa gatal yang teruk? Mungkin juga lendir yang berbau? Kemungkinan besar ialah anda mengalami keputihan. Keputihan tidak mengenal usia dan status perkahwinan. Walaupun ramai mengadu mengalami keputihan ketika hamil, ramai juga wanita muda yang dijangkiti penyakit ini. Keputihan yang berlebihan bakal mengundang banyak masalah.

Topik kita pada hari ini adalah berkenaan keputihan dan penyebab keputihan itu berlaku. Tetapi sebelum itu, kita harus ketahui cara untuk membezakan apa yang normal dengan yang bermasalah.

Keadaan normal


Pada kebiasaannya, lendir faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang berlendir dan tidak berbeku adalah normal, tetapi apabila ia mula berbau hanyir, berbeku, terdapat keradangan atau kegatalan menandakan keputihan yang bermasalah.

Faktor utama penyebab keputihan berlaku adalah disebabkan bakteria yang berlebihan yang terdapat di dalam faraj. Pertumbuhan bakteria tersebut dikawal dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk tahap keasidan (pH) dan hormon-hormon. Sebarang perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan jangkitan atau pertumbuhan pesat bakteria normal yang menyebabkan keputihan.

Penyebab keputihan


Antara penyebab keputihan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

  •     Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
  •     Pengambilan antibiotik atau steroid
  •     Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
  •     Pil perancang keluarga
  •     Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
  •     Diabetes
  •     Sabun wangi, losyen atau mandian buih
  •     Penyakit radang pelvik
  •     Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
  •     Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
  •     Jangkitan kulat

Ikut nasihat doktor


Seterusnya, anda perlu dapatkan nasihat doktor bagi mengenalpasti apakah punca sebenar penyebab keputihan tersebut dan apakah rawatan susulan bagi mengatasinya. Doktor anda akan bertanyakan pelbagai soalan untuk mengenalpasti penyebab keputihan termasuk soalan tentang pengambilan antibiotik, simptom-simptom menopaus, simptom-simptom diabetes atau sebarang perubahan di dalam tahap kesihatan atau gaya hidup anda.

Kemudian doktor tersebut akan melakukan pemeriksaan pelvik dengan menggunakan alat yang dipanggil speculum. Semasa pemeriksaan pelvik ini, sampel keputihan akan diambil untuk ujian. Dengan melihat sampel tersebut di bawah mikroskop, doktor akan dapat mengenalpasti penyebab keputihan tersebut dan mengesyorkan rawatan yang sesuai.

Rawatan keputihan di klinik dan hospital


Bagaimanakah cara mengatasi keputihan? Biasanya, setelah sudah dikenalpasti, jenis rawatan akan berbeza bergantung kepada diagnosis doktor mengenai penyebab keputihan itu tadi. Jika ianya adalah jangkitan, kebiasaannya ia akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Samada memakan antibiotik atau menggunakan antibiotik di dalam bentuk krim atau gel.

Jika doktor mengesyaki anda dijangkiti bakteria, doktor mungkin memberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil metronidazole. Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya. Ingat, jangan dapatkan rawatan sesuka hati tanpa merujuk pada yang pakar. Sebagai alternatif, untuk bacaan sahaja, dapatkan maklumat di hujung jari di portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat tanpa preskripsi


Jika anda mempunyai jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi. Jika masih tidak dapat lihat sebarang perubahan, doktor boleh menukar rawatan berdasarkan pemeriksaan terkini.

Perubahan hormon


Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus. Jika anda sedang mengambil pil perancang kehamilan, ia dapat diatasi dengan menggunakan dos yang lebih kuat untuk mengatasi keputihan. Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.

Sekarang anda telah ketahui penyebab keputihan, bagaimana untuk mengenalpasinya dan rawatan yang sepatutnya. Diharapkan ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk hidup lebih sihat.

10 Tips Malam Pertama Pengantin Baru

$
0
0


Tips Malam Pertama Pengantin Baru, Lepas Sah Jadi Suami Isteri


Alangkah indahnya perkahwinan itu bukan? Setelah kita lalui segala cabaran sewaktu menempuh alam percintaan dan tibalah masa dan saatnya untuk mengambil selangkah lagi ke hadapan iaitu menyatukan dua orang dengan satu ikatan yang sah yang dipanggil perkahwinan. Siapa yang lebih rasa berdebar, wanita atau lelaki?

Malam pertama bersama pasangan pilihan anda sudah pastinya dilihat sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan, tetapi tidak kurang juga yang berdebar-debar untuk mengharunginya. Selepas berbulan persiapan dilakukan untuk memastikan majlis persandingan berjalan lancar, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Berikut adalah beberapa tips malam pertama untuk pengantin baru. Sudah halal, buat apa malu-malu?

1. Rehat secukupnya


Tips malam pertama yang pertama ini sangat penting. Sila baca betul-betul.

Secara tradisi, majlis akad nikah akan berlangsung terlebih dahulu dan disusuli dengan majlis persandingan pada hari yang sama atau keesokan harinya. Semasa majlis persandingan tersebut, sudah pasti anda berasa penat melayan tetamu yang hadir dan juga sesi bergambar dengan anda.

Oleh itu, pastikan anda masih bertenaga dengan berehat secukupnya beberapa hari sebelum majlis akad nikah dan persandingan tersebut.

2. Segarkan diri


Tips malam pertama yang kedua pula perlu dilakukan setelah berehat sebentar.

Selepas mendapat rehat yang mencukupi, dan menghabiskan hampir keseluruhan hari melayan sanak-saudara dan sahabat handai yang datang dari dekat dan jauh, seeloknya anda mandi terlebih dahulu sebelum memasuki kamar tidur.

Selepas mandi, anda akan berasa lebih segar dan kenakan sedikit bau-bauan wangi supaya dapat menarik perhatian pasangan anda dan secara halusnya memberitahu kepadanya yang anda telah pun bersedia.

3. Serlahkan rasa gembira, syukur dan terima kasih


Jangan abaikan tips malam pertama yang ketiga ini. Usah terus terjah pasangan dengan rakus.

Mulakan dengan perlahan-lahan dan kalau boleh bercerita dengan pasangan anda tentang betapa gembiranya anda dengan kelancaran majlis tersebut dan betapa seronoknya dapat berjumpa dengan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu.

Suarakan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada Allah kerana telah disatukan.

4. Peluk pasangan dengan mesra


Kemudian peluklah dengan mesra dan berikan beberapa ciuman tetapi janganlah terlalu gelojoh. Anda tidak mahu pasangan anda tewas cepat bukan? Sambil-sambil itu, ucaplah kata-kata sayang dengan lemah lembut supaya dapat membangkitkan suasana. Barulah anda bersedia untuk peringkat seterusnya.

5. Lembut dan rentak perlahan


Mulalah dengan perlahan-lahan agar anda dan pasangan anda tidak berasa sakit. Jika terasa sebarang kesakitan, beritahu pasangan anda dan perlahankan langkah. Berikan kata-kata motivasi untuk merangsang pasangan anda dan teruskan bersentuhan dan cumbuan. Setelah fasa kesakitan tersebut berlalu, bermulalah fasa nikmat.

6. Lajukan rentak


Sewaktu ia sedang berlaku, anda mungkin berasa sesak nafas dan tidak dapat untuk berfikir dengan logik kerana sedang menikmati saat tersebut. Cari rentak yang anda dan pasangan anda selesa dan teruskan sehingga anda serasi bersama.

Anggaplah ia seperti anda sedang menari dan masing-masing ada peranan yang perlu dilakukan supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

7. Fasa klimaks


Lambat laun, anda dan pasangan anda akan ketemu klimaks dan perasaan yang hadir tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Ia adalah perasaan yang sangat indah dan anda berasa seolah-olah berada di awang-awangan dan tidak mahu ia berakhir.

8. Peluk dan kucup setelah bersetubuh


Selepas berakhirnya pertarungan yang hebat tadi, peluklah pasangan anda dengan erat dan ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama pada malam pertama ini.

Ini adalah tips malam pertama yang selalunya diabaikan oleh pasangan yang sudah lama berkahwin. Untuk pengantin baru, amalkan peluk dan kucup pasangan. Bukan pada awal perkahwinan sahaja, jadikan ia tabiat setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin.

9. Sambung pusingan kedua (second round)


Jika anda dan pasangan anda larat, barangkali anda boleh beradu lagi sekali setelah masing-masing mendapat kekuatan? Pastikan anda berehat seketika dan jika anda dan pasangan sudah tidak larat, adalah lebih baik anda tidak meneruskan di atas faktor kesihatan.

10. Solat Subuh bersama


Ini tips malam pertama yang jarang dikongsikan. Pasangan mesti bangun awal pagi dan mandi wajib. Usah risau, semua orang di dalam rumah mertua faham keadaan pengantin baru yang bergegas ke bilik mandi. Tidak perlu malu-malu.

Selesai mandi wajib, solat berjemaah bersama-sama dalam bilik pengantin. Namun, lebih afdal jika suami berjemaah Subuh di masjid berdekatan.

Akhir kata


Jadikan tips malam pertama ini sebagai panduan sahaja dan diharapakan anda dapat mencipta sebuah kenangan terindah pada malam pertama ini di dalam melayari bahtera sebagai sepasang suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain.

Firman Allah;

‘Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.’

(Yaasin: 36)

Jangan ingat perkahwinan hanya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak falsafah perkahwinan yang perlu kita pelajari.

Selamat melayari bahtera perkahwinan yang baru!

5 Cara Menurunkan Berat Badan Secara Konsisten

$
0
0


Cara Menurunkan Berat Badan Secara Konsisten


Selalu kita dengar, ada orang yang dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Katanya, boleh sampai 10kg dalam masa seminggu? Benar atau mengarut?

Fikirkan begini, lebih cepat untuk turun, lebih cepat naik. Bukankah teorinya begitu? Benar. Jawapannya, lebih baik turun sedikit demi sedikit, tetapi konsisten. Orang kata, kena selalu istiqamah.

Mengikut statistik, penduduk Malaysia adalah di kalangan yang paling ramai mempunyai masalah berat badan. Ada yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan; ada yang berjaya tetapi lebih ramai yang telah gagal.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menurunkan berat badan, yang langsung tidak menggunakan apa-apa produk.

1. Jauhi makanan segera


Ini cara menurunkan berat badan yang paling penting sekali. Pertama sekali, kurangkan makan makanan ringan (fast food) atau junk food. Disebabkan terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk masak, kita sering makan luar di restoran. Kualiti makanan yang rendah adalah faktor utama ramai di antara kita yang mempunyai berat berlebihan.

Oleh itu, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah hentikan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera yang sudah tentunya menghidangkan makanan yang tidak sihat.

2. Kurangkan gula


Kedua, cara menurunkan berat badan yang amat penting ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. kurangkan makanan dan minuman bergula. Pengambilan gula yang berlebihan turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Mulai hari ini, usah tambah gula atau susu ke dalam minuman.

Jika sebelum ini anda sering membancuh air teh susu, apa kata anda amalkan meminum teh o atau campur sedikit limau supaya ia jadi teh o limau. Limau memang dikenali sebagai ‘pemotong lemak’ dan seringkali diminum selepas makan bagi mengurangkan lemak.

3. Pastikan bersarapan pagi


Ketiga, cara menurunkan berat badan secara konsisten ialah amalkan mengambil sarapan pagi yang berat. Namun, perlu mengikut kalori yang betul. Mengikut kajian pakar, sarapan adalah waktu kita sepatutnya makan dengan kuantiti paling banyak, diikuti makanan tengahari yang sederhana dan makan malam yang sedikit sahaja.

Anda boleh mula dengan memakan roti atau bijirin sebagai sarapan anda supaya perut anda akan penuh dan membuat anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu tengah hari. Tidak salah untuk memakan nasi pada waktu tengah hari asalkan pada malam hari, anda makan sedikit sahaja, seperti beberapa potong buah supaya anda boleh tidur dengan perut yang terisi.

4. Pastikan selalu bersenam


Cara menurunkan berat badan yang seterusnya ialah dengan melakukan aktiviti fizikal. Selain jaga kalori, bersenam adalah salah satu cara menurunkan berat badan dan terbukti berkesan. Setelah anda jaga tahap pemakanan anda, tiba masanya untuk menurunkan berat badan dengan lebih konsisten. Mula dengan bersenam ringan seperti jogging di waktu pagi atau pergi ke gym seminggu tiga kali untuk mengangkat berat dan membina otot anda. Otot yang terbina dapat membakar lemak secara pasif, walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti sekalipun.

Jika anda seorang yang suka menonton televisyen, selain dari hanya duduk sahaja dan menonton rancangan kegemaran anda; apa kata anda baring dan lakukan sedikit senaman untuk beberapa minit sehingga berpeluh. Disebabkan anda sedang ‘berehat’, anda tidak rasa seperti anda sedang memaksa badan anda untuk bekerja.

5. Cari partner


Cara menurukan berat badan yang terakhir ini adalah yang sangat penting. Selain bersenam dan jaga makan, ini cara menurunkan berat badan yang paling penting. Akhir sekali, pastikan anda mempunyai rakan yang mempunyai impian yang sama dengan anda iaitu bersama-sama berazam untuk menurunkan berat badan.

Dengan ada rakan baik ini, masing-masing akan saling membantu bagi mencapai cita-cita dan sekiranya salah seorang dari anda berasa tidak bermaya, pastikan anda berikan kata-kata perangsang bagi membakar semangat kembali dan kembali ke landasan yang betul.

Akhir kata


Apa pun cara untuk menurunkan berat badan yang anda gunakan, hanya anda sendiri yang boleh pastikan anda sampai ke matlamat anda. Kementerian Kesihatan juga banyak beri informasi tentang pengurusan berat badan, seperti pengiraan BMI.

Anda boleh gunakan sistem ganjaran kepada diri anda sendiri yakni, setiap kali anda capai sasaran anda; manjakan diri sendiri dengan membeli hadiah bagi memastikan anda sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi. Yang paling penting, pastikan anda mengikut cara diet yang betul. Barulah dapat turunkan berat badan.

Semoga berjaya!

10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol

$
0
0



Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol. Rawatan Semulajadi!


Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit kepala ialah:

  •     Tekanan (tension headache).
  •     Kemurungan
  •     Migrain (pengecutan salur darah)
  •     Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  •     Sakit gigi dan tulang rahang.
  •     Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  •     Kejang otot.
  •     Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  •     Angin Ahmar
  •     Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  •     Tekanan Darah Tinggi
  •     Pengambilan dadah dan racun

Adalah tanda-tanda diatas sama dengan apa yang pernah anda rasa?Ingin tahu cara hilangkan sakit kepala? Berikut disenaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat seperti Paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit.

1. Guna limau kasturi


Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Urut dengan minyak panas


Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga.

Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!

3. Guna pek ais


Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

4. Jauhi MSG


Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”.

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.

Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus. Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masah di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya!

5. Rehatkan diri


Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu.

Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.

6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar)


Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.

Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

7. Minum air elektrolit


Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

8. Letak kain basah di dahi


Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

9. Rendam kaki dalam bekas air panas


Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!

10. Rawatan akupuntur


Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan.

Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. Kami percaya, cara hilangkan sakit kepala guna teknik akupuntur sangat berkesan. Belum cuba, belum tahu!
Tambahan lagi

Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari.  Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.

Air juga dapat membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan. Boleh juga cuba cara menghilangkan migrain dengan menggunakan lemon.

Segera jumpa doktor


Jika anda sedang mengalami sakit kepala, anda boleh cuba mana-mana cara untuk hilangkan sakit kepala seperti di atas ini agar sakit kepala tersebut hilang. Cara hilangkan sakit kepala di atas cuma cadangan sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku jika anda mengikuti petua ini.

Jika sakit kepala tersebut terlalu berat, anda boleh mengambil ubat tahan sakit sebagai cara untuk hilangkan sakit kepada. Ia boleh didapati di farmasi berhampiran anda dan murah serta berkesan untuk memberikan kelegaan dengan cepat. Cuma elakkan daripada menjadi terlalu bergantung kepadanya yang akan membuatkan ubat tahan sakit menjadi tidak berkesan dalam jangka masa yang panjang.

Cara hilangkan sakit kepala yang terbaik ialah berjumpa doktor dan dapatkan konsultasi yang bertauliah. Jika sakit kepala yang terlalu kerap dan terlampau teruk, lebih baik berjumpa doktor pakar.

3 Cara Menghilangkan Ketiak Hitam

$
0
0


Cara Menghilangkan Ketiak Hitam, Guna Petua Tradisional


Suka atau tidak, jika ketiak warna hitam, wanita biasanya akan rasa rendah diri. Walaupun ketiak itu berada di tempat yang sulit dan tidak boleh dilihat dengan mudah, hati tetap rasa tidak selesa.

Bagi yang sudah bersuami, pasti malu jika suami ternampak ketiak si isteri yang berwarna hitam. Bagaimanakah cara menghilangkan ketiak hitam ini?

1. Guna kapur sireh dan sebiji limau nipis


Ini petua menghilangkan ketiak hitam yang pertama. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring. Sapukan campuran tadi di kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu. Ulang selang sehari minggu berikutnya.

Bukan setakat yang hitam itu kurang, ketiak juga sudah tida berbau lagi. Boleh juga sapukan di leher dan celah paha. Pastikan kalau ada rasa pedih, luka atau melecet, berhenti serta-merta dan bilas dengan air.

2. Guna buah betik


Ini antara cara menghilangkan ketiak hitam yang diambil dari majalah Mingguan Wanita. Katanya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3. Guna sireh dan beras


Juga dari Mingguan Wanita. Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha.

Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Ketiak Hitam Ketika Mengandung


Bagaimana pula kalau ketiak hitam saat hamil? Adakah ini normal, ditambah lagi dengan rasa gatal dan berbau? Ada orang kata, kalau ketiak hitam, tandanya anak lelaki? Benarkah?

Mengikut pengalaman beberapa orang yang sudah mengandung beberapa kali, mereka biarkan sahaja. Ketiak hitam terjadi kerana perubahan hormon. Tidak ada petua khusus untuk menghilangkan ketiak hitam untuk ibu mengandung.

Walaupun nampak bagaikan ada jalur lipatan, tidak perlu buat apa-apa. Nanti, selepas bersalin, ketiak hitam akan hilang dengan sendiri. Biasanya, mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan selepas habis pantang. Sekali lagi diingatkan, tidak perlu risau kerana ia adalah normal. Juga, tidak perlu bazirkan beli sabun yang macam-macam ada dipasaran. Ia tidak akan hilang!

Malu? Tidak perlu. Doktor dan jururawat juga tidak hairan dengan ketiak anda yang hitam itu. Suami pula mesti positif, jangan jauhkan diri dari isteri semata-mata ketiak hitam!

Selamat mencuba!
Viewing all 265 articles
Browse latest View live