Quantcast
Channel: Produk Suami Isteri Yang Bahagia
Viewing all 265 articles
Browse latest View live

8 Cara Disiplin Anak Dalam Islam

$
0
0

Cara Disiplin Anak Dalam Islam, Tanpa Pukul Anak!


Sebagai ibu-bapa, kadang-kadang kita hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal.

Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya. Kami bukan pakar. Sekadar perkongsian peribadi kerana kami percaya cara disiplin anak bermula dari rumah sejak usia kecil lagi. Kali ini, mari kita berkongsi tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:


1. Elakkan perkataan ‘Jangan’


Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, jangan pukul adik!”.

Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?

Bukankah ibu-bapa itu adalah guru dan ‘role-model’ pada anak-anak?. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.

2. Elakkan pukul anak


Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.

3. Puji anak depan orang lain


Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

4. Pelajari ilmu ‘child development’ dan ‘parenting’


Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas ‘parenting’ jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.

5. Gunakan ‘Reward System’


Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611”.

6. Guna kaedah ‘Distraction’ untuk alihkan tumpuan anak


Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.

7. Ajarkan kaedah ‘Logical Consequences’


Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.

8. Guna teknik ‘Positive Discipline’


Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah” (Tengok! Kami pun asyik guna ‘jangan’. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.
Harapan kami

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.

Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Anak itu anugerah Allah, maka jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah dengan penuh kasih sayang dan cara Rasulullah. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.

Apa Petua Anak Demam Panas Di Rumah?

$
0
0

Apa Petua Anak Demam Panas Di Rumah? Cuba 7 Tips Mudah Ini.



Ingat bila saat akan kita demam panas waktu malam? Lebih-lebih lagi bila bayi demam panas. Sambil menggigil-gigil dan muntah atas katil. Menggelabah bukan? Makan pun kita tidak lalu, selagi anak tidak sembuh!

Zuriat yang lahir daripada darah daging kita merupakan sebuah anugerah yang terindah dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan memberi ganjaran yang cukup besar di dunia dan akhirat. Oleh hal yang demikian, ujian yang diberi oleh Allah dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan kesabaran yang tinggi dan usaha di samping berdoa kepada-Nya.

Mudah dijangkiti penyakit


Proses pembesaran bayi dan kanak-kanak, mereka akan mengalami gangguan kesihatan seperti demam. Anak kecil sering dan mudah dijangkiti bakteria yang akan menyebabkan demam. Peringkat umur antara 1 tahun- 2 tahun, mudah dijangkiti kuman kerana mereka dalam proses mengenali, ingin mencuba. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata mereka akan makan. Dalam peringkat ini juga, mereka masih menghisap jari.

Apabila tangan anak basah, kekotoran mudah melekat pada tangannya. Kesannya, anak akan mudah demam kerana dijangkiti kuman. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan? Mari kita lihat petua, tips anak demam dan cara yang mudah ini.

1.Sukat suhu badan anak


Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.

2.Tuam kepala dan badan anak


Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya.

Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. Mudah petua anak demam ini bukan? Namun, berapa ramai yang melakukannya zaman ini?

3. Guna daun bunga raya


Petua anak demam dari orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit.

Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.

4. Beri anak makan bubur


Pastikan perut anak tidak kosong. Jangan abaikan petua anak demam ini. Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.

Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.

5. Minum banyak air dan susu


Berikan anak air masak yang secukupnya. Ramai sudah tahu petua anak demam yang ini, tetapi selalu mengabaikannya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘Kool Fever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

6. Sentiasa berada di sisi anak


Petua anak demam yang seterusnya ialah sentiasa berada di sisi anak apabila dia memerlukan kita. Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya.

Apa yang dia mahukan jika masih tidak keterlaluan, segerakan beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak, sihat cepat sayang nanti kita pergi jalan, bersiar-siar, bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.

7. Berdoa pada Allah


Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah macam kita tidak percaya kekuasaanNya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga.

Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambanya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.

Doa demam panas


Terima kasih kepada idazuan yang sudi berkongsi doa demam panas. Berikut ialah screenshot yang diambil dari buku Indahnya Hidup Bersyariat, tulisan Ustaz Ismail Kamus.


Tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Dapatkan maklumat berbentuk risalah dari portal InfoSihat, Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di bawah.


Akhir kata


Tindakan awal dari ibu bapa dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Sawan terutamnya dapat kita elakkan jika semua langkah awal telah diambil. Jangan seperti perumpamaan Melayu, nasi sudah menjadi bubur, buat apa pun tak jadi. Walau bagaimanapun, semua tindakan harus disusuli dengan doa supaya lebih berkat dan segala urusan kita dapat dipermudahkan. Semua ibu-bapa ingin melihat anak-anak sihat dan sentiasa gembira. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka.

Seperkara lagi, jangan ambil ringan jika anak demam. Paling penting, jangan panik. Jika tidak tahu mahu buat apa, terus bawa berjumpa doktor. Jika berlaku pada waktu malam, terus bawa ke hospital.

5 Cara Suami Melayan Isteri

$
0
0

Cara Suami Melayan Isteri – Ramai Tahu, Tapi Jarang Buat!


Untuk suami-suami di luar sana, bukan wang ringgit yang isteri mahu. Anda tersilap jika memanjakan isteri dengan wang ringgit dan intan permata. Walaupun ia adalah satu ‘bonus‘, isteri sebenarnya menginginkan perkara lain.

Bagaimanakah cara suami melayan isteri, dengan perkara yang betul-betul isteri mahu? Jangan hanya mahukan isteri yang goda suami, suami juga perlu mainkan peranan. Cara suami melayan isteri perlu dengan penuh kelembutan.

Mari kita kupaskan berkenaan isu apa isteri mahu dari suami? Atau dalam Bahasa Inggerisnya, “What woman wants from their husband?”. Sebenarnya, ramai sudah tahu. Malah selalu mempraktikkannya pada awal perkahwinan. Samada buat-buat lupa atas sengaja malas mahu melayan isteri sebaiknya.

Bagaimana dengan sekarang?


Cara Suami Melayan Isteri


1. Selalu peluk dan cium


Andaikan anda sedang memcuci pinggan di sinki dapur. Apa perasaan seorang isteri jika suami memeluk ada dari belakang?

Tipu kalau anda kata tidak teruja. Pelukan spontan sebeginilah yang isteri cari. Bukan pelukan dan ciuman hanya di atas katil dan ranjang. Besar perbezaanya. Ini baru betul cara suami melayan isteri!

Pada suami-suami di luar sana, rajin-rajinlah cium isteri, hatta ketika menonton televisyen bersama anak-anak.

2. Beri perhatian pada perubahan kecil isteri


“Dengar, dengar, dengar”, “Listen, listen, listen”. Kenapa susah sangat suami nak luangkan masa dengar cakap isteri. Isteri tidak perlukan sebarang komen. Hanya dengar sahaja apa yang ingin diluahkan.

Acapkali suami memintas isteri yang sedang asyik dan bersungguh-sungguh bercerita tentang sesuatu perkara. Ini sangat menjengkelkan isteri. Bagi suami yang tidak faham kenapa isteri muncung, bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus dari John Gray.

Ketahui perubahan yang kecil pada isteri. Kena pandai baca dan lihat apa yang berbeza hari ini. Contohnya, bila isteri potong rambut, dia sebenarnya mahu suami puji. Bila rumah kemas, dia sebenarnya mahu suami luahkan dengan kata-kata yang rumah sudah tidak bersepah lagi.

Bila makan sedap, dia seronok jika suami tambah lagi. Mudah sebenarnya untuk ketahui cara suami melayan isteri, jika tahu apa yang isteri mahu.

3. Hargai isteri, atas pengorbanannya


Bila tiba hari-hari penting seperti ‘anniversary‘, hargailah isteri dengan memberikannya hadiah. Bukannya isteri mahukan yang mahal-mahal. Hadiah kurang RM10 yang dibeli dari ‘Memory Lane’, ‘Daiso’ atau ‘Hinode’ (sekadar menyebut beberapa kedai), isteri akan terima dengan senang hati. Kad ucapan pun sudah memadai.

Bukan harga barangan itu yang membuatkan isteri gembira, tapi nilai penghargaan oleh suami pada isteri yang tiada tandingan. Jika suami mahu berikan emas, intan, permata atau telefon bimbit baru, apa salahnya? Isteri terima sahaja dengan hati terbuka.

4. Berikan nafkah batin yang secukupnya


Jangan ingat nafkah batin itu cuma atas katil sahaja. Bukan juga perkara yang dimomokkan untuk malam pertama. Ia sebenarnya lebih daripada itu.

Tugas suami ialah memberi perlindungan pada isteri. Bukan pada saat isteri memerlukan sahaja, tetapi pada setiap masa dan ketika. Isteri akan terasa lebih disayangi apabila dilindungi.

Selain dari perlindungan, isteri juga mahukan bimbingan dari suami. Bukan dengan cara menyindir, tapi dengan menasihati isteri dalam konteks Islam yang sebenar.

Ingat, bimbingan ini adalah salah satu ‘nafkah batin‘ yang sering disalah tafsir oleh ramai orang. Nafkah batin, bukan sekadar nafkah di tempat tidur. Kami ulang sekali lagi.

Nafkah batin juga termasuk apabila suami mengajarkan isteri dan menyemak bacaan Al-Quran, suami bercerita tentang kuliah di masjid dan bermacam-macam lagi.

Apabila saling nasihat-menasihati, rumah tangga harmoni.

5. Ajak isteri bercuti


Bukannya percutian ‘exotic‘ yang isteri mahukan. Bukannya mahukan percutian mewah di London, Paris atau New York. Destinasi tempatan seperti Langkawi dan Kota Kinabalu pun sudah cukup. Bandung pun boleh juga. Dengan tiket kapal terbang yang semakin murah dari Air Asia dan Malaysia Airlines, pelbagai destinasi dapat dilawati dengan penerbangan yang sekadar mengambil masa kurang 3 jam.

Untuk suami yang tidak mempunyai bajet besar, isteri tidak kisah jika suami bawa ke ‘picnic‘ sama-sama satu keluarga. Lokasi seperti Port Dickson dan Ulu Bendul (sekadar menyebut beberapa lokasi) pun sudah cukup. Isteri hanya mahukan masa suami, bukannya kemewahan dengan tidur di hotel 5 bintang.

Itu bukan bermakna isteri tidak mahu menaiki kapal terbang. Jika ada bajet lebih, apa salahnya bawa isteri dan anak-anak naik Air Asia atau Malaysia Airlines? Sekali-sekala sahaja, bukannya selalu.

Kalau tak dapat bawa pergi pulau yang cantik-cantik, bawa ke tempat menarik di serata Malaysia juga sudah cukup.

Akhir kata


Banyak perkara yang berlegar-legar di kepala isteri. Ada kalanya, dia malu untuk beritahu suami. Suami kena pandai menafsirkan apa sebenarnya yang isteri mahu. Jika layanan yang baik diberikan pada isteri, sudah tentu dia akan jaga suami dengan sebaiknya.

Kalau rasa ilmu masih belum cukup di dada, boleh rujuk Panduan Munakahat dari JAKIM. Macam-macam ilmu boleh kita pelajari. Jika ada masa terluang, rajin-rajinkanlah diri untuk menyertai kuliah di masjid-masjid berdekatan.

4 Sebab Mengapa Semua Wanita Dan Isteri Suka Dipeluk Suami

$
0
0

Sebab Mengapa Semua Wanita Dan Isteri Suka Dipeluk Suami


Apabila suami buat tidak-tahu pada isteri, pasti isteri akan merajuk. Kadang-kadang, suami tidak faham kenapa isteri merajuk. Pada isteri, pelukan itu suatu yang cukup penting. Mari kita bincangkan, kenapa sebenarnya isteri suka dipeluk suami?. Apa kesan pelukan hangat suami isteri dari sudut psikologi pula?


1. Mahu rasa disayangi


Wanita mahu tahu yang dirinya disayangi setiap masa. Bagaimana lelaki boleh menunjukkan yang dia sangat sayang pada wanita itu? Mudah sahaja, berikan pelukan. Namun, perlu pastikan yang pelukan itu ialah pelukan yang tidak bernafsu. Isteri akan lebih berterima-kasih dengan pelukan santai, bukan dengan pelukan ajakan ke atas katil. Apa salahnya sambil peluk, berikan pujian ikhlas pada isteri.

2. Melegakan fizikal dan emosi


Sentuhan yang berlaku semasa pelukan ialah sentuhan fizikal. Biasanya, sentuhan fizikal akan merangsang nafsu. Namun dalam hal ini, pelukan juga dapat melegakan emosi isteri itu sendiri. Isteri akan berasa lebih relaks disamping suami. Bayangkan seharian isteri membuat kerja-kerja rumah, tentunya pelukan spontan dari suami sedikit-sebanyak akan menghilangkan penat lelah. Dari segi psikologi, ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormon oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan lebih semangat dan lebih tenaga pada isteri.

3. Lambang kesetiaan


Pelukan bukan sahaja simbolik pada kasih sayang. Ia juga simbolik pada kesetiaan. Suami yang selalu memeluk isteri dikatakan lebih setia. Isteri tidak mahukan seorang suami yang suka mencari kegembiraan di luar. Biarlah isteri sahaja yang dapat memberi kebahagiaan pada suami, bukannya perempuan lain di luar sana.

4. Mahu rasa dihargai


Penghargaan yang diberi oleh suami dalam bentuk material seperti hadiah, tidak sama dengan pelukan. Rasa ‘appreciation’ itu tidak sama dan mempunyai perasaan yang berbeza. Nikmat pelukan itu sukar digambarkan oleh isteri.

Kesimpulannya, suami perlu memperbanyakkan memeluk isteri. Benda yang sudah halal, kenapa mesti malu? Mulakan dengan membelai rambutnya, main-main dengan helaian rambut isteri. Isteri suka diperlakukan sebegitu. Sentuh wajah isteri yang lembut itu sambil memandang tepat pada matanya. Sentuh wajah isteri sambil menggosok lembut lengannya. Kaitkan jari-jemari tangan dengan jari-jemari isteri. Gosok lembut punggungnya dengan bersahaja. Ingat, ketepikan nafsu buat seketika. Jangan jadikan ia alasan untuk atau tiket untuk mengajak isteri membuat hubungan intim. Isteri hanya mahu saat-saat santai.

Buat para isteri di luar sana, jangan menunggu suami memeluk anda. Suami selalunya kurang peka dengan kehendak isteri. Jika sudah lama tidak dipeluk suami, apa kata isteri juga memulakan langkah dengan memeluk suami selepas habis membaca artikel ini.

“Good Luck”

10 Sebab Pelukan Hangat Suami Isteri Itu Sangat Baik

$
0
0

Sebab Pelukan Hangat Suami Isteri Itu Sangat Baik (Dari Sudut Sains dan Psikologi)


Pelukan adalah satu terapi. Anak-anak suka dipeluk oleh ibu dan ayah mereka. Semasa kita kecil, tentu kita rasa dihargai apabila sering dipeluk cium oleh ibu bapa kita sendiri.

Apabila sudah berumahtangga, sungguh malang jika suami isteri tinggal serumah, tidur sekatil, tetapi tidak saling berpelukan. Kajian mendapati bahawa pelukan dan gurauan mesra dapat mengubati kegusaran, penyakit, rasa berserorangan, tekanan dan ‘anxiety’. Semesti ada sebab kenapa isteri suka dipeluk dan memeluk suami. Pelukan yang romantis, mesra dan hangat, rapat dari hati ke hati juga dapat memberikan kelebihan berikut:


1. Meningkat kepercayaan pada pasangan


Apabila saling berpelukan, suami isteri akan menjadi lebih terbuka. Tiada istilah tidak percaya. Tiada juga istilah menyimpan masalah bersendirian. Semuanya perlu dikongsi.

2. Menaikkan kadar hormon ‘oxytocin’


Oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta ini dirangsang, makan semakin bertambahlah kasih sayang. Apabila kadar hormon cinta ini tinggi, ia dikatakan dapat menghilangkan perasaan ‘lonely’, terpisah dan juga kemarahan.

3. Memanjangkan umur


Siapa yang tidak suka berpelukan? Berpegangan tangan dalam masa yang sama, sambil berbual mesra, mata bertentang mata, dapat meningkat kadar hormon ‘serotonin’.  Serotonin dengan kadar normal akan membangkitkan perasaan bahagia. Hormon ini juga akan menaikkan ‘mood’ seseorang. Apabila rasa bahagia, bukankah itu akan memanjangkan umur juga? Benar, hidup mati urusan Allah. Kita perlu berdoa akan sentiasa sejahtera dan dipanjangkan umur agar boleh terus beribadat pada-Nya.

4. Meningkatkan kadar imun tubuh


Apabila bersentuhan, ia akan mengaktifkan Solar Plexus Chakra. Dikatakan, ia akan merangsang ‘thymus gland’ yang akan mengawal keseimbangan produksi sel darah putih dalam badan. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan diri lebih sihat dan jauh dari penyakit. Kami bukan pakar dalam hal perubatan begini. Jika anda perlukan maklumat lanjut, boleh Google sahaja.

5. Meningkatkan rasa “self-esteem” atau harga diri


Jati diri atau harga diri? Pada kami, lebih kurang sama sahaja. Daripada kita dilahirkan, kita dipeluk sana sini. Ini menunjukkan kita disayangi. Hubungan antara harga diri dan pelukan ialah ia masih tersimpan dalam ‘nervous system’ kita sehingga meningkat dewasa. Pelukan yang kita terima daripada ibu dan ayah semasa membesar akan tersimpan dalam ‘cellular level’ selamanya. Secara tidak langsung, ia mengingatkan kita tentang perasaan kasih sayang dan menjadikan kita lebih percaya pada diri sendiri. Lebih mudah lagi, sudah tersemat dalam hati kita untuk menyayangi diri sendiri.

6. Melegakan otot


Benar, bila otot lega, hilang tekanan atau ‘stress’. Pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

7. Menstabilkan ‘nervous system’ atau sistem saraf


Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu ‘nervous system’?

Nervous System adalah satu proses yang pantas dan hanya untuk jangka masa yang sekejap. Sumber dari syaufiqmujahid mengatakan bahawa ia terbahagi kepada dua, Central Nervous System dan Peripheral Nervous System Central Nervous System, digerakkan oleh dua organ. Brain dan spinal cord. Kedua-dua organ ini dilindungi oleh tulang (skull-vertebral column) kerana ianya begitu sensitif. Sedikit rosak, boleh mendatangkan masalah.

Peripheral Nervous System, dibahagikan kepada dua. Somatic Nervous System dan Autonomic Nervous System. Somatic, mengandungi fungsi motor nerves dan sensory nerves. Somatic, mengawal setiap pergerakan yang dirancang (voluntary action) oleh badan kita. Seperti contoh, pergerakan tangan kita secara flexion atau extension. Ianya dilakukan dengan menggunakan keinginan kita sendiri.

Autonomic Nervous System, pula mengawal setiap pergerakan yang tak dijangka oleh sistem badan kita, atau kata lainnya bukan dengan keinginan kita sendiri (Involuntary Action). Pernah dengan tentang Nervous System Breakdown? Bayangkan, sistem saraf tidak berfungsi lagi. Mohon jauh dari terjadi sedemikian.

8. Mengajar erti memberi dan menerima


Pelukan memerlukan dua orang bukan. Cuba anda berseorangan, boleh peluk diri sendiri tak? Kalau boleh, kami bagi RM1,000. Ok, main-main sahaja.

Apabila berlakunya pelukan, satu pihak akan memberi, manakala satu pihak akan menerima. Ini menunjukkan ‘equal value’ antara keduanya. Maka apabila perasaan samarata itu dihargai oleh kedua-dua pihak, akan timbul rasa kasih sayang.

9. Meredakan kesedihan dan kedukaaan


Pelukan bukan hanya pada waktu gembira sahaja. Pelukan juga berlaku apabila kita bersedih. Kita memerlukan pelukan hangat dari seseorang. Dengan ini, emosi yang terbeban akan keluar pergi jauh-jauh secara automatik. Orang yang memberi dan menerima pelukan akan berasa kelegaan yang amat sangat.

10. Pengalihan tenaga positif


Ada orang peluk sambil marah-marah? Cuba buat sekali. Kalau tengah marah, selepas itu peluk, secara logik akal, ia akan mengalirkan emosi negatif iaitu amarah tersebut. Namun, tidak logik berpelukan semasa marah. Itu kita panggil ‘bertumbukan’.

Tiada orang berpelukan dengan emosi negatif. Jika negatif sekalipun, ia akan dineutralkan oleh elemen yang positif. Pelukan menggalakkan rasa ’empathy’ dan ‘understanding. Apabila sinergi ini berlaku, semua mendapat manfaatnya.

Kesimpulan


Suami perlu tahu, isteri memang suka dipeluk dan digomol. Lebih-lebih lagi pelukan ‘surprise’ dari belakang. Amalkan selalu, semoga bahagia rumah tangga!

7 Cara Menundukkan Suami

$
0
0

Cara Menundukkan Suami. Ikut Ilmu & Tips Berkesan Ini!


Pertama sekali, ini bukan ilmu hitam. Ini sekadar perkongsian ilmu yang ramai antara kita tidak ambil kisah.

Isteri atau pun seorang perempuan dari azalinya telah dianugerahkan mahkota yang sangat berharga.  Tetapi, ada sesetengah isteri yang tidak tahu akan menghargai mahkota itu dan tidak kreatif untuk menggunakannya dalam ‘menundukkan’ suami.  Malangnya, bila suami mula meliar matanya melihat gadis-gadis di luar sana yang susuk tubuhnya mengiurkan, seksi, cantik, isteri mula menggenggam jari jemarinya tanda geram dan mula mencebikkan muka yang sedia masam itu. Apa hukumnya suami melihat perempuan lain? Lebih baik tengok isteri sendiri bukan?

Ramai yang tidak mengaku, tetapi hakikatnya memang isteri tidak kreatif dan tidak pandai untuk mencuri perhatian suaminya.  Walau pun pada hakikatnya, kita sebagai isteri malas nak berhias bagai, nak suami terima diri seadanya, tapi sampai bila?  Sikap anda yang ambil sambil lewa terhadap penampilan diri akan merosakkan hidup anda kelak.  Jadi, walau sesibuk mana pun kita, walau semalas mana pun kita, menghias diri dan mencuri hati suami tugas utama bagi isteri.

Selainkan amalkan doa dan ayat-ayat untuk mengambil hati suami, jom kita cuba petua, cara dan tips  ‘tundukkan’ suami dengan menggunakan ‘Spot Area’ atau tubuh badan yang isteri yang sedia ada.


1. Pikat suami dengan rambut


Rambut merupakan mahkota wanita.  Bagi suami yang tidak pernah membelai rambut anda mungkin sebab rambut anda tiada tarikan baginya.  Jadi apa kata, anda memanjakan rambut anda dengan menyisirnya dengan kemas, memakai syampoo herba yang ada wangian yang boleh mendatangkan kenikmatan.  Bagi yang selalu mengikat rambutnya, cuba ketika bersama anda lepaskan rambut anda ke bahu suami, tapi pastikan rambut anda telah di shampoo terlibat dahulu, kalau tidak lain pula jadinya.  Pastikan ketika hendak tidur juga rambut anda masih berbau harum supaya suami terbawa-bawa dalam tidurnya dengan keharuman rambut anda.

2. Kulit yang mulus dan gebu


Kulit adalah satu anugerah kepada wanita. Permukaannya yang licin, lembut, gebu dan bersih serta mulus adalah menjadi dambaan setiap suami ingin menyentuhnya. Justeru, jaga kulit badan anda agar sentiasa bersih agar ia rasa selesa apabila disentuh suami.  Jika kulit anda mula kasar, manjakanlah kulit anda dengan memakai losyen atau pun skrub.  Bila suami tahu anda membuat semua itu untuknya, suami akan rasa bahagia dan ingin menyentuhnya.

3. Jelingan mata


Tuhan menganugerahkan mata yang bersinar kepada isteri. Tidak semestinya mata itu bulat, bundar, sepet atau kuyu. Mata sebenarnya boleh memuntahkan inspirasi cinta dan cerita. Pandangan mata juga boleh memberikan 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan. Suami boleh jadi ‘cair’ dengan pandangan isteri. Renungan isteri yang mendalam dan menggetarkan jiwa si suami boleh menyebabkan golongan Adam ini akan kehilangan ungkapan untuk ditafsirkan, bak kata, ”sayang, saya rasa seolah-olah melayang ketika melihat ke dalam matamu.”  Sesekali anda cuba menjeling manja ke arahnya, memberi isyarat dengan mata, pasti suami akan tergoda dan turut ‘perintah’ isteri.

4. Sekitar kawasan pusat isteri


Bayangkan bahagian di sekitar pusat anda juga sebenarnya menjadi satu tempat yang amat memberangsangkan suami. Cuma di sini tentulah perlu selalu dijaga kebersihannya dan pusat anda akan lebih indah sekiranya anda kekal ‘langsing’ dengan pinggang terbentuk.  Bersihkan bendasing yang memburukkan pusat anda kerana akan membuatkan suami hilang selera bila melihatnya.  Bersihkan kawasan pusat dengan ‘baby oil’ dan kapas telinga.  Jika perlu letakkan losyen di sekitar pusat supaya kulit di situ halus apabila disentuh.

5. Lentuk liuk tubuh atau ‘body language’


Ini bukan satu perkara yang dibuat-buat. Lentuk liuk tubuh isteri yang manja ketika bersama suami sebenarnya adalah satu daya penarik yang boleh menggoda si suami. Ini termasuklah cara kita melenggang ketika berjalan, potongan punggung, saiz belakang badan dan sebagainya. Bersyukurlah, tubuh kita sebagai isteri ada segalanya untuk menghangatkan bibit-bibit kemesraan bersama suami.  Jika sebelum ini anda rasa jalan liuk lentuk anda kasar seperti lelaki, cuba belajar untuk bersopan santun dan lemah lembut dalam setiap pergerakan dan tindakan anda.  Walau pun badan kita besar, anda masih boleh lentuk liukkan badan anda beserta dengan lirikan mata yang manja.

6. Payu dara


Ini bahagian yang paling utama dalam banyak bahagian.  Kalau tidak diterangkan pun semua orang tahu. Secara fizikalnya, tidak kiralah apa saiznya, sama ada kecil atau besar pihak suami pasti suka melihat di bahagian ini. Bukan sekadar melihat, suami juga sebenarnya suka menyentuhnya untuk berbuat apa sahaja kerana sebenarnya pada fikiran mereka, ini juga sesuatu yang menjadi hak ‘milik’ mereka.

Selepas putus susu bagi ibu yang melahirkan, payu dara anda akan kendur, jadi suami akan mula tegur kerana dia tidak ghairah lagi melihatnya, jadi apa yang perlu anda lakukan ialah memelihara payu dara anda dengan menyapu dengan ‘baby oil’ atau minyak kelapa dara.  Buat urutan menegangkan payu dara yang kendur.  Anda kena rajin dan berazam untuk mendapat payu dara yang cantik semula kerana ingin menarik semula perhatian suami anda.  Jadi bila di luar dia tidaklah tercuri-curi untuk lihat payu dara gadis di luar sana yang saiznya lebih besar dari anda.

7. Wangi-wangian atau ‘perfume’


Kebanyakan isteri hanya pakai ‘perfume’ tatkala mahu ke tempat kerja. Itu untuk siapa sebenarnya? Bila berada di rumah, hanya biasa-biasa sahaja. Keluarkan sedikit modal untuk beli minyak wangi yang boleh merangsang suami.

Selamat mencuba.

10 Cara Mengatasi Sifat Marah & Panas Baran

$
0
0

Cara Mengatasi Sifat Marah & Panas Baran. Kurangkan & Hilangkan!


Adakah anda rasa diri anda berada dalam sifat marah apabila mendapat seseorang memotong anda dalam trafic jam? Adakah tekanan darah meningkat dengan kerenah anak anda yang tidak mendengar kata?

Yang pasti orang yang panas baran mesti sering kali cepat berada dalam keadaan marah. Siapa sahaja boleh ‘naik angin’, tidak kira suami, isteri, malahan kanak-kanak sekalipun. Tanpa ilmu mengawal diri, sukar untuk menangani dan mengatasi sifat panas baran ini. Apatah lagi untuk menghilangkannya sam sekali. Sudah pasti mengambil masa yang agak lama untuk melatih diri sendiri.

Kemarahan adalah emosi normal bagi setiap individu. Yang penting bagaimana cara untuk menanganinya dengan cara yang positif. Kemarahan yang tidak terkawal boleh menganggu kesihatan dan hubungan anda. Jadi persoalannya bagaimana untuk mengawal kemarahan? Asalkan dapat kurangkan sedikit sifat panas baran, itu juga sudah cukup baik.

Mahu cuba kurangkan dan hilangkan panas baran? Ramai tahu, bukan mudah menanganinya. Mari kita cuba 10 cara mengatasi panas baran ini. Siap dengan doa!


1. Berikan masa  untuk diri sendiri


Mengira dari nombor 1 hingga 10. Jangan ingat hanya untuk kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, mengira 1-10 adalah untuk mencari ketenangan sebelum memberi rekasi pada sitiuasi yang menaikkan kemarahan anda. Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambil masa untuk berehat dari bertemu dengan orang dan situasi sehingga kekecewaan anda reda.

2. Setelah tenang, lepaskan kemarahan


Sebaik sahaja emosi sudah stabil dan boleh berfikir dengan waras, nyatakan kekecewaan atau kemarahan anda dengan tegas tetapi bukan konfrontasi. Ini lebih baik dengan menyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa menyakitkan orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

3. Lakukan senaman


Senaman boleh menghilangkan tekanan emosi. Melalui aktiviti fizikal ini secara tak langsung memberi jalan keluar untuk emosi kita, tertuama bila kira-kira dah nak meletup. Jika anda rasa kemarahan anda semakin menaik, elok untuk anda berjalan pantas atau berlari, atau meluangkan masa melakukan aktiviti fizikal kegemaran anda yang lain. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia dalam otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang daripada anda sebelum anda bekerja keluar.

4. Berfikir sebelum bercakap


Sebelum memulakan bicara, lebih baik berfikir dahulu. Dalam kemarahan seseorang boleh mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Jadi lebih baik berfikir sejenak kerana mungkin anda akan menyesal selepas mengeluarkan kata kata dalam keadaan marah. Ajak sekali mereka yang bersama anda dalam kemarahan untuk melakukan perkara yang sama.

5. Kenal pasti jalan penyelesaian


Daripada melayan segala benda yang boleh membuatkan anda bertambah marah,  lebih baik anda ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan hanya mungkin menjadi bertambah buruk. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya marah anda surut.

6. Kekalkan menggunakan perkataan “Saya”


Bagi mengelakkan anda terus mengkritik dan meletakkan kesalahan pada orang lain, gunakan perkataan “saya” untuk menerangkan masalah tersebut dengan terang. Sebagai contoh “Saya kesal awak meninggalkan meja tanpa menawarkan diri untuk membasuh pinggang mangkuk” selain berkata “Awak tidak pernah melalukan kerja rumah”…

7. Imbas saat-saat manis


Apabila sedang marah, bagaimana mahu mengingati perkara-perkara yang manis? Bertenang. Sebab itu ia perlukan latihan. Sesiapa yang dapat mengawal diri dengan mengimbas kembali perkara-perkara menarik dalam hidup, pasti akan melupakan hasrat untuk marah-marah. Buang tenaga sahaja bukan?

8. Jangan berdendam


Memaafkan orang lain adalah cara paling berkuasa. Jika anda membenarkan marah dan perasaan negatif menguasai perasaan positif, anda akan tenggelam dengan kepahitan anda sendiri.

Tetapi jika anda memaafkan seseorang yang menimbulkan kemarahan anda, anda mungkin belajar kedua-dua keadaan. Ia tidak realistik untuk mengharapkan semua orang untuk berkelakuan seperti yang anda mahu pada setiap masa.

9. Jumpa doktor, pakar kaunseling & pakar psikologi


Kebiasaannya, untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan boleh berjumpa dengan pakar kaunseling. Disitu anda boleh belajar beberapa perkara mengenai kemarahan dan akan di ajar cara untuk mengawal kemarahan. Dengan pertolongan pakar kaunseling seperti :

    Belajar mengenali marah
    Mengenal pasti punca anda marah
    Mengenal pasti tanda -tanda anda menjadi marah
    Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat
    Belajar lebih luas mengenai perasaan asas, seperti kesedihan atau kemurungan
    Perjumpaan dengan pakar kaunseling boleh dilakukan secara individual ataupun berkumpulan bersama pasangan atau keluarga yang lain.

10. Berdoa ketika marah


Doa ialah senjata yang paling kuat. Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Doa pertama:


اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Doa kedua (sebelum dan selepas tidur):


اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Gahib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tida Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.

Doa yang kedua ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Semoga kita semua dapat manangani dan mengatasi sifat marah ini.

7 Tips Ibu Bekerja Tanpa Pembantu

$
0
0

Tips Ibu Bekerja Tanpa Pembantu. Bukannya Susah Pun Urus Rumah Tangga!


Rumahtangga yang dibina bermula dengan kehidupan sepasang suami isteri. Ketika ini, segalanya masih teratur dan dalam kawalan. Namun, setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga dan selepas kehadiran cahayamata, segalanya berubah.

Tidak semua perkara dapat dilakukan mengikut perancangan dan kehendak anda. Semakin ramai penghuni di dalam rumah, semakin huru-hara si ibu untuk menguruskannya. Beruntunglah sekiranya si bapa rajin menghulurkan tangan membantu apa yang patut.


Tips ibu bekerja


Ibu perlulah bijak dalam menguruskan rumahtangga supaya segalanya berjalan lancar. Ikuti tips yang dicadangkan ini :

1. Menyiapkan bahan memasak terlebih dahulu


Ibu yang bekerja sudah tentu kebuntuan masa untuk memasak bukan? Tambahan pula apabila ada anak kecil. Cara yang boleh dipraktik adalah dengan menyiapkan bahan-bahan asas memasak pada hujung minggu.

Kisar bawang, cili, siang ikan, ayam, udang, sotong,dan potong sayur kemudian masukkan ke dalam bekas sebelum disimpan di dalam peti ais. Bahan basah yang hendak dibekukan diasingkan mengikut bahagian yang akan dimasak dalam sehari.

Jika anda membuat persiapan untuk 5 hari, maka akan ada 5 bungkusan/bekas. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan proses memasak malah akan memelihara kesegaran bahan basah tersebut.

2. Memasak dengan bahan yang memang sedia ada


Setelah semua bahan asas sudah tersedia, pasti anda boleh memasak dengan mudah dan cepat. Keluarkan bungkusan/bekas yang diperlukan sahaja untuk dinyahbekukan. Sementara menunggu bahan basah dinyahbeku, anda boleh memasak sayur yang sudah siap dipotong.

Proses nyahbeku juga boleh dipercepat dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Mudah bukan? Tidak perlu lagi mengambil masa untuk memotong dan menghiris bawang serta mengisar cili semasa memasak.

Hanya sediakan bahan tambahan seperti halia,rempah-ratus, kentang dan lain-lain yang diperlukan bergantung kepada lauk yang hendak dimasak.

3. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak, bukan selepas makan


Selepas memasak, periuk dan kuali perlu dicuci. Begitu juga dengan pinggan mangkuk yang digunakan selepas makan termasuk cawan dan sudu. Bilakah masa yang boleh diperuntukkan untuk mencuci peralatan dapur ini?

Sebagai cadangan, mencuci pinggan mangkuk boleh dilakukan semasa memasak. Semasa menunggu lauk yang ditumis atau direneh, ringankan tangan untuk mengosongkan sinki daripada peralatan dapur yang kotor. Ini akan dapat menjimatkan masa dan anda tidak perlu berada di dapur terlalu lama.

4. Membasuh dan menyidai pakaian selalu, bukan bila penuh longgokan baju


Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman sekarang kebanyakan rumah dilengkapi dengan mesin basuh, sama ada mesin basuh automatik mahupun separa automatik. Pastikan basuh pakaian bila bakul sudah penuh, jangan biarkan jadi seperti Gunung Everest.

Usah bertangguh kerana sekali bertangguh, semakin banyak baju yang dilonggokkan. Dengan adanya mesin basuh, kerja akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang kerana boleh membasuh pada bila-bila masa walaupun di malam hari.

Pakaian juga boleh disidai di dalam rumah ketika cuaca tidak menentu. Tidak seperti zaman dahulu, pakaian dibasuh pada waktu pagi dan disidai di kawasan yang terdapat cahaya matahari kerana ia diperlukan untuk mengeringkan pakaian.

5. Usah bertangguh melipat pakaian


Melipat pakaian merupakan kerja yang agak merunsingkan para ibu. Pakaian yang telah kering perlu dilipat dan disimpan di dalam almari atau laci. Ada juga yang menggantung pakaian yang sesuai untuk menjimatkan ruang dan masa.

Melipat pakaian boleh dilakukan pada masa terluang seperti semasa menonton televisyen atau semasa membantu anak-anak dalam pelajaran. Kerja melipat pakaian akan menjadi rumit sekiranya ditangguh. Oleh yang demikian, lipatlah pakaian setiap kali selepas pakaian yang kering diangkat agar anda tidak merasa tertekan apabila melihat pakaian yang banyak untuk dilipat.

6. Menggosok pakaian untuk stok seminggu


Satu lagi proses yang kebanyakan dari kita kurang gemar ialah menggosok pakaian. Menggosok pakaian merupakan satu kerja yang memerlukan perhatian dan tenaga. Menggosok pakaian untuk seisi keluarga bukan satu kerja yang mudah.

Pakaian untuk ke pejabat serta pakaian seragam sekolah anak-anak perlu digosok kemas. Salah satu cara yang dapat membantu ibu-ibu yang sibuk ialah dengan menggosok terus kesemua pakaian yang hendak dipakai untuk satu minggu. Lakukan kerja ini pada hujung minggu.

Peruntukkan beberapa jam untuk menggosok pakaian sahaja. Selain menjimatkan masa, anda juga dapat menjimatkan tenaga elektrik.

7. Mengemas rumah semasa orang lain sedang tidur


Siapa yang tidak menginginkan rumah yang bersih, kemas dan tersusun rapi. Alangkah senangnya jika ada pembantu rumah bukan? Tidak semestinya jika hanya ada pembantu rumah, rumah anda akan kelihatan kemas dan bersih. Benar, anda juga boleh melakukannya!.

Mengemas rumah sebaiknya dilakukan ketika ahli keluarga yang lain masih tidur atau tidak berada di rumah. Buatlah mengikut kemampuan dan masa lapang yang ada. Tidak perlulah menyental lantai sehingga berkilat.

Setidak-tidaknya pastikan barang-barang terletak di tempat yang sepatutnya dan kebersihan rumah terjaga. Latih anak-anak supaya mengemas peralatan sekolah serta permainan sendiri. Sang suami pula janganlah goyang kaki sahaja di rumah. Pantaulah sedikit kebersihan di rumah!.

Akhir kata


Tips yang disenaraikan ini sangat sesuai dipraktik oleh ibu-ibu yang bekerja. Akan tetapi, suri rumah juga boleh mencubanya. Walaupun tidak bekerja, suri rumah turut mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah saban hari.

Jadi, jangan fikir suri rumah dapat lebih banyak rehat pula. Sebenarnya mereka ini lebih banyak tugasnya dari ibu yang bekerja. Walaupun ibu yang sering melakukan kerja-kerja di rumah, namun harus diingat bahawa kerjasama antara ahli keluarga juga penting agar kesemuanya mendapat manfaat.

Sebagai contoh, suami membantu menjaga anak kecil supaya isteri dapat menyediakan makan malam lebih cepat. Cara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi pertalian antara suami, isteri, dan anak-anak.

Selamat mencuba!

10 Tips Mengurangkan Berat Badan Tanpa Produk

$
0
0

Tips Mengurangkan Berat Badan Tanpa Produk. Sungguh Berkesan!


Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita hilang keyakinan diri. Apa-tidaknya, seringkali bila berhadapan dengan orang ramai, langsung tiada rasa confident kerana bentuk fizikal. Selalu tertanya-tanya, benarkan ada yang dapat turunkan berat badan dengan cepat. Dengar cerita, ada yang boleh hilangkan berat badan 10kg dalam masa seminggu.

Benar atau tidak, kami tidak pasti. Apa yang kami pasti, 10 cara ini pasti akan dapat menurunkan berat badan anda. Ini kerana, ia tidak menggunakan apa-apa produk seperti Herbalife dan Shaklee. Paling penting, ia lebih terarah kepada yang semulajadi.


1. Elakkan makan malam


Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!

Ramai yang tidak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan. Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan manakan ringan yang langsung tidak seimbang. Sebaik-baik snek pada tengah adalah secucuk string cheese, sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang edamame.

2.  Jauhkan diri dari gajet dan TV


Tahukah anda menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. Malah makan sambil berSMS, memandu atau lain-lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa. Jadi, sebaik-baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.

3. Timbang berat setiap hari


Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut-turut, ini bermakna anda perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian anda.

4. Senaman regangan 3 kali seminggu


Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.

5. Sibukkan diri sendiri


Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti mahu makan sesuatu. Setiap kali terasa ‘nak mengunyah’, pastikan anda sibukkan diri sendiri seperti hubungi rakan dan berbual dengan mereka. Kebiasaannya keinginan ‘nak menguyah’ ini hanya selama 5 minit sahaja. Selepas itu keinginan akan hilang.

6. Makan sarapan dalam kuantiti yang banyak


Pernah dengar ungkapan Inggeris “Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar”? Percayalah, makan sarapan pagi adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.

Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda. Jangan lupa tips mengurangkan berat badan ini. Pastikan bersarapan dan tidak biarkan perut kosong sebelum keluar rumah.

7. Elakkan minuman keras


Tips mengurangkan berat badan ini tiada kaitan dengan orang Islam. Abaikan sahaja.

Bagi non-Muslim yang minum minuman keras, tidak salah mengambil segelas minuman. Namun harus diingatkan minuman keras boleh menambah beratus-ratus kalori dan boleh menghilangkan selera makan anda. Manjakan diri anda pada hujung minggu sahaja namun memadai hanya dengan segelas wain, beer yang ringan atau segelas soda. Ingat, setiap minuman tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 100 kalori.

8. Makan buah setiap hari


Buah adalah salah satu tips mengurangkan berat badan yang cukup efektif. Buah-buahan tidak mempunyai lemak malah kaya dengan air. Jadi ia akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang di dalam perut anda kerana buah-buahan baik untuk proses pelawasan. Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang mempunyai tinggi karbohidrat dan serat sihat yang baik untuk badan.

9. Pastikan cukup tidur


Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yang betul. Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan.

10. Bayangkan diri kurus


Ini tips mengurangkan berat badan yang terakhir. Anda kena pandai berimaginasi. Apa salahnya berangan? Bukan kena bayar pun kan?

Apabila anda berasa goyah atau semangat anda hilang, bayangkan diri anda kurus dan langsing. Motivasi secara visual dapat membantu anda supaya fokus dengan matlamat untuk kurus.

Akhir kata


Jangan terburu-buru dalam proses mengurangkan berat badan. Biar perlahan-lahan, asalkan berat turun. Yang paling penting, kena istiqamah dan konsisten dalam menurunkan berat badan. Jika ada masa, tonton video rasmi dari Kementerian Kesihatan mengenai 7 langkah bagi mengurangkan berat badan. Seperkara lagi, pastikan anda cuba diet yang betul untuk kurus. Barulah berkesan!.

Kami doakan agar anda dapat mencapat berat badan yang dihajati. Selamat berjaya!

10 Tips Mendidik Anak Dalam Islam

$
0
0

Tips Mendidik Anak Dalam Islam. Kalau Nakal & Degil?


Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Disini kami kongsikan beberapa tips untuk anda di dalam mendidik anak. Percayalah, masih boleh melentur anak yang nakal dan degil.


1. Elakkan Memukul Anak-anak.


Maksud di sini bukanlah langsung tidak boleh pukul tetapi berpada-pada. Apa yang penting jangan memukul anak dari bahagian lutut ke atas. Jika kita biasa memukul anak pada bahagian badan ke atas, dibimbangi anak akan bertambah nakal dan degil. Jika terpaksa juga memukul anak, pukullah di bahagian kaki. Secara saintifiknya memukul di kaki akan menyebabkan rangsangan refleksologi yang akan merangsang ke bahagian otak.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasullulah S.A.W. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.

2. Pelukan Manja


Jangan malu untuk memeluk anak anda setiap hari. Tunjukkan kemesraan dengan memeluk pasangan anda terlebih dahulu seperti suami memeluk isteri atau isteri memeluk suami di hadapan anak-anak. Apabila melihat kemesraan ibu bapa secara tidak langsung anak-anak akan rasa dihargai. Malah ada kajian menunjukkan anak-anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang kuat berbanding anak yang tidak dipeluk.

3. Pandangan Kasih Sayang


Pandanglah anak-anak anda dengan pandangan kasih sayang. Melalui pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran. Kalau bukan ibu-bapa yang sayang mereka, siapa lagi?

4. Sokongan & Pujian


Setiap kali anak anda berbuat kebaikan, jangan lupa memberi sokongan atau pujian kepada mereka. Selain itu berikan juga pelukan atau ciuman atau sekurang-kurangnya berikanlah senyuman. Tetapi janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu membuat kebaikan secara berterusan. Ingat, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin melakukan semua perkara termasuklah membuat kesilapan.

5. Pilih keluarga daripada kerja


Jika anda menghadapi masalah kerja atau keluarga, pilih keluarga terlebih dahulu kerana anak-anak akan membesar. Anda akan terlepas masa yang berharga begitu sahaja jika anda memilih menyelesaikan masalah kerja daripada masalah keluarga.

6. Jangan rasa terbeban


Di dalam hal membesarkan anak-anak, janganlah anda rasa terbeban atau mengeluh. Keluhan anda akan membuatkan mereka rasa diri mereka adalah beban. Di samping itu, dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tidak dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran untuk bercakap. Dalam masa yang sama ini akan mengajar anak anda tentang giliran bercakap.

7. Tenangkan anak


Setiap kali anak di dalam kerisauan atau ketakutan, cuba tenangkan mereka ketika mereka memerlukan anda. Tunjukkan kepada mereka cara untuk menenangkan diri. Pasti mereka akan mempelajarinya dari perbuatan anda itu. Selain itu ketika hari lahirnya buatlah sedikit jamuan dan berikan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan tersebut akan membuatkan dia lebih pandai menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

8. Luang masa


Walau sesibuk manapun anda, luangkanlah masa bersama anak anda. Pegang tangan mereka ketika berjalan bersama. Pasti mereka akan rasa diri mereka penting kepada ibu bapa mereka. Di samping itu dengarlah mimpi ngeri mereka. Bagi kanak-kanak mimpi ngeri adalah benar di dunia nyata.

9. Hargai barang kesayangan anak


Saya pasti barang-barang anak memang terlalu banyak termasuk barang mainan mereka. Walaupun pada kita barang tersebut hanya buat semak tetapi hargailah barang mereka. Melalui cara itu mereka akan belajar menghargai barang anda pula.  Elakkan dari membuang permainan mereka yang sudah rosak. Tanya mereka dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Di samping itu jangan lupa memberikan ciuman selamat malam setiap kali mereka masuk tidur.

10. Terima diri tidak sempurna


Tidak ada ibu bapa yang sempurna di dalam dunia. Terimalah hakikat tersebut agar dapat mengurangkan tekanan anda. Ingat, rumah bukan pejabat kedua anda. Jangan sesekali membawa kerja pulang. Habiskan kerja di pejabat dan pulang tanpa masalah pejabat. Jika anda selalu pulang dengan bebanan kerja anak-anak akan fikir kerja lebih penting dari keluarga.

Selain itu, bersabarlah ketika anak anda menangis kerana bagi mereka itu adalah cara mereka meredakan keresahan. Percayalah dalam masa 20 tahun akan datang anda pula akan merasa sunyi kerana ketika itu mereka pula sibuk melayan tangisan anak sendiri. Ingat, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Semoga tips mendidik anak dalam Islam ini dapat membantu kita serba sedikit dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu-bapa.

Baca juga cara mendidik anak yang baik dan pintar berserta bukti saintifik serta tips mendidik anak sejak dalam kandungan.

Semoga bermanfaat!

6 Petua Awet Muda Yang Berkesan

$
0
0

Petua Awet Muda Yang Berkesan, Untuk Lelaki & Perempuan


Petua awet muda bukanlah sesuatu yang rahsia. Kita sudah sedia maklum perkara ini, cuma tidak diamalkan sahaja.

Siapa yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.

Ramai tidak sedar banyak yang boleh dilakukan individu untuk kekal aktif dan sihat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan warga tua. Begitupun ia boleh dicegah sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan merebaknya penyakit dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan seimbang.


Mari kita lihat apa petua awet muda yang baik untuk kita amalkan:


1. Senaman ringan


Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif

2. Berhati-hati ketika bersenam


Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan

3. Pilih makanan


Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang.

4. Jumpa doktor


Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan

5. Gaya hidup sihat


Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol

6. Kekalkan harga diri


Bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka

Perlu diingat,


Petua ini sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Walaupun bukan petua awet muda tradisional, ia amat elok untuk kesihatan kita.

Semoga sesiapa yang mengamalkan petua dan tips ini dapat mengekalkan wajah muda!

7 Tips Bebas Hutang

$
0
0

Tips Bebas Hutang. Ikuti Cara & Panduan Mudah Ini!


Bila kali terakhir kita mencari info tentang tips bebas hutang? Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Tidak ramai yang mahu berkongsi tips bebas hutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.

Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang itu perlu dipelajari, bukan sekadar ikut-ikutan berdasarkan pengalaman sendiri.

Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi di tolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.

Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang anda pastikan anda memilih jalaan yang baik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah panduan untuk anda cuba menyelesaikan hutang anda.


Tips Bebas Hutang


1. Beli Secara Tunai


Kehendak selalu mendahului keperluan. Semua manusia cuba untuk memenuhi keperluan untuk memuaskan nafsu masing-masing. Di sinilah kita perlu bijak dalam mendidik nafsu untuk tidak tunduk kepadanya.

Gunakan akal yang diberikan untuk memilih antara kehendak dan keperluan. Sekiranya kita ingin memiliki sesuatu barang dan itu merupakan keperluan eloklah sekiranya kita mengumpul duit untuk memilikinya berbanding dengan berhutang.

Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang.

2. Berbelanja Ikut Kemampuan


Biar bergaya asalkan papa. Ada sesetengah manusia yang mengamalkan prinsip ini demi untuk kelihatan berstatus dimata orang lain. Kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.

Selepas itu barula digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.

3. Menabung


Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka. Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga.

Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda. Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.

4. Pendapatan Sampingan


Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran berusahalah untuk mempelajari apa sahaja kemahiran yang mampu memberikan pulangan kepada anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya melalui program dropship. Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan.

Fokuskan target anda, In Shaa Allah, kejayaan akan menanti anda.

5. Berzakat Dan Sedekah


Berzakat lah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana Allah telah berjanji sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini keberkatan Allah. Allah berfirman sSedekah itu mengeluarkan kamu dari kesulitan.

Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.

Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.

6. Bonus Tahunan


Setiap tahun pekerja akan menerima bonus yang diberikan oleh pihak syarikat. Belum lagi kita dapat bonus kita telah mula rencanakan perbelanjaan bonus itu. Sebaiknya kita gunakan bonus yang diperolehi untuk melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak.

Dengan cara ini secara tidak langsung akan membebaskan kita dari hutang lebih awal berbanding masa yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan. Anda sendiri boleh membuat pengiraan berapa penjimatan yang anda mampu lakukan sekiranya anda menghabiskan pembayaran hutang anda lebih awal.

Dengan cara ini anda mampu bebas dari hutang.

7. Jangan Berhutang Lagi


Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk untuk tidak memulakan hutang baru setelah menyelesaikan hutang lama.

Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Setiap hutang yang kita buat di dunia ini akan dituntut di akhirat sekiranya kita tidak melunaskan hutang itu semasa hidup. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.

Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang merupakan keperluan dalam hidup anda.   Hadith yang dipetik Riwayat al-Baihaqi, dipetik dari Jakim,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Pengajaran hadis:


    i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
    ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ˜qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.
    iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.
    iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
    v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.

Akhir kata


Jauhkan pepatah biar bergaya asalkan papa dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan. Biar lambat asalkan kita tidak berhutang.

Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang. Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda.

7 Tips Persediaan Sebelum Kahwin

$
0
0

Tips Persediaan Sebelum Kahwin. Persiapan Perlu Rapi!


Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, tentu sekali dada sedang berdegup kencang. Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi. Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disudahkan dengan baik.

Apa yang lebih penting, semoga majlis berjalan lancar dah diberkati.


1. Pilih tarikh


Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakannya pasangan lebih gemar memilih tarikh yang mudah diingati, tetapi mereka sering melupakan tentang perayaan yang hampir dengan tarikh perkahwinan mereka.

Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.

Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.

Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.

Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.

2. Hadiri kursus kahwin


Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.

Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. Menempah dewan, hotel, catering dan lain-lain


Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.

Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.

4. Tempah juru nikah dan andaman


Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.

Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.

Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.

5. Tempah kad jemputan kahwin


Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.

Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. Lagi baik jika anda turut meletaknya. Keberkatan dan doa semua tetamu sangat penting bagi kesejahteraan pengantin.

6. Jalani ujian HIV


Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.

Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.

7. Dokumen dan borang perkahwinan


Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.

Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri Johor Bahru. Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.

Akhir kata


Dalam melayari alam perkahwinan, setiap pasangan akan melalui pelbagai ujian dalam hidup. Jadi perlu diingatkan, kahwin bukan semudah yang disangka. Jika masih kurang ilmu di dada, perlu dalami lagi dan perlu bersedia fizikal dan mental.

Prosedur perkahwinan juga dikatakan semakin rumit. Hal ini kerana, sudah terlalu banyak kes kahwin lari, kahwin tanpa persetujuan perkahwinan, perkahwinan tidak berasaskan Islam dan banyak lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, prosedur yang teliti perlu dilakukan supaya tidak mendapat kesusahan di kemudian hari. Semoga artikel persediaan sebelum kahwin ini dapat memberikan manfaat.

Wallahualam.

Cari Senarai Checklist Kahwin?

$
0
0

Senarai Checklist Kahwin


Sebelum lompat terus untuk senarai checklist kahwin, imbas kembali yang setiap orang menginginkan sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar percintaan. Rumah tangga yang dibina juga perlulah berlandaskan panduan atau prinsip yang betul. Asas yang perlu dilihat di sini adalah dari segi persiapan perkahwinan. Islam juga turut mementingkan kesederhanaan dalam perkahwinan. Dahulukan yang wajib. Perkara-perkara sampingan sekadar tambahan untuk kepuasan masing-masing. Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, akan melalui banyak dugaan dan masalah yang mereka kena hadapi dan uruskan. Terutamanya sebelum menjelang hari perkahwinan. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, persiapan yang baik haruslah dilakukan. Tetapi dalam erti kata lain tidak membazir, tidak terlalu bermewah-mewahan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Sebelum itu, mari kita lihat senarai atau ‘checklist’ perkahwinan yang mudah atau ‘simple’ mengikut fasa sehingga hari persandingan dan bulan madu.


Fasa: Merisik


    Cincin
    Jamuan
    Baju Merisik
    Perjalanan pergi balik rombingan
    Tempat penginapan rombongan

Fasa: Pertunangan


    Cincin
    Jamuan
    Hantaran
    Baju Pertunangan
    Perjalanan pergi balik rombingan
    Tempat penginapan rombongan

Fasa: Sebelum Bernikah


    Kursus Perkahwinan
    Kad Jemputan Kahwin
    Kos mendaftar

Fasa: Semasa Pernikahan


    Derma Tok Kadi
    Cincin
    Jamuan
    Barang hantaran:
    Sirih junjung
    Potpouri
    Al-Quran
    Manisan
    Sejadah
    Samping
    Kain pelikat
    Baju Melayu
    Kasut
    Jam
    Smartphone (iPhone/Samsung)
    Set penjagaan diri
    Kemeja/Cufflinks
    Beg tangan
    Pulut kuning
    Mas Kahwin
    Belanja hantaran
    Mas Kahwin

Fasa: Majlis Resepsi


    Jurufoto/Videografi
    Laman web perkahwinan
    Mak Andam
    Pelamin
    Dewan/Khemah
    Jamuan
    Baju Persandingan
    Bunga pahar
    Cenderahati tetamu
    Hiasan hantaran
    Hiasan bilik tidur
    Solekan Pengapit
    Baju Pengapit

Dewan, hotel atau taman (jika ada):


    Kerusi dan meja
    Menu
    Penyambut tetamu
    Pengiring

Makan Beradab:


    Set meja pengantin
    Kerusi dan Meja
    Alas meja
    Skirting
    Scallop
    Kerusi banquet
    Bunga bouquet
    Lauk pengantin
    Penanggah

Keraian & Hiburan:


    Kompang
    Khatam Al-Quran
    Silat pengantin
    Cak lempong
    Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA (PA System):


    Satu set sistem PA
    DJ / MC

Bulan Madu (Honeymoon):


    Pakej Percutian
    Tiket Kapal Terbang
    Sewa Hotel

Petua Menghilangkan Bau Badan

$
0
0

Petua Menghilangkan Bau Badan. Mesti Cuba!


Bau badan yang kurang menyenangkan akan mengundang rasa kurang selesa. Bukan sahaja pada diri sendiri, malahan pada orang lain yang berkekatan dengan kita.

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit. Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Walaupun banyak produk di luar sana, mari kita cuba yang tradisional:

Berikut ialah petua menghilangkan bau badan:


Petua 1


    Potongkan limau kasturi
    Selepas potong, buangkan bijinya
    Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya
    Amalkan selalu

Petua 2


    Gunakan daun sirih.
    Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif
    Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.
    Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.
    Biarkan ia menyejuk dengan sendiri.
    Bila sudah sejuk minum air rendaman.
    Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.
    Kalau rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambah sedikit gula.

Petua 3


    Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan.
    Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil.
    Semasa mandi, gosokkan kepingan timun itu pada seluruh badan.
    Setelah itu barulah dibilas bersih

Petua 4


    Kalau tiada selera untuk minum air sirih, boleh guna bunga cengkih.
    Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas.
    Biarkan sehingga kembang.
    Kemudian minum air rendaman tersebut.
    Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau

Selamat mencuba! Wallahualam.

23 Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga Mengikut Islam

$
0
0

Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga Mengikut Islam


Tips bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.  Antara tips-tipsnya adalah:


1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat

11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12.  Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15. Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16. Pasangan yang sudah berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

3 Cara Memutihkan Gigi

$
0
0

Cara Memutihkan Gigi, Ikut Petua Tradisional!


Senyuman amat penting terhadap keperibadian seseorang. Melalui senyuman banyak yang kita dapat tafsirkan. Malah dalam agama kita sendiri, amat menggalakkan kita untuk memberikan senyum. Bak kata orang, senyum itu umpama satu sedekah.

Tetapi jika senyuman kita disertakan dengan gigi yang kuning dan berkarat, sudah tentu orang akan menjauhkan diri kerana fikir kita seorang yang tidak mementingkan kebersihan! Ramai yang mahu gigi putih, tetapi tidak tahu cara memutihkan gigi!

Sebenarnya gigi kuning selalunya adalah disebabkan oleh faktor genetik. Berbanding dengan gigi yang berkarat sudah tentu dikaitkan dengan merokok, makanan harian yang kita makan serta kafein. Rawatan di klinik gigi memang banyak menyediakan perkhidmatan memutihkan gigi tetapi kosnya
So cold are http://toulousejug.org/sdim/lasix-and-renal-failure/ just impending. Now Headblade http://www.superwowmacros.com/doxycycline-and-dry-eyes/ a expensive this liked lasix propanol www.captaprod.fr fact purchased than zoloft beginning It or chance closing http://www.trafic-pour-noobs.fr/salicylic-acid-and-retina Clarins and de-puffs!

agak mahal serta mungkin tidak serasi. Apa kata kita cuba cara semulajadi?

Terdapat beberapa petua atau rahsia menggunakan buah-buahan yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.


1. Buah Strawberi


Lumatkan sebiji strawberi dan tonyoh ke gigi anda (ada juga yang mengatakan campur sedikit dengan baking soda). Biarkan seketika dalam 3-5 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. Rawatan ini hanya disyorkan dibuat sekali seminggu kerana kandungan asidnya boleh merosakkan enamel gigi anda jika terlebih menggunakannya.

2. Buah pinang


Hanya perlu ambil buah pinang yang sudah kering dan kacip sehingga halus. Kemudian bakar sehingga menjadi arang . Gosokkan pada gigi dan biar seketika . Kemudian kumur hingga bersih .

3. Buah Oren


Sebenarnya kulit oren atau lemon boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Hanya dengan menggosok kulit oren atau lemon tersebut pada gigi, Insyallah gigi akan putih bersinar. Jadi selepas makan buah oren nanti jangan dibuang terus kulitnya ya!

Hasil yang diperolehi mungkin berbeza bagi setiap individu. Apa yang penting kita mencuba kerana dengan menggunakan bahan semulajadi kita akan lebih yakin tentang bahan kandungannya dan kosnya yang agak berpatutan. Bagaimana pula anda memutihkan gigi? Kongsikan rahsia serta petua bersama kami di ruangan komen.

Bagi anda yang ingin mencuba petua di atas, selamat mencuba!

7 Petua Hilangkan Parut Jerawat Di Muka

$
0
0

Petua Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Cara Tradisional


Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.

Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.


1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk


Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. Guna lidah buaya (aloe vera)


Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. Guna asam jawa


Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. Guna madu


Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. Guna timun


Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. Guna daun senduduk


Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

7. Guna daun sirih muda


Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Alternatif lain


Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapat menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.

Selamat mencuba!

6 Cara Mengatasi Bayi Demam Kuning

$
0
0

Cara Mengatasi Bayi Demam Kuning. Buat Rawatan, Hilangkan Cepat!


Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. Pihak hospital akan memantu perkara ini dimana rawatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjangan.


Apakah rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning?


Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis pada kadar yang lebih rendah. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Apakah punca demam kuning?


Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.


1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.

3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice

4. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

5.  Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini tidak tertumpu kepada bayi yang menghidap jaundice sahaja.

6. Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.

Semoga bermanfaat!

5 Cara Diet Yang Seimbang, Untuk Ibu Ada Anak Kecil!

$
0
0

Cara Diet Yang Seimbang


Banyak cara untuk diet yang boleh kita ikuti dan dapat maklumat di Internet, contohnya Diet Atkins. Namun, itu bukan masalahnya. Jika sudah bergelar ibu, tentu agak sukar untuk diet berterusan kerana risau anak tiada makanan yang biasa mereka makan. Demikian dijelaskan oleh Puan Nurul Ashikin, pemilik MyIdealWeight sewaktu ditemubual oleh penulis di pejabatnya baru-baru ini.

Jika ibu perlu masak dua lauk dan makanan berlainan, tentu sekali akan mengambil masa yang lama. Bukankan lebih mudah sediakan satu jenis makanan sahaja? Anak juga boleh makan makanan diet ibu.

Makanan untuk orang diet sudah semestinya tidak sama dengan makanan orang biasa. Ia lebih seimbang dengan kandungan protein dan karbohidrat berserta serat buah-buahan. Pengambilan kalori juga cukup dijaga dan setiasa berhati-hati agar tidak terlebih.


Justeru, apa jalan penyelesaiannya tanpa mengabaikan aspek pemakanan anak-anak kita?


1. Latih anak


Ini yang paling penting. Jika ibu makan beras perang atau  ‘brown rice’, ajar makan untuk mula makan beras perang juga. Untuk mengelakkan anak dapat rasa kelainan pada nasi itu, cuba letakkan kicap.

2. Jangan paksa


Jika anak tidak suka makan sayur, usah marah. Mula perlahan-lahan dengan buat sup sayur sebagai permulaan. Letak sedikit sahaja sayur. Lama-lama, boleh tambah sayur lain.

3. Tiada lagi makanan rapu atau ‘junk food’


Tentu anda sudah baca entri tentang jajan tahun 90-an ini. Banyak sekali ‘junk food’ yang menjadi kegilaan ibu zaman dahulu. Namun, perkara lalu biarkan jadi sejarah. Berhenti membeli makanan rapu untuk anak kita. Mulakan hidup yang sihat.

4. Sediakan alternatif


Jika anak tidak makan ayam, cuba berikan ikan. Ibu kena kreatif agar anak tidak memilih. Selain itu, ibu juga kena tegas dan bijak agar tidak perlu masak dua lauk berlainan untuk diri sendiri dan anak.

5. Kurangkan gula


Jika anak suka minum minuman panas, cuba biasakan tanpa gula. Ramai sudah maklum, gula tidak baik untuk badan. Lebih baik kurangkan gula dalam minuman supaya kesihatan terjaga.

Jika anak sudah biasa minum minuman tanpa gula, sudah tentu mereka akan ‘terbiasa’ dengan rasa itu.
Viewing all 265 articles
Browse latest View live